19 - Ruminate

1.2K 112 13
                                    

FREEN POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.FREEN POV.

IRIN: Kau dekat mana?

FREEN: Rumah. Kenapa?

IRIN: Datang ke rumah Becky sekarang..

FREEN: Dekat luar hujan lebatlah. Nak buat apa pergi rumah dia?

IRIN: She need you right now!

FREEN: Aku? Bukan kau? Kau segalanya untuk dia..

IRIN: Kalau aku boleh, aku dah pergi. Pergilah cepat. Nanti aku bagitahu kenapa.

FREEN: Dia tak--

Tut tut tut

Panggilan terputus begitu sahaja membuatkan aku hairan. Kenapa dengan dia? Kalau betul dia perlukan aku, dah lama dia call.

Dekat luar tengah hujan lebat dan petir menyambar sana sini. Gila ke nak suruh aku keluar? Bahaya kot!

Aku cuba untuk menelefon Irin namun tidak di angkat. Dah kenapa tak angat pula?

Okey, aku try call Becky pula. Pun tak jawab juga. Apa yang tengah berlaku ni? Dia okey ke?

Kenapa aku kena pergi jumpa dia? Bukan ke dia cakap tak nak aku jumpa dia untuk masa 2 minggu? Sekarang baru hari ke lima.

"No need to call me. Check her twitter. Hadam dan faham." - Irin

Pantas aku membuka aplikasi Twitter sebaik sahaja membaca chat dari Irin.

Kening aku berkerut dan cuba faham apa yang dia cuba sampaikan. Dia ada masalah ke? Kalau ada kenapa tak bagitahu?

Argh!!

Dengan pantas aku bangun dan mencapai kunci kereta dan wallet lalu keluar dari bilik.

"1205. Nombor password rumah dia." - Irin

Semakin laju aku bawa kereta bila Irin dengan mudahnya bagi nombor pin Becky. Mesti ada sesuatu yang berlaku. Kau kenapa Becky?

.POV END.

**

"Becky!"

Freen memanggilnya sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Dia melihat Becky sedang duduk bersandarkan katil sambil melihat kearah luar slide door.

"P'Freen?"

Becky menghapus air matanya sebelum menoleh kebelakang.

"Are you okey?"

Soal Freen. Dia masih tertanya-tanya dengan keadaan Becky sekarang. Kenapa dia menangis sambil menatap hujan? Sama seperti tempoh hari.

"I'm okey."

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now