Secret Between Us|Chapter 20

124 11 0
                                    

2 HARI BERLALU..

Reyyana Adlyna masih musykil dengan kenyataan yang dijumpai oleh dirinya. Sukar untuk dia percaya dengan kenyataannya. "Kenapa Uncle Alexzen dan Aunty Merynda sorokkan semua ni dari Reyyana?" bisik hati Reyyana Adlyna.

Reyyana Adlyna yang baru sahaja sampai di hadapan pintu rumah Uncle Alexzen dan Aunty Merynda. Tanpa menunggu lama, Reyyana Adlyna terus masuk ke dalam rumah Uncle Alexzen dan Aunty Merynda.

"Eh Reyyana, kenapa datang tak bagitahu ni?" ujar Aunty Merynda. Reyyana Adlyna hanya mendiam. "Reyyana datang?" soal Uncle Alexzen yang baru sahaja turun daripada tangga rumahnya.

"Sudah la.. Reyyana penat dengan semua ni! Penat!!" marah Reyyana Adlyna. Reyyana Adlyna menekan perkataan penat itu. Ingin sahaja dia menjerit dan nak melepaskan semua kesakitan yang dia rasakan tapi dia tidak mampu.

"Jujur dengan Reyyana sekarang Uncle Alexzen! Aunty Merynda! Apa yang korang sembunyikan daripada Reyyana ha?!" marah Reyyana Adlyna. Cukup la Reyyana Adlyna telah kehilangan ibunya. Tak akan conflict ini akan membuatkan dia kehilangan lagi ahli keluarganya?

Uncle Alexzen melihat sekilas ke arah isterinya, Aunty Merynda. Uncle Alexzen rasa mungkin sekarang sudah tiba masanya Reyyana Adlyna tahu tentang apa yang terjadi pada 27 tahun yang lalu.

"Reyyana, uncle minta maaf. Uncle tak ada niat nak tipu Reyyana tapi ini semua demi kebaikkan Reyyana. Maafkan Uncle dan Aunty Reyyana." ujar Uncle Alexzen.

Uncle Alexzen mengambil fail-fail yang di campak oleh Reyyana di atas meja kelabu itu. Hairan Uncle Alexzen. "Macam mana Reyyana boleh jumpa fail-fail ni? Bukan ke semua ni.." bisik hati Uncle Alexzen.

Dia melihat satu persatu fail-fail documents itu. Semua perkara yang di sembunyikan oleh Uncle Alexzen dan Aunty Merynda sudah terbongkar.

Tiada cara lain yang mampu dia lakukan selain jujur dengan Reyyana. "Duduk dulu Reyyana." ujar Aunty Merynda sambil menepuk bahagia sofa sebelah kirinya agar Reyyana Adlyna duduk di sebelahnya.

Reyyana Adlyna berjalan mendekati Aunty Merynda dan duduk di sebelah kiri Aunty Merynda. "Reyyana, uncle dan aunty nak Reyyana tenangkan diri sebelum kami ceritakan semuanya ke Reyyana." ujar Aunty Merynda.

Aunty Merynda mengusap perlahan-lahan tangan kanan Reyyana Adlyna agar Reyyana Adlyna tenang. "Uncle nak tanya Reyyana. Reyyana ada baca tak semua fail ni?" Alexzen melihat semua satu persatu kertas-kertas yang terletak di dalam fail itu.

"Dah. Semua Reyyana dah baca. Sekarang ni, Reyyana cuma nak penjelasan daripada Uncle Alexzen dan Aunty Merynda. Reyyana minta Uncle Alexzen dan Aunty Merynda tidak tipu Reyyana lagi.

Reyyana penat kena tipu macam ni. Sampai bila Uncle Alexzen dan Aunty Merynda nak simpan rahsia daripada Reyyana? Sampai Reyyana jumpa benda ni sendiri atau pun.. sampai Reyyana mati?" Reyyana melihat fail-fail documents yang di pegang oleh Uncle Alexzen.

Sungguh kecewa hatinya bila orang yang dia sayang tipu dia. Sampai bila dia harus macam ni? Reyyana tak sanggup terus hidup dalam penipuan. Selama ini di sangat percayakan Uncle Alexzen dan Aunty Merynda tapi dia di khianati. Perit untuk dia terima semuanya. Hanya kecewa yang di rasakan.

"Uncle harap Reyyana tak salah faham nanti bila Uncle jelaskan dengan Reyyana." ujar Uncle Alexzen. Uncle Alexzen risau jika Reyyana Adlyna sukar untuk menerima tentang perkara sebenar.

Reyyana Adlyna melihat ke arah Uncle Alexzen. "Uncle? Kenapa uncle tak straight forward je? Kenapa nak buang masa?! Reyyana penat la macam ni!" tengking Reyyana Adlyna.

Reyyana Adlyna perasaan yang Uncle Alexzen dan Aunty Merynda seolah-olah sedang cuba melengahkan masa. Seperti tidak ingin memberitahu dirirnya tentang perkara sebenar.

"Uncle bukan nak buang masa kami cuma tak nak Reyyana salah faham." ujar Uncle Alexzen. Reyyana Adlyna yang semakin hilang sabar terus bangun daripada tempat duduknya.

"Kalau macam tu bagitahu la Reyyana awal-awal bukannya sembunyi semuanya daripada Reyyana!" tengking Reyyana sekali lagi. Kesabaran Reyyana Adlyna semakin menipis.

SECRET BETWEEN US [C]Where stories live. Discover now