Secret Between Us|Chapter 48

66 10 0
                                    

"Harris, maafkan abang ya? Abang tahu abang dah banyak buat salah dengan arwah Ara dan Harris. Kita mula balik ya?" mengalir air mata Alexzen. Sungguh menyesal Alexzen atas apa yang telah di lakukan oleh Alexzandara dan Harris.

Alexzen sudah menyesal dengan semua itu. Alexzen sedar yang dia telah banyak membuat salah kepada adiknya, Alexzandara dan adik iparnya, Harris. Melutut Alexzen di hapan Harris kerana Alexzen bersungguh-sungguh ingin Harris memaafkan Alexzen. Merynda dan Harris sedikit terkejut apabila melihat Alexzen yang sudah melutut di hadapan Harris itu.

SEMENTARA ITU.. Terlihat tiga orang lelaki yang rancak berborak di meja VIP di dalam dewan Majlis Perkahwinan Tengku Raykal Arsyad dan Reyyana Adlyna. Tak kala itu, Qalish yang perasan akan kehadiran tiga orang lelaki itu yang baru sahaja duduk di meja VIP yang tidak jauh daripada pelamin Raykal dan Reyyana.

Qalish berjalan menghampiri tiga orang lelaki itu. Tetapi Qalish hanya pengenal salah seorang daripada tiga orang lelaki itu. Salah seorang daripada lelaki itu merupakan kawan baik Qalish daripada sejak university dulu. Lelaki itu adalah Zayn Haikal.

"Zayn!" Zayn memandang ke arah kawan baiknya, Qalish yang sedang berjalan ke arah meja Zayn dan kedua orang kawan Zayn. "Eh! Qalish!! Kau pergi mana ha?? Tadi aku tercari-cari kau tapi ummi kau cakap kau keluar. Kau pergi mana tadi?" Zayn melihat ke arah Qalish yang sudah ada banyak peluh di muka Qalish.

Zayn menarik tangan Qalish agar duduk di sebelah Zayn. "Aku pergi cari kau la! Aduh! Lambat sangat kau datang." ujar Qalish sebelum Qalish mengikut sahaja telatah Zayn yang tiba-tiba menarik tangan Qalish itu. Qalish melihat ke arah dua orang kawan Zayn itu.

Seorang lelaki yang berambut hitam dan matanya berwarna biru itu berpakaian baju melayu berwarna biru lengap. Manakala seorang lagi rambutnya berwarna kelabu dan matanya berwarna ember memakai baju melayu lengkap berwarna merah kekuningan.

"Qalish, ni Eric. Eric ni kawan aku dekat Italy tu." tak kala itu, Zayn menuju ke arah lelaki yang rambutnya berwarna hitam dan bermata biru yang memakai baju melayu lengkap berwarna biru. "Yang ni pula.. Hmm.. Jap! Aku lupa la. Kau ni mesti anak kak limah jiran sebelah rumah mak aku tu kan?" saja Zayn bergurau dengan kawan Zayn yang satu lagi tu.

Pecah ketawa Qalish dan Eric apabila mendengar Zayn mengenalkan kawan Zayn yang sorang lagi tu. Zayn juga turut ketawa sekali bersama-sama Qalish dan Eric."Ishh! Kau dah kenapa uh?! È stupido?!" terdiam Zayn sementara waktu. Hilang terus ketawa Qalish, Zayn dan Eric bila kawan mereka sudah ingin mengamuk itu.

"Aku, Issac. Kawan Reyyana. Aku tak de kawan yang macam beruk macam dorang tu. Aku tak kenal pun dorang tu. Agaknya, sesat kut. Beruk bukan dekat majlis kahwin tapi patutnya dekat hutan!" Lelaki yang rambutnya berwarna kelabu dan bermata ember yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna merah kekunigan itu akhirnya bersuara.

Issac tak tahan dengan Zayn yang membuat lawak yang sungguh menyakitkan hati Issac. Issac tu bukan mix Malaysia pun. Issac hanya orang Italy. Tiada langsung mix di mana-mana negara. "Tenang la. Cakap sikit pun nak sentap! Macam perempuan!" urat-urat di tangan dan leher Issac mula timbul. Tak kala itu, pandangan Issac sungguh tajam ke arah Zayn yang duduk di sebelah Qalish dan Eric itu.

SECRET BETWEEN US [C]Where stories live. Discover now