Secret Between Us|Chapter 37

75 4 0
                                    

RAYKAL yang focus membawa keretanya tiba-tiba terganggu dengan bunyi deringan telefon. "Raykal, macam mana? Jadi tak plan kau tu?" ujar Ridz. "Aku tak jadi." ujar Raykal.

Hairan Ridz kenapa tiba-tiba Raykal membatalkan rancangannya? Hampir kantoi? Terkantoi? Takut? Salah langkah? Ada plan lain?? Terlalu banyak persoalan yang bermain di dalam fikir Ridz.

"Aku sukakan dia." ujar Raykal. Membulat mata Ridz. Dia seolah-olah tak percaya dengan apa yang Raykal katakan. "Seriously? Kau suka dia? Bukan ke kau pura-pura je?" soal Ridz.

Raykal mengeluh sedikit. "Ha memang la. Tapi sekarang ni aku serious. Aku betul-betul sukakan dia." ujar Raykal.

Dari awalnya, Raykal hanya pura-pura sukakan Reyyana. Dia memberi banyak effort kepada Reyyana supaya Reyyana percaya yang Raykal suka Reyyana.

Supaya plan Raykal akan lebih senang di laksanakan jika Raykal lebih dekat dengan Reyyana. Semakin percaya Reyyana pada Raykal, semakin senang Raykal nak balas dendam kepada Reyyana.

Tapi semakin lama Raykal dekat dengan Reyyana, semakin suka dia kepada Reyyana. Sehari tak jumpa Reyyana. Raykal mula merasakan rindu kepada Reyyana yang fia tak sangka yang dia akan rindu pada orang yang dia benci.

"Tu la kau, dulu berlagak sangat. Cakap kau tak akan jatuh cinta dengan dia la. Ni apa?" ujar Ridz. Terdengar ketawa sinis Ridz di sebalik panggilan itu.

Tapi Raykal tidak kesah apa yang Ridz fikir tentang dirinya. Apa yang dia suka itu hak dia bukan hak Ridz untuk masuk campur. Selagi benda tu tiada kaitan dengan Ridz dia langsung tiada hak untuk mengata apa-apa tentang hubungan Reyyana dan Raykal.

Raykal akhirnya berhentikan keretanya di tempat parking kereta. Melihat pemandangan laut yang berada di tepi jalan itu membuatkan dirinya terasa untuk melihat pemandangan sunset di situ.

Raykal termenung melihat matahari yang seakan-akan nak terbenam itu. Betul ke apa yang dia rasakan ini? Suka? Sayang? Cinta? Ini ke yang di katakan cinta?

Dia masih lagi susah untuk mempercayakan dirinya yang sudah jatuh cinta dengan Reyyana. Apa tah lagi Ridz dan Clara. Enemy to lover? dah macam cerita drama tak pun novel.

"Ya Allah jika dia di takdirkan untukku izinkan aku menjadi imamnya." bisik hati Raykal. Perlahan-lahan Raykal rasa ingin berubah. Daripada dirinya yang dulu yang terlalu sebuk dengan dunia kini berubah.

Sekarang Raykal sudah membahagiakan masanya dengan dunia dan akhirat. Dia tidak lagi memandang remeh tentang agama. Malah, dia lebih mengutamakan tentang agama dan akhirat.

"She first and last for me. Kalau dia bukan jodoh ku izinkan ku tutup semula hati ku." bisik hati Raykal sambil memandang sunset.

"Reyyana?" ujar Raykal. Dari jauh Raykal melihat seorang perempuan yang serupa dengan Reyyana. Tetapi dia tak pasti itu adalah Reyyana atau bukan.

Raykal berjalan ke arah perempuan itu. Senyumannya, gelak dan tawanya seperti Reyyana. Tanpa menunggu lama, Raykal melajukan langkahnya ke arah Reyyana.

Terhenti langkah Raykal melihat seseorang jejaka memeluk Reyyana daripada belakang. "Aku berkhayal ke? Itu bukan dia." ujar Raykal.

Rupa-rupanya perempuan yang di lihat oleh Raykal bukan Reyyana. Nasib dia tak sempat sapa gadis itu. Kalau tak mesti dia malu.

"Aku rindu kau Reyyana. Bila kau nak balik?" bisik hati Raykal. Sudah 4 hari Reyyana pergi outstation di Pulau Pinang. Reyyana langsung tidak menelefon atau menanya khabar Raykal di sini.

Walaupun baru 4 hari Reyyana tidak menjawab message dan panggil Raykal. Raykal sangat risau dengan Reyyana. "Busy sangat ke sampai message tak reply? Call tak angkat? " bisik hati Raykal.

Bayangan Reyyana selalu muncul setiap kali Raykal rindu kan Reyyana. Kadang-kadang dia rasa nak masuk meminang Reyyana. Tetapi dia masih keliru dengan perasaannya.

Patut ke dia teruskan plan dia? Atau stop? Atau mula kan plan baru? Plan menjadi husband terbaik untuk Reyyana?

"Kalau Reyyana tahu siapa aku sebenarnya. Nak ke dia terima aku?" bisik hati Raykal. Dia risau jika Reyyana tahu yang dia pernah buat cubaan membunuh Reyyana.

"Kau masa boleh di ubah, aku nak ulang balik masa tu. Aku tak nak ada langsung perasaan benci dekat kau Reyyana." ujar Raykal.

Matahari yang mula terbenam itu sangat indah sehingga terdetik dekat Raykal sesuatu rasa yang hanya Allah dan dia sahaja tahu. "I just want to fall in love with you and never ever want to have any plan to kill you." bisik hati Raykal.


SECRET BETWEEN US [C]Where stories live. Discover now