Secret Between Us|Chapter 41

82 10 0
                                    

"Harris? Aku sebenarnya minta kau datang ni ada benda yang aku nak bincang" Tan Sri Harris Zafran mengagukkan belakang kepalanya yang tidak gatal itu sambil Tan Sri Harris Zafran cuba memahami maksud di sebalik apa yang Dato Tengku Rafiq Arfan katakan itu. "Apa yang kau nak bincangkan? Kalau pasal hal kerja better kita bincang dekat office je." Tan Sri Harris Zafran menggelengkan kepalanya.

Dia tidak faham kenapa Dato Tengku Rafiq Arfan memanggil dirinya untuk datang ke rumah kerana hal kerja? Kenapa tidak tunggu waktu kerja? Kenapa sekarang?"Aku nak bincang pasal anak aku, Tengku Raykal Arsyad dan anak kau, Reyyana Adlyna." Tan Sri Harris Zafran mengerutkan dahinya. Dia cuba untuk memahami apa yang Dato Tengku Rafiq Arfan cuba sampaikan kepada dirinya.

"Aku nak hantar rombongan meminang anak aku untuk anak kau, Reyyana itu." membulat mata Tan Sri Harris Zafran mendengarkan penjelasan daripada kawan baiknya itu, Dato Tengku Rafiq Arfan. "Kau? Nak masuk meminang anak aku? Kau?!" Tan Sri Harris Zafran masih tidak percaya bahawa Dato Tengku Rafiq Arfan ingin meminang anak perempuan tunggalnya itu, Reyyana.

Berkerut dahi Dato Tengku Rafiq Arfan ambil kawan baiknya, Tan Sri Harris Zafran telah salah faham dengan apa yang Dato Tengku Rafiq Arfan ingin sampaikan kepada Tan Sri Harris Zafran. "Bukan aku la! Tapi untuk anak aku! Aduh kau ni!! Kau gila ke?! Kau ni bini aku, Hasnah tu mengamuk?!" hampir hilang sekejap nyawa Dato Tengku Rafiq Arfan apabila Tan Sri Harris Zafran masih tidak memahami maksud di sebalik apa yang Dato Tengku Rafiq Arfan katakan.

Pecah ketawa Tan Sri Harris Zafran melihat Dato Tengku Rafiq Arfan yang mula bermasam muka dengan dirinya. "Ya la. Mana la aku tahu kau nak tambah satu lagi." tidak berhenti-henti Tan Sri Harris Zafran mengetawakan kawan baiknya itu, Dato Tengku Rafiq Arfan.

Semakin lama, semakin kuat ketawa yang di lepaskan oleh Tan Sri Harris Zafran. Manakala, Dato Tengku Rafiq Arfan mula hilang sabar dengan kawan baiknya itu, Tan Sri Harris Zafran yang masih tidak berhenti-henti mengetawakan dirinya. "Ishh! Kau ni! Ni kalau Hasnah dengar macam mana? Kau ingat aku dah tua ni dia tak boleh suruh aku tidur luar ke?" ujar Dato Tengku Rafiq Arfan dengan nada yang marah.

Terhenti sekejap ketawa Tan Sri Harris Zafran apabila melihat Dato Tengku Rafiq Arfan yang semakin marah dengan dirinya. "Oh.. Ya. Anak kau yang mana yang kau nak pinangkan dengan anak aku, Reyyana tu? Raykal? Qalish?" Dato Tengku Rafiq Arfan terdiam seketika. Dato Tengku Rafiq Arfan baru teringat yang dia ada dua anak iaitu Tengku Raykal Arsyad dan Tengku Qalish Afhan.

"Qalish kut. Aku rasa Qalish je yang normal untuk masa sekarang ni." berkerut dahi Tan Sri Harris Zafran mendengar apa yang telah di katakan oleh Dato Tengku Rafiq Arfan. "Apa maksud kau? Raykal tak normal ke? Ada masalah mental ke?" terdiam mereka berdua untuk seketika.

PANG!

Tiba-tiba ada satu tamparan kuat menggenai baju kanan Tan Sri Harris Zafran yang membuatkan Tan Sri Harris Zafran terkejut. Bahu kanan Tan Sri Harris Zafran terhijut sedikit apabila tampar itu menghinggam bahu kanannya. "Aduh!! Sakit la!" di usap-usap perlahan-lahan bahu kanan Tan Sri Harris Zafran agar hilang sedikit rasa sakit itu.

Terukir senyuman sinis di hujung bibir Dato Tengku Rafiq Arfan. "Tu la kau! Cakap lagi bukan-bukan! Maksud aku, Aku rasa Qalish tu je yang matang. Kalau Raykal itu, aku risau anak kau kena darah tinggi kalau hidup lama-lama dengan Raykal tu." menggeleng-geleng kepala Dato Tengku Rafiq Arfan melihat ke bangangan kawan baiknya itu, Tan Sri Harris Zafran yang masih blur yang apa yang dia katakan.

Berkedip-kedip mata Tan Sri Harris Zafran melihat Dato Tengku Rafiq Arfan yang mula bagun daripada tempat duduknya. "Tapi kan. Aku rasa Raykal lebih sesuai dengan Reyyana tu. Qalish tu aku rasa dia dah macam ada awek." Dato Tengku Rafiq Arfan menolehkan kepalanya menghadap Tan Sri Harris Zafran yang berada di tepinya.

"Hari tu aku nampak Qalish keluar dengan sorang perempuan ni. Dia cantik we. Astu muka dia macam bukan orang Malaysia! Nampaknya kau bakal ada dua menantu daripada luar negara la ni? Untungnya!" terbeliak mata Dato Tengku Rafiq Arfan mendengarkan penyataan itu.

"Hm.. Kalau macam tu, kau setuju tak Raykal tu jadi menantu kau? Tapi Raykal tu suka menyakat orang. Jadi kau jangan la pelik kalau Reyyana complaint pasal Raykal yabg suka menyakat dia nanti." Tan Sri Harris Zafran hanya mengagukkan sahaja kepalanya tanda setuju dengan apa yang di katakan oleh Dato Tengku Rafiq Arfan.

SECRET BETWEEN US [C]Where stories live. Discover now