"Aku nak kahwin." terkejut Ridz mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Raykal. Kahwin? Ridz tak salah dengarkan? Betul ke Raykal nak kahwin??
Hairan Raykal melihat muka Ridz yang blur itu. "Kau dah kenapa? Salah ke kalau aku nak kahwin? Kacau hidup kau ke? Tak kan?" ujar Raykal. Ridz mengelengkan kepalanya.
"Kau nak kahwin dengan musuh kau sendiri??" soal Ridz. Ridz langsung tak percaya Raykal nak kahwin. "Sebelum ni kau benci dia kut. Macam mana kau boleh mabuk cinta dia?" soal Clara yang baru sahaja duduk di sofa yang berada di kanan Ridz.
"Aku pun tak tahu. Yang aku tahu aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku betul-betul sayangkan dia, cinta kan dan aku nak dia jadi isteri aku yang sah." terang Raykal. Ridz tersenyum sinis memandang Raykal.
"Cinta? Sejak bila kau pandai bab-bab cinta ni Raykal? Setahu aku kau ni tak pernah couple. First love la ni? Meraikan." ujar Ridz dengan riak wajah yang menyampah.
Hari tu kata benci tak suka. Now nak kahwin pula. Manakala Raykal hanya terdiam. "Salah ke? Aku suka dia?" bisik hati Raykal sambil menatap lantai bilik itu.
Raykal bangun daripada tempat duduknya dan berjalan pergi meniggalkan Ridz dengan Clara di situ. "Kau kahwin bila Clara?" ujar Ridz setelah melihat Raykal yang sudah pergi daripada bilik itu.
"Ada jodoh aku kahwin la. Kalau tak ada aku single sampai mati. Simple." ujar Clara dengan riak wajah yang kosong. Clara langsung tidak kesah dengan bab-bab cinta ni.
Ada jodoh kahwin kalau tak ada, tak ada kahwin. "Lagi pun aku malas nk cari bakal husband aku. Kalau dia jumpa alamat rumah aku kahwin la aku. Kalau tak single." terang Clara.
SEMENTARA ITU, Raykal menaiki lift tempat kerja Reyyana dan menuju ke arah bilik kerja Reyyana. Hairan pekerja yang ada di situ melihat Raykal yang berpakaian segak serta ada sejambak bunga tulips yang di bawak oleh Raykal.
"Uishh!! Handsome! Suami siapa tu? ke belum kahwin?" ujar pekerja perempuan di situ. "Ya, we. Handsome mamat depan kita ni. Agak-agaknya bunga tu untuk kita ke?" ujar gadis yang duduk di sebelahnya.
Disebabkan Raykal yang mula merasa takut akan kehilangan Reyyana. Dia membuat keputusan untuk melamar Reyyana untuk menjadi isterinya dan ibu kepada anak-anaknya.
Cinta itu buta dan disebabkan itu dia berhenti untuk membenci dan mula mencintai Reyyana dengan setulus hatinya. Bukan lagi plan atau tipu daya nya lagi.
Mungkin hari ni hari yang sesuai untuk dia melamar Reyyana menjadi isterinya?
Reyyana yang baru sahaja keluar daripada bilik office terkejut melihat Raykal yang berpakaian segak serta membawa sejambak bunga tulips. "Eh, kenapa awak datang sini? Saya dah nak balik ni."
Raykal berjalan menghampiri Reyyana dengan membawa sejambak bunga tulips itu. "Awak kenapa datang ni Raykal?" soal Reyyana.
Semakin ramai pekerja di office Reyyana yang datang untuk melihat apa yang berlaku antara mereka berdua.
Raykal duduk melutut menghadap Reyyana yang masih blur dengan apa yang Raykal cuba lakukan itu. "Raykal awak nak buat apa ni?" ujar Reyyana. Terkejut Reyyana melihat Raykal yang tiba-tiba melutut di hadapannya.
"Reyyana Adlyna Binti Haris Zafran, sudikah awak menjadi isteri saya? Mummy kenapa anak-anak saya? Makmum solat saya? bidadari syurga saya?" ujar Raykal.
Raykal merasa sangat nervous melihat Reyyana yang masih blur dengan apa yang dia lakukan ini. "Awak lamar saya jadi isteri awak?" soal Reyyana.
"Ya, saya nak awak jadi yang pertama dan terakhir untuk saya. sudikah awak menjadi isteri saya?" ujar Raykal. Reyyana tersenyum lalu menjawab. "Yes." ringkas saja jawab Reyyana.
Walaupun ringkas itu adalah jawab yang di nanti-nanti kan oleh Raykal sejak kali pertama dia suka Reyyana. Raykal berasa sangat lega apabila lamarannya di terima oleh Reyyana.
"I love you so much Reyyana Adlyna." ujar Raykal sambil menghulurkan sejambak bunga tulips kepada Reyyana. "I love you too my future husband." balas Reyyana lalu mengambil sejambak bunga tulips yang di hulur oleh Raykal kepada dirinya.
YOU ARE READING
SECRET BETWEEN US [C]
RomanceFIRST STORY <3 Disebabkan oleh janji, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dalam masa dirinya sebuk membalas dendam. Hati Raykal mula tertarik dengan Reyyana. Dan mula timbulnya rasa dendam bersulam cimta antara m...