"Kanda? Kanda kan dah besar. Jadi, kanda tak boleh la merajuk macam baby ni. Nanti bila kita dah halal baru kanda boleh merajuk dengan dinda ya? Sebab masa tu baru dinda boleh cubit kanda.
Kalau sekarang ni, dinda hanya mampu gelak je kanda." luahan Reyyana itu perlahan-lahan membuatkan Raykal ceria. Segala-galanya rasa merajuk dan sedih itu hilang.
Segala yang Raykal rasakan sekarang ialah gembira. Munjung di bibir Raykal itu telah hilang makala di ganti dengan senyuman yang masih berserta lesung pipit yang berada di dua-dua belah pipi Raykal.
"Macam mana kanda nak jadi imam kalau kanda masih nak jadi baby ni? Susah tau kalau macam ni. Kalau kanda masih nak jadi baby, dinda cari la kanda baru.
Biar kanda jadi baby je." mati terus senyum di hujung bibir Raykal itu setelah mendengar ayat "biar dinda cari kanda baru" sungguh Raykal kecewa dan sedih jika Reyyana mencari kanda baru untuk gantikan Raykal.
Pecah ketawa Reyyana di buat apabila munjung di bibir Raykal itu muncul semula. Reyyana mengeluarkan satu kertas kecil dan menghulurkan ke arah Raykal.
"Kanda? Ni nombor dinda. Kalau rindu dinda call tau! Dinda akan selalu tunggu kanda call dinda ya. Jadi, rajin-rajinkan lah diri tu untuk call dinda." Raykal mengambil kertas itu dan menyimpan kertas itu ke dalam pocket seluarnya.
SETELAH BEBERAPA ITU... Raykal membuka pintu utama rumah keluarganya. Sempat Raykal melihat ke arah sekelilingnya jika Datin Hasnah ada. Namun, langsung tidak terlihat kelibat Datin Hasnah yang membuatkan Raykal berasa sedikit kecewa.
Raykal mula melangkah masuk ke rumah itu selepas Raykal membuka kasutnya. Tiba-tiba satu susuk tubuh wanita memeluk Raykal daripada belakang badannya. Raykal berasa sedikit terkejut dengan tindakkan itu. Hampir menjerit Raykal di buatnya.
SETELAH SETENGAH JAM... "Raykal!!" seorang lelaki berkemeja putih berjalan ke arah Raykal yang berdiri lebih kurang dekat dengan pintu keluar utama KLIA1.
Raykal menolehkan kepalanya ke arah suara itu. Mata Raykal melihat ke arah sekelilingnya sebab suara yang Raykal dengar itu tidak terlalu kuat dan perlahan. Raykal yakin bahawa orang yang memanggil Raykal itu berada berdekatan situ.
Raykal mengeluh kecil kerana di tidak dapat menjumpai suara itu. Tiba-tiba Raykal merasa ada sesuatu yang menyentuh bahu kirinya. Raykal menolehkan kepalanya ke arah kiri kerana dia ingin melihat siapa yang menyentuh bahunya.
Terkejut Raykal apabila melihat susuk tubah orang yang dia kenal. Tidak asing lagi orang itu ialah orang yang selalu Raykal usik. "Eh!! Kenapa kau ada dekat sini? Aku nak abah dengan ummi yang ambil aku bukan kau!" saja Raykal mengussik adiknya yang sorang itu. Bukan apa sebab dah lama tidak jumpa. Kalau dekat Italy, tidak sesiapa yang boleh Raykal kacau. Ada tu ada la tapi jarang jumpa.
"Kau ni kan! Kalau sehari tak kacau aku memang tak sah kan?" sabar je la yang adiknya mampu bila dapat abang yang kuat mengusik macam Raykal ni.
"Apa kau cakap Qalish? Sah? Kau nak sah buat apa. Kau dah nak kahwin ke? Meh aku tolong ganti abah untuk sah kan perkahwinan kau." Qalish hanya mampu menjelingkan matanya ke arah abangnya, Raykal yang tak habis-habis mengusik dirinya itu.
Pecah ketawa Raykal apabila melihat mulut adiknya, Qalish sudah mula menunjuk munjung sedepa. Tak kala itu tangan Qalish mula memeluk tubuhnya sendiri. Nak buat macam mana la kan.
Adik dengan abang sama je kuat merajuk. Ni semua sebab ikut perangai ummi mereka, Datin Hasnah. Kesian Dato Tengku Rafiq nak memujuk mereka bertiga itu kalau mereka merajuk. Hanya Dato Tengku Rafiq yang selalu mengalah dan membiarkan mereka bertiga menang.
YOU ARE READING
SECRET BETWEEN US [C]
RomanceFIRST STORY <3 Disebabkan oleh janji, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dalam masa dirinya sebuk membalas dendam. Hati Raykal mula tertarik dengan Reyyana. Dan mula timbulnya rasa dendam bersulam cimta antara m...