"Dah dah la bersyahdu dekat sini. Aku bukan Reyyana nak pujuk kau. Pergi je jumpa Reyyana. Explain everything to her. But kau kena ingat! Pilihan dah keputusan terima atau tak terima dengan penerangan kau tu di punya pilihan. Kau jangan nak paksa dia pula. Kau punya bodoh pun boleh tahan hebat juga." ujar Eric. Eric mengetuk-ngetuk kepala Raykal tiga kali.
Raykal tepis tangan Eric yang ada atas kepalanya itu."Oii! Kau asal ha?!" marah Raykal kepada Eric. Mana tak marahnya. Dah gi ketuk kepala Raykal tu asal? Memang minta kena maki la. Raykal tu dengan Reyyana je lembut. Tapi dengan yang lain tu. Hmm mimpi pun tak boleh. Memang susah! Qalish tu kira elok la juga. Kalau tak dengan Qalish juga jadi mangsa maki Raykal.
Raykal bagun daripada tempat duduknya dan menuju ke arah pintu biliknya itu. Eric yang melihat tindakkan Raykal tu membuatkan Eric rasa hairan. "Eh? Kau nak gi mana? Kalau nak jumpa Reyyana kau tunggu dulu! Kau kemas balik bilik ni! Pandai buat sepah, pandai kemas la we!" bantal yang ada itu di baling ke arah Raykal. "Rumah kau ke rumah aku?" ujar Raykal sambil melihat atas bawah sepupunya itu, Eric.
"Aku la!" Raykal mengagukkan kepalanya. "Jadi kau la yang kemas bukan aku." sempat Raykal membaling semula bantal yang ada tu dekat muka Eric. "Oii maiale! Sini kau! Tak yah nak lari! Reyyana tu bukannya bukan rajin nak gi jauh! Aku kenal dia la!" pecah ketawa Raykal melihat bantal yang di baling oleh Raykal itu tepat di sasaran Raykal. Muka Eric sedikit merah akibat bantal itu.
SETELAH ITU... Raykal memandu semula ke rumah banglo milik Raykal dan Reyyana itu. Rumah banglo yang telah di beli atas nama Raykal dan Reyyana itu. Hati Raykal sekarang ini hanya di penuhi dengan rasa bersalah yang tak mampu dia ungkapkan.
Sesudah tiba-tiba Raykal di rumah banglo miliknya itu. Tiada langsung lampu yang terpasang di rumah itu. Tiada langsung kereta milik Reyyana di situ. "Kenapa dengan aku ni? Aku dendam dengan family dia tapi dalam masa yang sama aku suka dia?" Raykal masih keliru dengan perasaan Raykal yang semakin tidak menentu itu.
"Ya Allah, kau bukakan pintu hati isteri ku agar dia mampu menerima diriku semula. Menerima diriku semula dalam hidupnya." langit malam itu di lihat oleh Raykal. Cuaca yang lembab itu membuatkan badan Raykal berasa selesa. Angin malam yang sejuk itu melihatkan sedikit beban yang Raykal rasakan.
"Ni kalau sayang ada. Mesti sayang buatkan abang coffee kan? Lepas tu sayang akan bawa air favourite sayang tu sekali. Hot coklat sayang tu. Sangat special sampai kita bertukar minuman." tiba-tiba Raykal teringat memory Raykal bersama Reyyan. "Abang ingat lagi. Time tu sayang marah sangat sebab abang nak ambil air special hot chocolate sayang tu. Sampai tangan Abang jadi mangsa." pecah ketawa Raykal.
Semua memory itu sangat indah. Jujur dia rindu dengan susuk tubuh isterinya itu, Reyyana. Belah jiwanya. Cinta terakhirnya. Cinta dan rasa sayang yang langsung tidak di duga untuk Raykal."Dulu, abang nak balas dendam je. Tapi abang tak sangka yang abang boleh tersuka dekat Reyyana. Sampai mengigau! Haih.. Penat ummi dengan abah cuba sedarkan abang daripada mimpi tu." Raykal tersenyum sendiri. Apabila teringat segala memory itu.
Tingkap itu di buka luas-luas oleh Raykal. Semakin luas tingkap itu, semakin banyak angina yang sejuk masuk ke dalam rumah itu. Air mata yang mengalir di pipi itu di kesat. Rindu dia. Tapi dia tahu rindu di dalam hati Raykal itu tiada ubat. Dan kalau ada pun memang susah untuk dia dapat. Hanya Reyyana sahaja la ubat rindu Raykal. Tapi Raykal tahu yang dia tak akan berjumpa dengan Reyyana lagi.
Tiba-tiba pintu utama rumah milik Raykal itu terbuka. Raykal tersentak dengan tindakkan itu. Manakala, mata Raykal tertuju ke arah susuk tubuh seseorang itu. Dan dia hanya melihat tanpa bergerak tau mengatakan apa-apa. Seperti waktu di situ sedang terhenti. Terhenti untuk semuanya.
YOU ARE READING
SECRET BETWEEN US [C]
RomanceFIRST STORY <3 Disebabkan oleh janji, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dalam masa dirinya sebuk membalas dendam. Hati Raykal mula tertarik dengan Reyyana. Dan mula timbulnya rasa dendam bersulam cimta antara m...