Secret Between Us|Chapter 35

43 2 0
                                    

"Ti amo così tanto amore mi, Reyyana Adlyna Binti Harris Zafran." Reyyana senyum tersipu-sipu teringat apa yang di katakan oleh Raykal tadi itu masih terngiang di fikirannya.

Reyyana tiba-tiba teringat yang dia tertinggal barang di dalam biliknya. "Raykal? Boleh tak musing balik? Sebab saya rasa saya tertinggal telefon dekat rumah." Tanpa menunggu lama Raykal memusing semua ke arah rumah Tan Sri Harris Zafran.

Reyyana masuk semula ke rumah dan mengambil telefonnya yang terletak elok di atas meja biliknya.

"Siapa yang buat anak papa senyum sorang-sorang tu? Bakal menantu papa dah ada ke?" soal Tan Sri Harris yang masih berdiri di tepi pintu sambil menyandar badannya di situ.

Reyyana hanya tersenyum sambil mengarukan kepalanya yang tak gatal. "Mana ada la. Reyyana muda lagi." jawab Reyyana. "Bila masa pula papa ada kat sini." bisik hati Reyyana.

Reyyana langsung tak perasaan sejak bila Tan Sri Harris ada di situ. Mungkin sebab dia terlalu seronok berangan sampai tak perasaan ada seseorang yang memerhatikan dirinya.

Reyyana tersentak bangun daripada katilnya apabila dia mendengar bunyi hon kereta. "Your future husband already come uh?" soal Tan Sri Harris. Reyyana hanya terdiam lalu pergi menuju ke arah kereta Raykal yang berada di luar rumah Tan Sri Harris.

"Tell your future husband, papa kirim salam!!" jerit Tan Sri Harris dari atas sambil memerhatikan anak perempuan, masuk ke dalam kereta.

Dari dalam rumah, Tan Sri Harris nampak kelibat orang dia sangat kenali yang membuka pintu untuk anak perempuannya. Tak lain tak bukan adalah anak kepada kawan baiknya sendiri, Tengku Raykal Arsyad.

"Tak sangka anak aku suka anak kau, Rafiq." ujar Tan Sri Harris. Pecah ketawa Tan Sri Harris nampak Reyyana yang sedang membebel di dalam kereta dan Raykal hanya tersenyum mendengar bebelan Reyyana itu.

Terdetik di hati Tan Sri Harris tentang arwah isterinya, Alexzandara. "Tak lama lagi anak kita dah nak kahwin, Ara." bisik hati Tan Sri Harris.

SEMENTARA ITU, "Raykal, kita nak pergi mana ni? Awak jangan nak macam-macam tau! Saya call polis karang!" bebel Reyyana. Daripada tadi Reyyana tanya ke mana mereka hendak pergi tapi Raykal hanya mendiam.

Raykal hanya focus membawa kereta. Langsung tak jawab pertanyaan Reyyana. "Diam-diam ni dah bisu ke?" soal Reyyana sambil menjeling ke arah Raykal.

"Mana ada, sayang. Kita nak pergi breakfast la." jawab Raykal. Breakfast? Reyyana hanya mampu mengelengkan kepalanya. "Kenapa? Tak suka makan breakfast ke?" ujar Raykal.

"Ya, memang tak suka. Nanti muntah." ujar Reyyana dengan selambanya. Reyyana dah terbiasa tak makan bagi. Sebab selalunya, kalau dia makan pagi mesti dia akan muntah dan sakit perut.

"Kalau macam tu, teman saya makan." ujar Raykal sebelum keretanya berhenti di sebuah kedai makan yang mewah. Berkerut dahi Reyyana. Buah tebiat ke Raykal tu tiba-tiba ajaknya breakfast?

Reyyana yang baru sahaja menggalas handbag baru perasaan yang Raykal dah keluar daripada kereta itu. "Ishh! Mamat ni boleh pula tinggalkan aku dalam kereta." bisik hati Reyyana dengan geramnya.

Tatkala itu, Reyyana keluar daripada kereta dan menghempas kuat pintu kereta Raykal. Raykal yang terkejut dengan tindakkan Reyyana itu terus pergi ke arah pintu keretanya.

"Nasib tak rosak." ujar Raykal sebelum pergi tinggalkan Reyyana di belakangnya dan terus jalan masuk ke dalam kedai itu. "Dia tinggalkan aku?" bisik hati Reyyana.

Reyyana terus masuk ke dalam kedai makan itu. Ingatkan Raykal nak jalan sama-sama dengan dirinya tetapi dia silap. Malah dirinya di tinggal seorang diri di situ.

"Reyyana! Sini!!" ujar Raykal. Reyyana duduk di hadapan Raykal membulat matanya melihat pesanan yang di order oleh Raykal. "B-banyaknya.." ujar Reyyana. Sungguh banyak makan yang ada di atas meja itu.

"Kita dua orang je Raykal. Awak order macam ada sepuluh orang." ujar Reyyana. Tatkala itu, Raykal menghulur secawan air lemon ke arah Reyyana. "Thanks." ujar Reyyana.

SECRET BETWEEN US [C]Where stories live. Discover now