Di pagi yang indah ini di serikan lagi dengan cuaca yang agak lebab ini dapat menyempurnakan hari yang bahagia buat kedua pasangan kekasih yang telah di rencanakan sebelum ni.
Hari ni, merupakan hari paling istimewa buat kedua pasangan kekasih iaitu Tengku Raykal Arsyad dan Reyyana Adlyna. Pada hari ni mereka akan di satukan dan Reyyana akan di halalkan oleh Raykal untuk menjadikan Reyyana milik Raykal untuk selama-lamanya.
Perkahwinan ini adalah ikatan tetapi kita tidak usah terikat kerananya. Tapi sebenarnya kita terikat kerana cinta. Dan hanya Cinta yang menyatukan kita berdua.
Raykal melihat ke arah cermin yang memaparkan dirinya yang telah berpakaian baju tradisional melayu iaitu baju melayu yang lenangkap dengan sampin yang telah di ikat kemas di pinggang Raykal dan songkok yang sudah terletak elok di atas kepala Raykal yang menutup rambutnya.
Tiba-tiba pintu bilik Raykal di buka yang membuat Raykal terkejut sedikit dengan tindakkan orang yang membuka pintu bilik milik Raykal itu. Terlihat seorang lelaki yang berumur lima puluh tahun itu yang sudah lemgkap dengan baju melayu berwarna biru lembut yang bersampin berwarna hitam dan somgkok yang telah di pakai oleh lelaki yang berumur lima puluhan itu.
Lelaki yang berumur lima puluh itu mula menghampiri Raykal yang masih merenung cermin di dinding bilik milik Raykal itu. Raykal yang terlalu leka dengan melihat dirinya yang berada di cermin itu. Tidak sedar akan kehadiran lelaki yang berumur lima puluhan itu di dalam biliknya.
Terlihat sungguh segak Raykal berpakaian baju melayu dan bersampin putih bersulam emas itu serta somgkok yang turut melengkapi dirinya. "Raykal?" lelaki berumur lima puluhan itu menegur Raykal kenara Raykal langsung tidak menyedari tentang kehadiran lelaki berumur lima puluhan itu di dalam biliknya.
"Abah? Kenapa? Abah ada benda ke nak cakap dengan Raykal? Maaf Raykal tak perasan abah masuk bilik Raykal ni tadi. Raykal minta maaf ya abah." Dato Tengku Rafiq Arfan menutup pintu bilik Raykal itu dan menuju ke arah katil Raykal.
Dato Tengku Rafiq Arfan menepuk-nepuk di tepi katil Raykal agar Raykal duduk di sebelah Dato Tengku Rafiq Arfan."Meh duduk sebelah abah ni kejap." Raykal berjalan menghampiri abahnya, Dato Tengku Rafiq Arfan.
"Abah tak sangka Raykal dah nak jadi suami orang pada hari ini. Abah harap Raykal tak sia-siakan Reyyana. Kalau Raykal dan Reyyana bergaduh. Abah nak pesan supaya Raykal dan Reyyana berbincang dulu. Cari cara untuk menyesaikan masalah korang." mendengar segala nasihat daripada Dato Tengku Rafiq Arfan. Raykal hanya mampu mengagukkan kepalanya tanda faham dengan segala nasihat daripada abahnya.
Raykal bagun daripada tempat duduknya dan mula menuju ke arah pintu namun, secara tiba-tiba tangan Raykal di tarik oleh seseorang daripada belakang. "Satu lagi abah nak pesan dekat Raykal." Raykal menolehkan kepalanya ke arah belakang.
"Walau apa-apa pun yang akan terjadi. Ingat lafaz cerai bukan la perkara yang boleh buat main. Semarah mana pun Raykal dan Reyyana. Seteruk mana pun masalah tu. Raykal tak boleh terus nak ceraikan Reyyana. Ingat. Jangan buat salah yang buat Raykal menyesal di kemudian hari." Raykal memeluk tebuh Dato Tengku Rafiq Arfan untuk mengatakan terima kasih.
"Ya Allah. Ya tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami."
Surah Al-Kahf : ayat 10
YOU ARE READING
SECRET BETWEEN US [C]
RomantikFIRST STORY <3 Disebabkan oleh janji, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dalam masa dirinya sebuk membalas dendam. Hati Raykal mula tertarik dengan Reyyana. Dan mula timbulnya rasa dendam bersulam cimta antara m...