Secret Between Us|Chapter 36

37 2 0
                                    

Reyyana melihat sekilas ke arah Raykal sebelum berkata. "Raykal, saya cintakan awak." ujar Reyyana. Raykal yang beriak biasa seperti tidak terkejut dengan luahan Reyyana kerana Raykal sudah lama tahu yang Reyyana menyukai dirinya.

Manakala, Reyyana berasa hairan melihat riak wajah Raykal yang seperti langsung tidak terkejut dengan luahannya. "Tengku Raykal Arsyad, I love you so much!" luahan Reyyana sekali lagi.

Namun, Raykal masih dengan riak wajah yang sama tidak terkejut. Dia hanya focus dengan makanannya. "Awak dengar tak ni? RAYKAL!! SAYA SAYANGKAN AWAK!" geram Reyyana.

Raykal terus melihat Reyyana yang sudah menjerit itu. "Eh, awak ni dah kenapa? Kalau ya pun suka saya. Jangan la sampai nak jerit. Kita dekat restoran la." ujar Raykal.

Reyyana baru teringat yang dia dan Raykal sedang berada di restoran. Reyyana terus menutup separuh muka kerana malu. "Wait, for your special gift." bisik hati Raykal.

Raykal masih meneruskan rancang balas dendam kepada Reyyana tetapi dia mula merasakan yang dia mula jatuh cinta kepada Reyyana.

Tetapi dia cuba untuk membuang perasaan cinta dan sayang dia kepada Reyyana. "Seronok sangat ke jerit tadi? Minum la air tu." ujar Raykal. Reyyana minum air yang di beri oleh Raykal sebelum dia menjerit tadi.

Sebelum sempat Reyyana minum air lemon itu. Raykal terlebih dahulu menepis cawan itu. "Eh, kenapa tepis cawan saya?" ujar Reyyana. Hairan dia apabila Raykal tiba-tiba menepis cawannya.

Namun, tanpa dia sedar di kalah dengan luahan Reyyana itu. "Aku sayangkan kau, Reyyana. Aku tak nak kehilangan kau. Aku cintakan kau." bisik hati Raykal.

"Kenapa Raykal?" soal Reyyana sekali lagi. Namun Raykal hanya diam. Yang membuatkan Reyyana semakin curiga dengan tindakkan Raykal itu. "Pesan air lain la." ujar Raykal sebelum dia sambung makan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Sebelum Raykal memberi air lemon kepada Reyyana. Dia meletak poison ke dalam air Reyyana tanpa Reyyana tahu. Namun, pada awalnya Raykal ingin membiarkan sahaja Reyyana minumnya kerana ia merupakan rancangan Raykal untuk membunuh Reyyana.

Tetapi selepas Reyyana meluahkan perasaan kepada Raykal hati Raykal tersentuh dengan semua luahan Reyyana. "You were the first who was open my heart and you were the first one who was close it." bisik hati Raykal.

Raykal langsung tak percaya yang Reyyana berjaya membuat dirinya jatuh cinta kepada Reyyana.

SESUDAH MEREKA MAKAN, Raykal menghantar Reyyana semula ke rumah Tan Sri Harris. Terdengar bunyi tepuk tangan seseorang dari belakang. Raykal yang baru sahaja membuka pintu Reyyana terus menoleh ke arah bunyi itu.

Terlihat Tan Sri Harris yang menepuk tangan sambil berjalan ke arah mereka. "Uncle tak sangka Raykal bakal menantu uncle." ujar Tan Sri Harris dengan selambanya. Reyyana menjeling papanya, Tan Sri Harris.

Tan Sri Harris hanya mampu gelak. Pipi Reyyana mula memerah disebabkan Raykal yang tidak henti-henti melihat dirinya.

"Sampai bila nak tenung anak uncle tu? Nanti dah kahwin baru la boleh tenung puas-puas. Bukan apa takut jatuh hukum zina mata." Raykal terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Reyyana yang semakin malu terus masuk ke dalam rumah dan meninggalkan papanya, Tan Sri Harris dan Raykal berdua-duaan di situ. "Bila nak masuk meminang ni Raykal?" sakat Tan Sri Harris.

Raykal hanya mampu tersenyum. "Raykal balik dulu uncle. Assalamualaikum." ujar Raykal sebelum masuk ke dalam keretanya.

"Waalaikumsalam." ujar Tan Sri Harris. "Bawak kereta elok-elok tau." ujar Reyyana yang sedang berdiri di sebalik pintu utama rumah Tan Sri Harris. "Cehh, ada orang risau tu. Kau dengar tak Raykal? Bakal bini pesan tu." sakat Tan Sri Harris.

Reyyana yang geram dengan papanya, Tan Sri Harris yang tak henti-henti menyakatnya itu. Dia mengambil keputusan untuk mengunci pintu dari dalam supaya Tan Sri Harris tidak boleh masuk rumah.

"Kunci la. Papa tak kesah pun." ujar Tan Sri Harris dengan selambanya sambil memegang kunci rumah di tangannya. "Perangai sebijik macam Ara." bisik hati Tan Sri Harris. Rindu Tan Sri Harris kepada arwah isterinya, Alexzandara.

SECRET BETWEEN US [C]Where stories live. Discover now