" weh Lay, kenapa kau panggil Encik Adam tu Abang Adam? kau tak kenal ke dia tu siapa?" Layla menoleh ke arah rakannya dengan penuh kehairanan. " tahu, dia anak kawan papa aku, Dato' Sri Rahman Syukri tu.... tak, yang kau ni duk panggil dia encik ni apa pasal pula?" tepuk dahi Shima dibuatnya. " aku tak maksud dia tu anak papa kau ke, anak kau ke, yang aku maksud kerja dia tu" Layla mengerut kening, jelas dia tak faham. " Layla, sumpah lah kau tak tahu Adam tu?" Layla menggeleng perlahan.
" Encik Muhammad Adam Rizalman Syukri tu, pengetua termuda dan paling berpengaruh dekat sekolah kegemaran kau tu" jelas Shima sambil mencucuk - cucuk bahu Layla. " SMKIP?" Shima mengangguk, kali ini Layla menepuk dahi. nampaknya salah lah panggilan Layla buat Adam sebentar tadi. Kini dia bakal memanggil Adam sebagai tuan pula, disebabkan dia bakal diposting di sekolah menengah nya dahulu.
" ha tu lah kau, nak mohon posting pun tak tengok - tengok, kan dah mendapat" Layla menjeling tajam Shima. " memang aku ni anak ppd ek?" Layla menjulingkan matanya ke atas, annoying pula dengan Shima. Terlepas tawa Shima. " adik, balik jom, jam nanti" Aina mempamit diri sebelum dia dan Shima pulang ke pangkuan keluarga masing - masing.
" mama, esok kita pakai baju apa?" Layla bertanya. Dia perlu menyediakan pakaiannya malam ini jika tidak mahu kalut di esok hari. " kita pakai tema lilac purple, auntie Amy pilih tadi" terkejut Layla. " auntie Amy pilih?" mama menganggukkan kepalanya " dia tu suka betul dengan adik, entah - entah nak tengok padan ke tak untuk majlis nikah kamu dengan Adam tak?" mama melepas tawa dengan papa. Yang kuban - kuban je mak dia ni. Mak siapa lah ni. " ish mama ni, adik muda lagi lah, baru 25" dicemberutkan wajah tanda protes. " ala takde lah muda sangat, ngam aja nak kahwin " makin dilarang makin gasak mama menyakat Layla.
Keesokan harinya, mama mengajak Layla untuk menemaninya membeli bahan masakan untuk juadah ketika majlis nanti. " siapa masak nanti ma?" tanya Layla sambil tangan sibuk membelek satu per satu sayur bayam yang ada di depan matanya kini. " Mek Yam ngan mama, kamu nak tolong tak?" terus Layla menggelengkan kepalanya. " hmph, mentang - mentang lah dia yang dirai, tak nak tolong lah ye" Layla gelak kecil. " orang sakit pinggang lah ma, kitonyo 'angkasawan'" tahulah mama apa yang dimaksud layla.
Layla jika sampai masanya di setiap bulan, mesti akan mengadu pinggangnya sakit. Walaupun darahnya tidak keluar, dia boleh solat, tetapi tetap terasa pedihnya. Aturannya pula tidak tersusun, kadangkala melangkau sehingga terlepas dua bulan atau tiga bulan. " takpelah, kamu pun baru balik, penat tak hilang lagi tu.. rehatlah, tapi lepas maghrib terus tolong mama kemas sikit baru mekap, faham?" tangan Layla dibentuk 'okay' tanda setuju.
sedang mereka asik membelek lauk dan sayuran di pasar, terserempak pula dengan seseorang yang dinanti kehadirannya oleh Layla. " assalammualaikum, auntie" suara garau Adam menyapa telinga mama dan Layla. " waalaikumussalam, eh Adam... kamu buat apa kat sini?" Adam menunduk menyantuni mama sebelum senyum ke arah Layla. Layla hanya kaku merenung wajah tampan Adam. " mummy nak buat kuih, katanya nak bagi kat majlis malam nanti, tak sangka pula jumpa auntie dengan Layla kat sini" jelas Adam. Matanya sibuk merenung wajah Layla. Mereka bersabung mata. Zzziiinggg~~~. " oh ye ke, auntie pun baru nak beli barang juadah. eh kamu ni tak pergi sekolah ke? baru pukul 1.30 ni kamu dah balik?" Layla mengalihkan matanya, begitu juga dengan Adam. " saya dah balik dah auntie, lagipun semalam masa balik sini, jam sikit, sakit-sakit badannya" kata Adam sambil memegang badannya. " lah yeke, sama lah dengan Layla ni ha, sakit pinggang tak berhenti bulan ni" Layla mencuit tangan mama. Malunya dia ya Allah, merah mukanya kini.
Adam tergelak kecil. " biasalah tu, tapi Layla kuat ni.. selalunya wanita kalau dah sampai waktu dia, nak jalan pun tak larat, tapi Layla kuat lagi boleh tolong mama kat dapur, kan?" Adam memuji kekuatan Layla. Mama perasan cara pandangan dan bicara Adam yang berbeza setiap kali ada Layla, " hai Adam, belum merisik lagi dah panggil mama?" Adam tersentak. " eh tak auntie, maaf lah kalau lancang" segera Adam menafi, mama pula hanya tertawa riang.
" panggil aje lah Dam, apa yang kamu nak panggil pun, auntie okay je" tersenyum Adam mendengar kata - kata mama Layla. Keluarga Encik Umar memang sangat baik dan ramah dalam pergaulan, disebabkan itu juga ramai yang gemar mendekati keluarga mereka. " auntie, Adam gerak dulu lah ye, bising pula mummy nanti.. bye Layla" Adam pamit. Sempat dia melambaikan tangannya ke arah Layla. Layla juga turut membalas lambaian Adam. Tiba - tiba sahaja lengannya disenggol mama, " haih, dah terjatuh hati ke dengan Adam tu?" terangkat kening mama.
" dah lah ma, cepat lah pilih barangnya, ada yang tak sempat masak juga nanti kang" Layla malas melayan mama. Takut makin dilayan makin teruk dia diperli. Baiklah dia menukar topik dahulu sebelum berlarutan.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...