BAB 50

23 1 0
                                    

"LAYLAAA!!!!!", seru Zulfan dan Zahran seraya berlari ke arah Layla dan Adam. "Kenapa, Fan?". Zulfan mengambil nafas sebelum dengan sayu menyatakan perkara sebenar, "Mama dengan papa kau..... A-Aariz, a-ada dekat sana! Luth dengan Haris dah cuba nak halang Aariz dengan budak - budak dia, tapi tak dapat. Budak - budak Aariz terlalu ramai, budak kita pun tak dapat nak kalahkan mereka!". Laaiq yang berada dalam dukungan Layla diserahkan kepada Shima dan bergegas Layla dan Adam menuju ke kereta.

         Dipandu laju menuju ke rumah. Shima dan Lukman turut sama ikut di belakang bersama konvoi anak buah Layla dan Adam. Kereta R8 milik Adam ditekan pedal minyaknya sehingga kelajuan mencecah 200 km per jam, tidak difikir akan keselamatan dirinya, yang difikir tika ini hanyalah nyawa ibu dan bapanya. Telefon Layla berdering, segera Adam mengangkat dan menjawab panggilan tersebut.

          "S-sayang, Aariz", telefon Layla dihulur. Pantas Layla menggapai dan menjawab panggilan Aariz. "Hello! Aariz, kau jangan kacau keluarga aku, Aariz! Diorang tak ada kena mengena dalam hal kita, Aariz!"

"Wo wo wo, sabar, Lay. Aku tahu, benda ni tak ada dalam perjanjian kita, rileks, aku takkan apa-apakan mak bapak kau selagi aku tak rasa kakak kau dulu!"

"Aariz, jangan kau berzni nak buat apa - apa dengan kakak aku! Lepaskan dia, Aariz! Lepaskan Hana!"

"Baik kau cepat, Lay. Aku dah tak boleh tahan dah ni!"

          Terdengar teriakan daripada kakaknya sebelum panggilan dimatikan. Layla tidak lagi mampu mengawal sakit di dadanya memikirkan nasib keluarganya sekarang. Pemanduannya kini laju bagai cahaya. Kelajuannya mencecah kepada 200 km/h. Sedikitpun Adam tidak bersuara soal risiko kemalangan. Saat tiba di sana, anak - anak buah masih bertungkus lumus melawan anak - anak buah Aariz. Adam dan Layla meluru masuk.

"Aariz! Lepaskan Hana!", jerkah Adam. Layla hanya mampu melihat seraya menghalakan muncung pistolnya ke arah Aariz. Wajah Hana jelas menggambarkan ketakutannya tika ini. Mama dan papa pula sudah lemah terikat bersandarkan dinding. "Lay, pergi selamatkan mama dengan papa dulu. Abang akan uruskan Aariz", arah Adam. Segera Layla akur dan menuju ke arah mama dan papa. "Ma, pa, bangun. Lay ni, Lay datang nak selamatkan mama dengan papa", ikatan tali pada tangan mama dan papa dibuka dengan pantas. Dipapah mereka berdua ke tepi, lebih tersorok daripada Aariz.

          "Kau tak perlu nak jaga sangat si Lay tu. Lay tu cuma pengkhianat. Ular dalam hidup kau. Terlalu banyak racun yang dah dia masukkan dalam hidup kau, tunggu untuk dihentikan segalanya sehingga kau mati. Itulah bini kau, ya, Layla Qalisya Maisarah. Or, should i call her 'QUEEN OF DEATH, LAYLA THE NIGHT'?", ujar Aariz dengan lagak sombongnya.

           "Jangan mengarut, Aariz! Aku kenal bini aku macam mana! Kau lah sebenarnya ular dalam hidup kami. Kau jadikan negara ni sebagai tebusan ugutan kau buat aku. Tapi, bila aku dah bagi apa yang kau nak, kau hancurkan segalanya. Kau salah gunakan semuanya. Kau lah ular yang sebenar - benarnya, Aariz!", Adam menafikan segala tomahan Aariz buat Layla.

Aariz tertawa besar saat perkara itu meniti di bibir Adam. "Aduhai, Adam. Lucu eh kau ni. Yang kau bagi harta kau dekat aku tu kenapa? Tak fasal - fasal keluarga bini kau jadi mangsa, kan? Tapi, Adam, bukan harta kau yang aku nak sebenarnya. Ada perkara lain ang aku nak, tetapi bukan dari kau, tetapi aku nak benda tu daripada Layla", kata Aariz sambil mengerling ke arah Layla yang masih lagi mengacu senjatanya.

            "Apa yang kau nak, Aariz?", tanya Layla mengetap gigi. "Takhta kau", jawab Aariz tenang. Layla menjeling ke arah Adam, Adam menggelengkan kepalanya berkali - kali. "Kenapa, Lay? Kau tak nak bagi aku takhta kau? Tak apa, tetapi, keluarga kau akan menjadi tebusan. Kau faham maksud aku kan?", Aariz melepas tawa kecil. Wajah Layla jelas buntu memikirkan jawapan yang benar dan tepat. "Jangan lama sangat, Lay. Tangan aku ni dah gatal nak tekan picu ni", Aariz mengetatkan pegangannya pada picu pistol miliknya.

          "Jangan, Lay. Jangan bagi takhta kamu kepada Aariz! Takhta itu milik kamu, ingat, kamu adalah cucu kepada Raja Muda Zafran Al Hawwas. Jangan serahkan takhta kamu, nak!", mama mengingatkan Layla di belakang. "Kau diamlah oranag tua!", tersentak badan Layla saat sedas tembakan tepat mengenai dada mama. "OKay! Fine! Aku akan bagi takhta aku. Cuma satu je yang aku minta dan merayu pada kau... tolong lepaskan keluarga aku. Jangan kacau kami lagi, Aariz! Cukuplah dengan segala kacau-bilau yang kau dah buat dekat negara ni! Ambillah takhta ni", Layla membuka sarungan cincin pada jari manisnya.

        Cincin pemberian nendanya dicampak ke arah Aariz. "Tuntutlah semula takhta aku pada orang istana. Bagikan sahaja cincin itu, mereka akan tahu bahwa kau adalah raja baru mereka", Layla mengangkat kedua belah tangannya dan melutut di atas lantai. Seluruh ahli keluarganya terkedu akan tindakan Layla.

"J-jangan, Layla!", Layla hanya menutup mata saat jeritan sayu mama kedengaran. "Well, lebih mudah daripada apa yang aku expect. Tapi kan, aku pun ada hadiah untuk kau, Lay. Ni, tengok ni", telefon pintarnya dicampak ke atas lantai tepat di hadapan Layla.

        "Mummy! Daddy!", panggil anak - anaknya sayu. Pistol tepat diacu pada kepala mereka. "Kau memang dah melampau, Aariz!", Adam berlari keluar meninggalkan perkarangan rumah Layla. Dirinya dibawa ke tempat yang menyembunyikan anak  anak mereka.

       "Terima kasih, Lay. This is going to be the most powerful gift i have received from you. But i know, your family somehow will find anyways to make sure you got back this throne. So, i will give you another presents", das tembakn tepat mengenai mama dan papa. "ENOUGH!", Aariz menghentikan tembakannya yang terakhir. Sebutir peluru sempat melukakan lengan Layla.

"Aku pergi dulu, Lay. Sampai ketemu lagi", Aariz berlalu pergi bersama anak - anak buahnya. Layla terbaring lemah sambil matanya lebat mengalirkan air mata melihat mama dan papa sudah berlumuran darah di sekitar dada. Adik beradiknya yang lain semuanya meluru ke arah mama dan papa. Hana memangku kepala mama manakala Luth memangku kepala papa. Semuanya menangis meratap kepergian mama dan papa yang begitu tragis dan sadis pengakhirannya.

         "Tokma, tokba, tolong jaga mama dengan papa. Sampai sini sahaja tanggungjawab Layla, Hana dan Luth dalam menjaga mereka. Sampai sini juga, perjuangan Layla menjaga takhta Layla. Khilaf Layla, membiarkan takhta Layla diragut kasar oleh Aariz. Tetapi, akan banyak lagi bala yang bakal menimpa sekiranya takhta ini tidak Layla serahkan. Ya Allah, kurniakanlah kehidupan yang indah buat ibu bapaku, ya Allah. Kurniakanlah syurga firdaus buat mereka. Biarkanlah mereka ke syurgamu tanpa melalui sebarang perhitungan, ya Allah. Tolong jaga mereka, ya Allah"

Kian sayup kedengaran tangisan Hana dan Luth. Semakin malap pandangannya. Dan akhirnya, Layla menutup mata. Berakhir perjuangan Layla mempertahankan monarki kepimpinan nendanya. Apakan daya, tidak hebat kudratnya untuk menjaga takhta nendanya buat waktu yang lama.Sini, bakal menjadi titik akhir buat Layla dalam menjadi seorang ratu kematian. Kerana tika ini, segalanya gelap buat Layla. Segalanya..... berakhir.

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now