BAB 39

31 1 0
                                    

"Hubby, sayang pergi kelas dulu. Kalau sayang lambat masuk meeting, sayang minta maaf tau. Sayang pergi dulu, hubby. Bye, assalammualaikum" tangan Adam disalam lalu dikucup sekilas pipi Adam. "Eh, sayang! Tunggu" ditahan tangan Layla, "Kenapa, hubby?" Layla mendekat semula ke arah suaminya yang sedang mengambil sesuatu di rak belakang. "Nah, untuk sayang" sekotak hadiah bertutup kertas pembalut berwarna hitam dan emas diberi. "Besarnya, apa ni?"

     "Album kahwin kita" jawab Adam laju. "Eh, bukan sekali je ke kita ambil gambar masa kahwin haritu? Macam mana boleh sampai jadi album pula ni?" hairan Layla. Setahu dia, hanya selepas dia membatalkan air wudhu sahaja gambar mereka diambil. "Itu yang cameraman papa ambil, cameraman sayang ambil lagi banyak" Layla mengerut kening atnda tidak mengerti. Tetapi, memikirkan kelewatannya untuk masuk ke kelas menghentikan segalanya. Terima kasih diucap dan berlalu pergi meninggalkan suaminya.

     "Bos, ada cikgu baru nak lapor diri" terangkat wajah Adam untuk melihat wajah 'cikgu' baru itu. Terlepas keluhannya tatkala Shayra yang hadir. Terpaksalah juga dia mengizinkan Shayra untuk masuk, "Sila" ujar Adam ringkas. Pintu kayunya ditutup, Shayra mengambil tempat di hadapan Adam. "kenalkan diri awak" arah Adam acuh tidak acuh melayan Shayra. Meskipun berbaju kurung, tetapi bajunya yang sendat dan mengikut bentuk pinggang itu membuatkan Adam kurang selesa untuk memandang dengan lebih lama. Ditatap fail dan dokumen yang diberi Shayra dan yang masih berselerak di atas meja.

     Usai Shayra melapor diri, Adam menyuruhnya untuk menyertai masyuarat sebentar lagi. Keluar sahaja dari biliknya, Adam menyampaikan hasratnya kepada salah seorang kerani di pejabat. "Kak Ina, nanti letakkan air mineral dekat bilik meeting untuk semua cikgu, ye" Ina hanya menerima arahan dan terus menyediakan seperti apa yang dipinta Adam. Tampak kelibat Adam yang sudah menghilang, Shayra berlalu ke ruang kerani dan membantu Ina. "Kak Ina, meh saya tolong susunkan" kotak air mineral diambil dari Ina dan dibawa ke bilik mesyuarat.

    "Terima kasih, Cikgu Shayra. Susah-susah je tolong Kak Ina tadi" botol-botol air mineral disusun di atas meja mesyuarat. Shayra hanya tersenyum sebelum menyudahi susunannya. "Kak Ina pergilah dulu, saya duduk sini terus rasanya. Tak larat nak jalan banyak sangat" ujar Layla sambil tersengih. Ina hanya menurut dan berlalu keluar dari bilik mesyuarat meninggalkan Shayra berseorangan. Shayra memulakan tugasnya dengan mengeluarkan sepaket kecil ubat perangsang dan memasukkan ke dalam botol air mineral di bahagian Adam. Segala serbuk dan bukti yang bersepah dibersihkan lalu diambil tempat duduk sedikit menjauh dan belakang dari tempat duduk Adam.

     "Alright, class. Itu sahaja untuk hari ni. Balik, siapkan kerja saya esok saya cek semula. Saya pergi dulu, terima kasih and just keep on complete your homework, byee" sempat Layla melambaikan tangannya sebelum keluar dari kelasnya. Baru beberapa mengorak langkah, Izham datang merampas beg kerjanya dari belakang. "Eh Izham. Apa benda you ni? Jangan kacau i lah" Layla cuba merampas semula beg kerjanya.

     "Aik, i nak tolong pun salah ke?" Izham melangkah laju membiarkan Layla di belakang. Adam yang barusan menyelesaikan urusannya di belakang tandas guru terhenti langkahnya melihat Izham yang mengukir senyum senget sambil beg kerja isterinya digenggam erat. Layla di belakang hanya menayang wajah jengkelnya. "Here you go, Layla darling. I tunggu dekat bilik mesyuarat, okay sayang?" dicuit pipi gebu Layla. Memerah wajah Adam melihat aksi mesra Izham dan Layla di hadapan bilik guru itu.

    "Tak payah sentuhlah, Izham. Mujur dekat sekolah kalau tak dah lama hancur muka you ni i buat" gumam Layla sendirian. Begnya diletakkan lalu dikeluarkan telefonnya yang sedari tadi berbunyi tanda notifikasi masuk. "Alamak, hubby"

*Hubby : Lepas meeting, masuk bilik abang. Abang nak jumpa*

Mesej Adam berbau seram dan tegas. Sangat ringkas dan padat, bergegas Layla masuk ke bilik mesyuarat. Sangkanya Adam sudah menunggu tetapi masih tiada kelibat suaminya. Saat pintu kayu yang menghubungkan bilik suaminya dan bilik mesyuarat dibuka, terbuntang mata Layla. Shayra keluar dari bilik Adam sambil mengemaskan pakaiannya manakala Adam sudah terbuka kancingan kolarnya begitu juga dengan tali lehernya. Sempat Shayra mengerling sekilas ke arah Layla yang sedari tadi memandang mereka, senyuman senget ditayang.

    Layla hanya diam sambil menayang senyum manisnya, tetapi matanya sudah memanas menahan amarah dan air mata. "Are you okay, darling?" tegur Izham. Layla hanya diam, sudahlah bilik ini masih kosong, bergema suara Izham menyebabkan Adam refleks melihat ke arah sumber bunyi itu. Layla tahu Adam sedang memerhati, tetapi dia tidak mahu keadaan bertambah keruh, jadi dia memilih untuk menayang senyum pahit dan melarikan lirikan matanya daripada terus memandang wajah Izham.

     Setelah beberapa minit menunggu kehadiran para guru yang lain, Adam memulakan mesyuarat. Kering tekaknya dek kerana terlalu banyak bercakap. Botol air mineral di hadapannya digapai lalu diteguk air itu dengan sangat nikmat. Shayra dan Izham hanya menungging senyum senget seraya memandang wajah Adam yang masih tidak menunjukkan kesan. Tika ini, Layla hanya menunduk menarikan pennya mencatat segala perisian mesyuarat yang dibincangkan. Diangkat pandangannya memandang ke arah suaminya, Adam hanya diam memerhati Layla dalam.

     Layla turut membalas pandangan Adam, diperhatikan seluruh muka Adam. Aura yang Adam serlahkan tika ini sedikit berbeza menyebabkan Layla hairan. Keringat yang turun membasahi dahi dan sekitar eher dan tengkuk Adam menyedarkan Layla. Dipandang ke arah Izham, Izham menungging senyum kecil sambil memandang ke arah Shayra. Tahulah dia ada sesuatu yang tidak kena. "Bos... Bos" salah seorang guru penolong kanan memetik jarinya menyebabkan Adam tersedari dari lamunannya. "Ada apa-apa lagi ke isu yang perlu dibentang dan dibincangkan?" semua guru hanya menggeleng, "Jadi, mesyuarat kita hari ini tamat. Semua boleh balik. Layla, masuk bilik saya"

    Arah Adam tegas. Kancingan bajunya dibuka semakin luas sehingga terdedah sedikit dadanya, mujur sahaja sudah masuk ke biliknya. "Abang nak cakap apa?" Layla memulakan topik dengan nada yang sedikit tegas. "Sini" Adam menyeru Layla dan menyuruh Layla untuk duduk di atas pangkuannya. Layla meneguk liur saat wajah Adam yang dingin dan tegang merenung wajahnya dalam. "Hurry up, abang. Lay nak balik, Laaiq dengan Liyana tak minum susu lagi" sengaja Layla memberi alasan.

    "Pandai melawan suami sekarang eh? Sejak rapat dengan Izham, bukan main kasar cara sayang eh" Adam mengeratkan lingkarannya di pinggang Layla. "Sejak bila Lay rapat dengan Izham? Abang tu, buat apa berduaan dengan Shayra dekat dalam bilik? Bukan main seronok lagi Lay tengok masa masuk bilik meeting tadi? Dengan tienya hilang, kolar terbuka. Seronok betul" semakin kasar bicara Layla tika ini. Adam hanya menajamkan renungannya, ditahan sebaik mungkin amarahnya. "Bagusnya fitnah suami sendiri" perli Adam. "Fitnah? Lay rasa cukup nak membuktikan yang abang dah buat benda yang tak elok dengan Shayra tadi"

     "Sayang tengok ke apa yaang kami buat dekat dalam bilik tadi? Nak abang bagitahu apa yang kami buat tadi?" sinis Adam. Layla turut tidak mahu kalah, "Bagitahu lah. Lay nak tahu juga apa benda yang buat abang enjoy sangat sampai tak teratur pemakaian abang tadi" Adam yang sudah tidak dapat menahan tindakan ubat itu, mengambil kunci kereta dalam beg Layla dan dicempung badan Layla keluar dari pejabat menuju ke kereta isterinya. Layla hanya diam memerhati gerak - geri suaminya. Belum pernah Adam bertindak begini.

    Tiba di rumah, ibu bapa Layla tiada di rumah sesuai permintaan Adam pagi tadi untuk keluar membawa anak-anaknya berjalan. Tubuh Layla dijatuhkan di atas katil, "Sayang nak tahu sangat kan apa yang abang buat dengan Shayra tadi, kan?" pintu biliknya dikunci, dicabut lembut tudung yang tersarung di kepala Layla. Layla hanya tersandar lemah sambil memandang suaminya dengan penuh ketakutan. "I'm sorry sayang, but i really need you, now"

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now