"Sayang, bangun" Adam menggoncang lengan Layla lembut. Layla menggeliat manja sambil mencari keberadaan Adam di sebelahnya. "Abang kat sebelah kiri sayang" Layla memutarkan badannya ke kiri dan menggerakkan tangannya sehingga terasa badan Adam. "Abang tak pakai baju, eh?" tanya Layla sambil mata yang terpejam, Adam tergelak kecil sebelum mengucup sekilas dahi Layla. "Tahu aje Layla abang ni" Layla membuka mata perlahan, terganggu matanya tatkala sinar matahari tepat memancar ke dalam matanya. "Your eyes are so beautiful, sayang" Layla membangkit tubuh perlahan dan bersandar di kepala katil.
"Same with you, husband" Layla turun dari katil dan maju ke bilik air. Sempat dia mengerling sekilas ke arah jam untuk melihat waktu, jam menunjukkan jam 6 pagi, mungkin Adam mengejutnya untuk solat subuh. "Sayang tak bawa tuala ke?" pintu bilik air yang tadinya tertutup dibuka Layla semula, "Abang dah mandi belum?" Adam menggeleng. "Jom, ambil tuala, kita mandi sama-sama" Adam ternganga, "B-betul ke, sayang?"
"Do i look like i'm joking right now? No, right?" mata Layla berubah sedikit sepet, segera Adam menggapai tuala dan masuk ke bilik air bersama Layla.
"Ha, itu pun pengantin baru kita" tersenyum Layla dan Adam mendengar suara mama yang penuh girang memanggil. "Hari ni kamu nak pergi honeymoon dah, ye?" Layla yang barusan turun dari tangga memandang Adam di sebelah. "Haah, mama. Tapi nak singgah klinik sekejap, nak cuci luka Layla" Makin hairan Layla dibuatnya, dipandang ke tangannya yang sudah berbalut. 'Macam mana aku boleh tak perasan luka aku ni?'
"Kenapa, sayang?" Adam yang sedari tadi memanggil Layla untuk duduk di sebelahnya hairan melihat isterinya yang merenung dalam lukanya selama 10 minit tanpa henti. "Ha?" dipandang ke arah keluarganya yang sudah membuak risau. "Kenapa pandang Lay macam tu?" Layla mengerut kening. "Kamu okay tak, Layla?" tanya papa. Layla senyum kecil, "Mestilah okay, ada nampak macam Lay tak okay ke?" Layla berlalu mengambil tempat di sebelah Adam. Pinggan Adam diambil sebelum diletakkan sarapan pagi di atas pinggan suaminya.
"Baju dah siap kemas belum, Lay?" Luth memecah sunyi. "Lay?" Layla tidak menjawab, nasi goreng mama dikuis dan dimain dengan sudu besi miliknya. "LAYLA" panggil Luth dengan sedikit tinggi nadanya, "What? Asal nak jerit dho?" Layla meletakkan sudunya. "Dah tu aku dari tadi panggil kau, kau menonong je, memanglah aku jerit" Layla tercengang. 'Tolong keluar sekejap dari badan aku, tolong lah' gumam hati Layla. Seketika dia memejam mata sebelum membuka matanya semula. "Oh, sorry abang, Lay tak berapa dengar tadi... Abang Luth tanya apa tadi?" mulalah pandangan merisaukan antara keluarganya. "Oh, baju eh? Baju Abang Adam tak ada masalah sebab masih belum keluar dari beg dia lagi, beg Layla je yang belum berisi"
"Dah, abang dah kemaskan" Layla memandang suaminya lembut sambil tersenyum manis. "Thank you, abang" Layla memeluk lengan suaminya, Adam melakar senyum pahit sambil memandang keluarga Layla.
"Abang" Adam menoleh. "Yes, sayang abang?" Layla menutup pintu bilik sebelum melabuh punggung di bucu katil. "Lay nak tanya sikit, boleh?" Adam berdiri dari bongkoknya dan berlalu ke arah Layla, "Tanyalah, nanti abang jawabkan" perlahan dia melabuh punggung di sebelah isterinya. "Lay dah gila ke?" terdiam Adam mendengar persoalan itu. "Abang, Lay dah gila ke?" lengan suaminya digoncang, "No lah. Sayang abang tak gila lah. Siapa yang cakap macam tu dekat sayang abang ni? hm?" pipi mulus isterinya dielus lembut, "Lay sendiri?" Adam menarik Layla mendekat sebelum dipeluk erat tubuh isterinya.
"Tak baik tau cakap diri sendiri gila. Sayang abang ni okay je. Dalam diri kita, ada dua sisi. Sisi yang baik dan juga sisi yang jahat. Kadangkala, bila kita tak mengawal tindakan dan emosi kita dengan baik, kita akan berubah dan melakukan tindakan seperti apa yang sisi jahat kita nak. Sayang abang tak gila pun, cuma sayang perlukan waktu untuk menenangkan diri sebelum bertindak" dielus lembut helaian rambut isterinya.
"Lay berubah menjadi kejam ketika majlis nikah kita, sebab Lay tak membuang dan mengikhlaskan memori silam Lay. Sayang abang cuba nak kawal emosi tu, tapi sayang abang tak mampu sampaikan sayang abang kalah dengan sisi jahat sayang dan bertindak macam tu. Abang faham, sayang, faham sangat. Sebab tu abang tak halang sayang masa tu, mungkin masa tu, sisi sayang sedang berlawan antara satu sama lain. Sayang abang cuma perlukan masa dan latihan untuk mengawal emosi. Tak mudah, sayang. Tapi, kita cuba, okay?" Layla melerai pelukan dan memandang suaminya.
"Lay sebenarnya psiko, kan abang?" tubir matanya memanas, air mata bergenang sebelum setitis demi setitis jatuh ke pipi. "Tak, sayang. Sayang abang bukannya psiko pun. Kan abang dah cakap, tindakan sayang yang lepas itu sebab sayang tak mampu mengawal emosi dan sisi jahat sayang dengan baik. Tak ada apa pun, sayang. Jangan risau. Luka sayang tu cuma cara untuk sayang melepaskan kemarahan, tapi sayang tak sedar benda tu sebenarnya salah. Sebab sisi jahat sayang kata itu yang terbaik untuk melepaskan marah. Tapi, cara yang sebenar ialah dengan solat, kan?"
Layla menyembam muka ke dada bidang Adam. "Sayang abang, abang faham, kisah silam sayang membuatkan minda sayang sentiasa bercelaru. Tapi, sayang kena ingat, setiap kali kita rasa kita perlukan ketenangan, kita cari Allah. Bukan dengan tumbuk cermin sampai berdarah, bukan dengan mengugut orang, bukan dengan cara itu, sayang. Kita ambil wudhu dan solat. Itu yang terbaik, sayang abang. Masa abang tinggalkan Lay dulu, abang pun rasa celaru. Sebab tu abang hisap vape dengan rokok, tapi bila abang kena marah dengan sayang abang dulu, terus abang tersentak. Sebab masa tu lah abang sedar, cara abang melepaskan resah, gelisah, marah, segala kecelaruan abang, dengan cara yang salah. Bila abang sikit-sikit berubah, abang rasa tenang sangat. Jadi, kali ni, abang tanya Lay"
Wajah Lay diangkat tetapi tetap sahaja dia menunduk. "Pandang abang, Lay" dengan sedu-sedannya, Lay mengangkat wajah. "Tak cukup lagi ke kurniaan Allah untuk sayang sampaikan sayang buat macam ni?" Layla tersentak. Terdiam, kaku, kelu seribu bahasa. "Lay...." tak mampu Layla menjawab. Jika Layla merampas vape dan rokok Adam, Adam menggenggam lembut tangan Layla dan dikucup lembut lukanya. "Abang berjanji akan jaga Layla Qalisya Maisarah abang sesuai lafaz abang ketika kita nikah, sayang. Abang berjanji akan menerima baik dan buruk Layla abang" Layla menunduk. "Tapi Lay dah tak ada mahkota Lay, siapa je lelaki yang sanggup terima wanita yang sudah hilang daranya" Dagu Layla diangkat, matanya bersabung dengan mata indah Adam.
"Abang akan beri mahkota yang lebih baik daripada mahkota sayang yang dulu, Layla. Itu janji abang, Layla Qalisya Maisarah"
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...