Malam itu, Adam duduk di sebelah Layla sambil mengurut kaki isterinya, "Abang, nantikan Layla nak makan mi kari lah. Tapi, Lay nak abang masak". Adam cuma senyum mengiyakan permintaan isterinya, "Boleh sayang abang, tapi sayang kena tunggu habis pantang dulu. Time pantang ni, biar abang masakkan sayang makanan yang sup-sup je eh. Nanti, sayang dah habis pantang, sayang nak apa sayang cakap je. Abang masakkan" penuh yakin Adam berbicara.
"Betul ke, abang? Abang akan masakkan Lay apa je?" Layla meminta pasti, takut juga nanti Adam hanya sekadar bergurau. "Ye, sayang. Abang masakkan" tersenyum Layla mendengar pengakuan Adam. "Abang" seru Layla lembut, "Yes, sayang abang?" Adam menghentikan urutannya dan berganjak ke kepala Layla. "Abang sayang Lay dengan anak-anak kita tak?" tersentak Adam mendengar soalan yang barusan keluar dari mulut Layla. "Mestilah abang sayang keluarga abang. Kenapa, sayang? Sayang sedih kenapa? Abang ada buat salah ke?" rambut perang Layla diusap sambil sesekali dicium dahinya. "Abang jangan tinggalkan Lay dengan anak-anak kita, eh? Lay tak boleh hidup tanpa abang, Lay akan buntu dengan hidup Lay sendiri"
Menitis air mata Layla tatkala dia meminta perkara itu dari suaminya, "Sayang abang, abang tahu sayang seorang wanita yang kuat. Sepanjang abang kenal dengan sayang, sedikitpun abang tak pernah dengar yang sayang nak mengalah dengan hidup sayang. Walaupun, banyak memori pahit dalam hidup sayang, tapi sayang tak pernah berhenti. Sayang tak pernah hirau pun apa yang orang katakan. Itulah yang membuatkan abang bangga dengan sayang. Sekalipun suatu hari nanti abang tinggalkan sayang dengan anak-anak, abang yakin sayang boleh buat. Sayang, selama sayang diuji, abang tak pernah temankan sayang. Abang cuma temankan sayang bila kita dah jumpa semula dan berkahwin je, selebihnya sayang hadap seorang diri. Kalau sayang boleh buat masa kita belum kahwin, mesti sayang boleh buat bila abang dah tak ada, kan? Abang sayangkan keluarga abang, sebolehnya abang tak nak tinggalkan sayang selagi abang boleh. Tapi, siapa yang mampu lawan kuasa Allah?"
Makin lebat tangis Layla, dipeluk pinggang Adam erat tak mahu lepas. "Sayang, sayang nak tahu tak?" tanya Adam. Tetapi, Layla masih dengan tangisnya, "Sayang, abang nak cerita ni" Adam melerai pelukan, Layla naik mengangkat wajah seraya menyeka air matanya. "Apa dia?" dengan sedu-sedannya dia bertanya. "Sini, baring dekat abang" Adam merendahkan tubuhnya di sebelah Layla, Layla menyandarkan kepalanya di dada bidang Adam. "Masa sayang masuk dalam dewan bersalin tu kan, sebenarnya abang nangis" jujur Adam. Terlepas tawa kecil dari Layla, "Ye ke, abang? Abang nangis?"
"Ye, betul. Tanya Lukman dengan yang lain, diorang nampak abang duduk dekat kerusi depan tu, lepas tu abang tekup muka abang. Abang doa banyak-banyak harap sayang tak tinggal abang, abang nangis sampai menitis air matanya kat lantai" makin besar gelak Layla. "Hubby ni comel la" Layla mengiringkan badannya perlahan dan memainkan jemarinya di dada Adam, "Lagi? Apa jadi, hubby?" tubuh belakang Layla diusap perlahan, "Lepas tu, bila sayang dengan Laaiq and Liyana dah keluar, kan, abang tak percaya yang abang dah jadi daddy. Ye lah, dulu sayang yang panggil abang daddy, sekarang ni dah ada yang lain panggil abang daddy" makin lama makin layu mata Layla, khusyuk mendengar celoteh suaminya.
"Lagi?"
"Bila sayang dah masuk bilik, baby dah masuk bilik, nurse suruh abang azankan Laaiq dengan Liyana. Abang nervous sangat sampai abang tanya semula dengan nurse macam mana nak azan. Ya Allah malunya abang, sayang. Merah muka abang masa tu. Yang kawan-kawan abang tu pun cilaka juga, dia pergi gelakkan abang. Tapi, lepas tu nurse suruh semua keluar, jadi abang tak nervous sangat nak azankan baby. Masa abang azankan Laaiq, Laaiq diam je tak menangis, dia pandang je muka abang. Masa Liyana pun sama, tapi Liyana lambat sikit berhenti nangis. Mungkin Liyana ikut sayang kut, kuat nangis"
Terlalu khusyuk mendengar sehingga terlena sudah Layla di dalam dakapan Adam. Adam bergurau dengan mengatakan dia kuat nangis pun sudah tidak disedarinya. "Sayang? Sayang abang? Tidur dah? Haishh comel betul bini aku ni" gumam Adam sendiri. Telefon pintarnya dikeluarkan lalu aplikasi Al-Quran dibuka. Dibuka muka surat yang sudah dia baca ketika Layla tidur malam semalam lalu disambung bacaannya. Sepanjang bacaannya sedikitpun tangannya tidak berhenti daripada mengusap dan mengurut belakang tubuh Layla, sesekali dikucup ubun-ubun Layla. Tepat jam 1 pagi, Adam menamatkan bacaannya. Mujur sahaja anak-anaknya sudah kenyang dengan susu yang sudah Layla berikan sewaktu dia sedar tadi, cukup lena mereka tidur sehingga tidak mengganggu waktu tidur Layla.
Adam bangun dan meletakkan dengan perlahan tubuh Layla di katil. Kunci keretanya diambil sebelum berlalu keluar dari bilik. "Fan, Ran, jaga bini dengan anak-anak aku kejap. Aku pergi base nak jumpa dengan Man. Kalau anak-anak aku terjaga, pujuk diorang sampai berhenti. Kalau tak berhenti baru kejut Layla, faham?" arahan tegas diberikan kepada sepupu isterinya. Zulfan dan Zahran mengangguk menerima arahan. "Hati-hati, Dam" sempat Zahran berpesan kepada Adam sebelum Adam hilang dari pandangan mereka.
"Apa jadi, Man?" lengan bajunya disingsing sehingga ke paras siku. "Tadi, masa kau tengah azankan anak-anak kau, kami dapat panggilan daripada Mat dengan Iqram. Katanya, Izham dengan Aariz dah melampau. Diorang letakkan bom di beberapa tempat di seluruh negara, katanya kalau kau tak serahkan syarikat Hawwas Family dan bubarkan kumpulan kita, seluruh negara akan menjadi mangsa dan tebusan kepada musuh-musuh kita. Senjata yang diorang guna juga agak setanding dengan kita, mungkin disebabkan Izham pernah curi dan serahkan kepada Aariz. Syarikat yang menjadi rakan Hawwas Family turut tarik diri daripada terus bekerjasama sebab Aariz sanggup bayar lebih daripada kita bayar mereka. Sekarang ni, pembinaan dan penciptaan senjata kita hanya bergantung kepada Hawwas Family. Seluruh negara berada dalam tangan kau sekarang, Adam. Kita kena buat pilihan tepat supaya negara tak menjadi mangsa keganasan Aariz dan Izham"
Adam mendengar penerangan daripada Lukman dengan penuh teliti. Terbit beberapa idea untuk menjatuhkan Aariz dan Izham, "Okay. Kita bagi apa yang dia nak, tapi dalam masa yang sama, kita buat perjanjian 'damai' dengan diorang" Lukman mengerut kening. "Perjanjian apa, Dam?"
"Kalau kita bagi apa yang dia nak dan dia turut permintaan kita, dia perlu lepaskan negara ni. Tetapi, kalau dia menyalahguna apa yang kita dah bagi, dia tak turut apa yang kita minta, seluruh syarikat yang menjadi musuh dan tikam belakang kita termasuk keturunan mereka akan mati dan musnah. Dan setiap kemusnahan dan kehancuran mereka perlu disaksikan oleh Layla"
"Kenapa Layla kena saksikan kehancuran diorang Adam? Apa kena mengena Layla dengan diorang? Izham sahaja yang aku rasa ada kena mengena dengan Layla. Aariz dan syarikat lain tak ada kaitan pun"
"Itu apa yang kau rasa. Tapi, aku yang menyaksikan semuanya, aku yang nampak perkara yang terjadi kepada tokba dan tokma, aku yang menyaksikan kemangkatan mereka, aku yang menyaksikan kehancuran kumpulan ni. Aku menyaksikan pemergian keluarga aku dan keluarga Layla. Layla ialah pewaris takhta yang sudah ditetapkan tokba dan tokma. Takhta mereka milik Layla. Tetapi, Izham dan Aariz serta syarikat lain menghancurkan segalanya. Mak bapak diorang bunuh tokma dan tokba, Lukman Mateen. Mak bapak diorang bunuh keluarga kita, Lukman mateen. Layla mungkin tak menyaksikan apa yang terjadi, tapi mimpi yang setiap malam dia dapat, dan apa yang dia luahkan kepada kau, cukup menggambarkan penyiksaan yang Aariz dan Izham berikan kepada seluruh keturunan dia. Aku nak dia bangkit dan pertahankan takhta tu. Hanya dia sahaja pewaris yang layak, selepas papa Zulfan dan Zahran mangkat, takhta mereka perlu diserahkan kepada Layla. Itu apa yang tokba dan tokma wasiatkan. Hanya Layla yang boleh memerintah kerajaan ni. Kata-kata dia lebih berbahaya daripada kita. Layla perlu menjadi ratu untuk negara ni. Dia perlu mencatatkan sejarah di negara ni"
"Layla perlu membangkitkan semula jiwa 'Lady Aina' dan 'The Hawwas' dalam diri dia. Dia perlu menjadi Ratu Kematian seperti apa yang Aina Batrisyia lakukan. Dia perlu menjadi Raja Kejahatan seperti apa yang Zafran Al - Hawwas lakukan. Dia perlu ada jiwa nendanya semula. Layla Qalisya Maisarah perlu menjadi Ratu IBLIS semula. Hanya dia yang boleh menghancurkan mereka yang menikam belakang dan menyiksa Keluarga Al - Hawwas ini. Layla akan menjadi RATU IBLIS semula, aku yakin"
"Tak perlu paksa Layla, Adam. Kau orang berdua adalah selayaknya pewaris takhta mereka. Jadi, kau. Muhammad Adam Rizalman Syukri, kau perlu membangkitkan jiwa 'The Hawwas' semula. Dan biarkan Layla menghidupkan semula jiwa 'Lady Aina'. Kau orang berdua lah yang akan menjadi harapan kami untuk menghancurkan musuh-musuh kita"
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...