BAB 47

29 1 0
                                    

"LAYLA" langsung Layla mengangkat wajahnya mengintai di sebalik dinding mejanya untuk melihat gerangan yang memanggil namanya. "Eh, Shimaaaa!!!!" Layla bangun dari duduknya dan langsung memeluk Shima. "Wehhh, macam mana kau boleh sampai ke sini? Kau buat apa dekat sini? Kau tak kerja ke?" dibelek tubuh rakannya bagaikan mencari luka yang tersembunyi. "Tak ada apalah. Aku saja datang nak bagi hadiah dekat kau. Kau kan dah nak dapat second twins, so aku datang ni nak bagi hadiah hamper baby ni untuk kau" sebungkus hamper yang sangat besar dan padat dengan barangan bayi diberikan kepada Layla.

       "HAHAHHAAHHAA wehhh, aku baru beli barang baby semalam dengan laki aku. Tapi takpe, still thank you sebab dah hadiahkan barang ni untuk twins aku. Kau nak datang rumah aku tak lepas ni?" tangan Shima ditarik untuk dilabuh punggung di sebelahnya. "Takpe, Lay. Aku nak melawat Adam sekejap lepastu nanti aku terus gerak pergi tempat kerja. Bos aku dah nak sampai ni rasanya. Kau tengoklah, belajar dekat universiti lain, ijazah lain, kerja lain. Haih, aku blur dengan diri aku sendiri sekarang ni" dipicit pelipis keningnya. Betul pening si Shima ni.

    "Kau ni, rileks la. Biasalah tu, kita kan memang sama dari dulu. Aku pun dulu aliran sains, mengajar BM, lebih kurang kau je. Jom, aku teman kau jumpa Adam"

     Diketuk pintu kayu bilik Adam menunggu izin untuk masuk dari tuan punya bilik. "Masuk" perlahan dibuka pintu kayu itu beriring salam. "Abangg~~" Layla masuk ke dalam bilik bersama Shima. Terkaku Shima melihat orang yang sangat dia kenali sedang memandang dirinya bagai nak dimakan hidup - hidup. "B-bos?"

     "Shimmeerr and shine?"

"Pehh, shimmer and shine eh? Takpelah. Apa bos buat dekat sini?" tanya Shima membuka topik. Layla dan Adam hanya memerhati gelagat mereka sambil tersenyum nakal. "Saya yang patut tanya awak, awak buat apa dekat sini?". Shima mula meneguk liur kesat, awat payau benor air liur kali ni? "Ish, suka hati saya lah. Saya nak jumpa dengan kawan saya, salah ke? Saya dah bagitau dengan bos, kan?"

      Keadaan sudah mulai hangat. Lukman sudah mula memasang wajah dinginnya. "Dan salah ke saya nak jumpa dengan kawan saya juga? Saya dah cakap dengan awak kan, cinta?" tersedak Layla yang sedang meneguk air di belakang. "Apo cinta? Otak bos lah cinta" Shima menayang muka jengkelnya. Lukman bangun dari duduknya dan mendekat ke arah Shima. "Tak baik cakap dengan suami macam tu, cinta" Adam menggaruk tengkuknya yang tak gatal dan berdehem sekilas. "Lukman, Shima, kau berdua balik lah ke pejabat. Tak payah berasmara di pejabat aku pula ye. Aku dengan bini aku meluat dah nengok kau berdua ni"

    "Ish, ni semua sebab bos lah. Layla, aku gerak dulu lah. Adam, saya pergi dulu ye. Jumpa kat office, bos" terus mencicit Shima melarikan diri daripada Lukman sebelum makin teruk dia kena. "Asal kau panggil member aku cinta? Kau nak ngorat dia ke?" tanya Layla. Dari riak wajah Lukman sedari tadi jelas kelainan aura tatkala dia bersama Khairina dan juga Shima. "Aku nak kahwin lah dengan si Shima tu" kali ni, Adam yang menyembur air dalam mulutnya tatkala mendengar apa yang dikata Lukman barusan. "Kau.... nak kahwin dengan Shima? SERIOUSLY?!"

     "Kau ada nampak muka aku ni macam pembohong ke?"

     "Sikit" Adam membuat gaya seperti mengukur sesuatu yang kecil dengan jarinya. "Kalau betul kau nak kahwin dengan Shima, kau kena berlatih dari sekarang" ujar Layla jujur. "Kenapa pula aku kena berlatih dari sekarang?" Layla melakar senyum sinis. "Yang pertama, Shima dah tak ada parents dan dia anak tunggal. Dia tinggal dengan keluarga makcik dia. Makcik dan pakcik dia pula bekas guru dan guru besar sekolah agama. Hal ini bermakna........ kau kena jalankan satu ujian. Ujian pertama, kau kena baca Quran depan pakcik dia. Kau mungkin akan ditanya tentang tajwid dan kemudian kau akan ada interview dengan makcik dia. Yang kedua, kau ada ujian ketangkasan dan kekuatan. Salah seorang dari mereka berdua akan berlakon sakit kronik dan kau perlu cari cara macam mana nak selamatkan diorang dalam jangka masa yang singkat. Akhir sekali, kau kena bawa family kau dengan hantaran dan menjadi imam solat fardhu untuk sehari. Barulah pertunangan dan pernikahan boleh dijalankan"

    "Uish, nasib baik aku tak kena" Adam melepas keluhan tenang. Kalau lah dulu dia kena, mahu tak kahwin dia dengan Layla. Bapa Layla jangan dibawa main, sekali tanya kalah pak ustad. "Okay, bila aku boleh jumpa?" tepuk dahi Layla jawabnya. "Kau ni, tak takut ke? Preparation kau macam mana? Duit hantaran lagi, dulangnya lagi, hadiahnya lagi, cincin, baju, pelamin, preparation untuk ujian, kau dah pernah jumpa ke apa dengan makcik pakcik Shima ni?". Ketenangan Lukman memang langsung tak dijangka, macam pernah buat aje. Orang lain yang nak minang orang lain yang gelabah. "Okay je, dah kalau benda tu tiap - tiap hari aku buat, takde masalah". Layla cuma mengiyakan sahaja apa yang dikata Lukman.

     "Jangan tanya bini aku bila boleh jumpa, tu bukan mak pak dia dia nak tahu. Kau pi lah office, tanya dengan bakal isteri kau sendiri" haishhh itu pun nak diajar si Lukman ni. Siapa yang dia nak kahwin sekarang ni? Layla ke Shima? "Okay, fine. Aku gerak dulu, pape aku roger derr", Lukman keluar dan pulang ke pejabat meninggalkan Layla dan Adam.

      Tiba di pejabat syarikatnya, melilau matanya mencari keberadaan si Shima. "Shimmer and shine!", sengaja dia menyakat Shima yang sedang tekun mengerjakan tugasannya. Duduk pula depan bilik bos, kerjanya pula pembantu bos, hm mendapat lah dia. "y-ye, bos?" tergagap dia mengakur. "Masuk bilik saya, now!"

      "Habislah kau, Shima" rakan - rakannya pula perangai memang tak boleh dikawal. Perlahan Shima bangun dan bergerak ke bilik bosnya. "K-kenapa, bos?" Shima berdiri di hadapan meja Lukman. "Saya nak kahwin dengan awak. Apa sahaja syaratnya, saya akan terima" terkejut Shima dibuatnya. "T-tapi, bos kan dah kahwin?"

       "Saya dah cerai dengan bekas isteri saya. Dan saya nak kahwin dengan awak, bila saya boleh jumpa family awak?"

      "Hujung minggu ni... saya balik. Bos nak sekali ke?"

      "Boleh, saya akan jemput awak. Awak tak payah bawa kereta, naik dengan saya. 8 pagi sharp mesti dah tunggu depan pintu rumah, saya datang. Sekarang sambung kerja awak, out"

Seriau darah Shima. Sudahlah panggil Shima Shimmer and shine dengan selamba badak dia je, lepas tu kata nak kahwin dengan dia, last - last suruh member out macam tu je? Dingin si Lukman memanglah susah nak dikawal, Layla dan Adam sahaja lah yang boleh meredakan dingin dia ni. Tapi, mungkin selepas ini, dia pula yang menjadi penenang buat si Lukman?

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now