"Adam! Oooo Adam sayang oiii!, bangun ler subuh dah ni" pintu biliknya diketuk bagaikan hendak roboh, perlahan Adam mengalihkan kepala Layla sebelum membuka pintu biliknya. "Tak boleh ke kalau kau ketuk lembut-lembut je? Sumpah menganggu tidur" Zulfan dan Khaliq membuntang mata tatkala Adam hanya melilit tuala mandi di pinggang, pakaian mereka yang bersepah di lantai dipandang sekilas.
Zulfan dan Khaliq memandang sesama sambil senyuman yang cukup menjelaskan bicara mereka tanpa bersuara. "Takpelah Adam, hang subuh dengan bini hang je la. Macam ada sambungan je lepas ni... Kami pi dulu na, have fun" ujar Khaliq. Mencicit mereka melarikan diri dengan niat jahat mereka. Adam menggelengkan kepala dan menutup pintu. Tubuh Layla dicempung dibawa ke bilik air untuk membersih diri sebelum menunaikan solat subuh.
"Berapa 'round', Adam?" Adam dan Layla yang sedang meneguk air dan menjamah makanan tersedak dek kerana soalan yang diaju Lukman yang tanpa segan silu itu. "Muka tu nampak sangat tak tidur malam tadi" ujar Naufal. "Sebulan lepas ni, dapatlah berita baik, kan Lay?" Adam dan memandang sesama sendiri.
"Kasaq betul Adam malam tadi sampai Lay tak boleh jalan" terlepas tawa semua rakannya. Layla hanya mengukir senyum kecil menahan malu, wajahnya kini merah bagai tomato. Adam meletakkan sudu besinya menyebabkan sedikit bunyi bergema, terhenti semua tawa rakannya. "Selesai? Boleh kita buka topik lain selain daripada 'game' aku malam tadi?" Semua rakannya meneguk liur tatkala Adam sudah menyimpulkan jemarinya.
"T-tak ada apa, Adam. Semuanya okay. Aariz memang berada di Malaysia, tetapi pergerakannya masih terkawal dan tiada yang mencurigakan. Kontak dia pun tiada yang meragukan. Mungkin dia cuma nak bercuti dekat sana" terang Nafis.
"Good, how about the weapons?" Adam kembali menyuapkan nasi goreng yang Latif sediakan untuk sarapan. "Stok senjata dah ditambah. Drugs pun dah settle, sekejap lagi lepas workout, kami akan ke pusat latihan... Nak join?" ujar Kabir. Adam menoleh ke arah Layla yang selesai dengan sarapannya. "Sayang nak ikut tak? Ke nak pergi jalan-jalan?"
Zulfan dan Khaliq kembali bersabung mata, "Sayang nak ikut tak? Ke nak pergi jalan-jalan? Kaki Lay pun dah sakit sampai tak boleh jalan, tanya lagi. Dia yang buat dia pula yang tanya, ye dok?" ejek Zulfan. "Entahnya. Selamba badak dia je tanya macam tak ada apa jadi dekat Lay" Khaliq menyambung.
"Aku tanya bini aku. Yang sakitnya bini aku bukan kau. Ke kau nak rasa juga?"
"Abang!"
Teguk liur Zulfan dan Khaliq. "K-kau g-gay ke, Dam?" Nafis menekup mulut. "Pala kau aku gay. Tu yang kat luar tu, yang tengah berjaga tu yang gay. Kau nak ke, Fan? Liq?" Adam memuncungkan mulut menunjuk ke arah bodyguard yang menjaga di luar rumah mereka. Terus Zulfan dan Khaliq menggelengkan kepala laju dan memeluk tubuh mereka bagaikan 'mak nyah'.
"Lay ikut abang, Lay tak nak duduk seorang" tangan Adam digenggam. "Nanti tukar baju. Abang tunggu dekat bawah" Layla cemberut. "Lah, kenapa pula, Lay? Biarlah Adam tunggu kau kat bawah" hairan Zahran. "Abang temanlah Lay" bisik Layla.
"Eh, abang tak boleh teman Lay. Nanti tak jadi abang nak pergi workout. Nanti abang 'workout' dekat dalam bilik dengan Lay je, ha kan susah. Mahu sebulan sayang tak boleh jalan. Aje gila, kamu Layla Qalisya Maisarah?"
"Ish abang ni, Lay suruh teman je, bukannya 'workout' sekali"
"Eh, tak boleh. Dah alang-alang teman tu, kita rasa lah sekali lagi. Apa kita panggil, sambil menyelam minum air.. haa"
Tersedak Lukman dan Nafis. Tersembur air Latif dan Naufal. Hilang nafas Kabir dan Zahran. Timbul senyum nakal Zulfan dan Khaliq. "ABANG!"
"Betul lah.. Dah dah dah, jom sayang" Adam menarik kerusi Layla dan mencempung tubuh Layla menuju ke bilik tidur. Rakan-rakannya diam terlopong melihat Adam yang berbeza. "Weh, Adam tu 41 ke 21?" tanya Naufal.
"Nafsu kuda mamat tu"
"Uiii berapa tahun dia tahan tu"
Adam mengunci pintu biliknya dan meletakkan tubuh Layla di atas katil. "A-abang" Layla menelan liur melihat suaminya yang sudah membuka t-shirtnya. "No lah, abang takkan buat lagi. Kaki sayang dah sakit, kan?" Adam mengeluarkan sepasang baju yang sudah dia padankan untuk Layla. "T-tapi, abang macam nak je tadi" terlepas tawa Adam.
"Kalau abang nak sekalipun, abang takkan buat siang-siang. Dah, pergi tukar baju. Ke nak abang tukarkan?" Layla merampas baju itu dan perlahan masuk ke bilik air. "Haishhh, hot betul bini aku ni"
"Lay dengar, abang!"
"Weh, Man. Malam ni karok jom" ajak Latif. Tertoleh kepala Khaliq dan Kabir apabila Latif meminta izin daripada abangnya. "Tak pernah-pernah kau ajak karok, Tip" hairan Zahran. "Tu maknanya dia sadboy sebab breakup dengan girlfriend dia" ujar Nafis. "Ataupun dia sedang galau sebab fyp Tiktok dia penuh quotes dan ejekan single" sambung Naufal.
Lukman yang sedang bermain dengan telefonnya hanya diam tidak menjawab. "Woi, Man. Dengar ak aku tanya ni?"
"Dengar... boleh, tapi tanya Adam untuk double confirm" katanya selamba. "Tanya apa?" Adam memimpin Layla di belakangnya sebelum duduk di sofa di ruang tamu mereka. "Si Latif ni nak karok malam ni... aku okay je, tapi kau tak tahu lah"
"karok? Karaoke?"
"Haah, Lay nak join?"
"Nak, abang boleh lah... pleaseee"
Lengan Adam digoncang, Latif turut mengambil tempat di sebelah Adam dan meniru gaya Layla. "Haah, boleh la abe Adam... Dah lama kita tak karok ni"
"Heh, apo pegang-pegang ni. Gi pegang yang kat luar tu, aku masih lurus" Adam menepis tangan Latif. Dipandang wajah isterinya yang tampak seperti benar-benar mahukan perkara itu, "Okay, fine. Malam ni boleh karok. Tapi kalau sampai lewat malam, siap sayang abang 'hukum'" Layla mengukir senyum dan memeluk tubuh suaminya. "yeayyyy thank you, abang.. I love you, hubby"
"I love you too, wifey"
Semua rakannya memandang sesama dan mengukir senyum lega. Betapa tenangnya hati tatkala Adam sudah menemui dan mendapatkan semula cintanya. Adam yang dahulunya sentiasa tertekan, menangis setiap malam, mulut dipenuhi asap, kini bersih dan gembira. Ketenangan tergambar di wajah Adam tatkala dia mencium ubun-ubun isterinya dan membalas pelukan hangat Layla. Hampir sahaja Zulfan mengalirkan air mata dek kerana kejayaan rakannya yang berjaya menemui ketenangan dan mampu menjaga seorang wanita yang bergelar isteri. Tiada lagi duka yang diharap mereka, hanya ketenangan dan kegembiraan yang dipinta kini.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...