Tiba di rumah, Adam duduk bersandar di sofa. Rantai perak berukir namanya dan Layla dipandang sayu. "Adam, kamu tak nak cuba bagitahu Layla ke?" mummy bertanya. Adam menggeleng perlahan sebelum air matanya mengalir perlahan di pipi. "Adam tak kuat mummy, banyak salah Adam dengan Lay.... Banyak janji Adam yang dah Adam mungkir" makin lebat tangisnya. Mummy dan daddy mengusap perlahan badannya dan juga kepala. "Adam, hidup ini, memang kadangkala perlu dibongkar kebenarannya meski terselit duka. Tapi, ingat Adam, hati manusia, berbolak balik sifatnya... biarlah kamu hilang Layla buat seketika tetapi inshaAllah dengan doa, hati Layla akan sembuh dan terima kamu. Adam, jangan terlalu pendam kebenaran itu... jika kamu rasa kamu terseksa, ingat, Layla lebih terseksa menunggu kamu dulu. Kamu berjanji pergi demi negara namun kamu terpaksa berkahwin dengan wanita lain, dibiar ikatan tunang kamu dengan Layla melonggar simpulannya... tetapi Adam, tengok Layla sekarang, dia masih boleh terima kamu walaupun ada kebenaran yang belum dibongkar...
bongkar lah nak... tipu daddy kata kalau daddy tak pernah sakitkan hati mummy dengan kebenaran, tetapi hati akan lebih lega tatkala kita tahu yang sebenar berbanding diganggu syaitan yang meragukan hati. Daddy dengan mummy tahu kamu masih sayang Lay, jadi kamu terus teranglah, beritahu segalanya... biarkan hatinya mereda dan suntinglah dengan baik.. jangan diragut kejam mawar itu, lukanya masih berdarah, Adam" daddy memujuk anaknya, yang jelas memikirkan Layla. Bagaimana hendak dia berterus terang? bagaimana Layla mahu menerima dirinya kembali? "kami sentiasa doakan kebahagiaan kamu, nak.... inshaAllah, Layla akan baik aje" tangan anaknya diusap lembut.
Dua minggu selepas itu, tibalah waktu di mana Layla bakal berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sekolah menengahnya. Dia sudah melapor diri sehari sebelumnya, jadi hari ini, dia bakal dikenalkan dengan seluruh warga sekolah. Usai bersarapan, Layla memandu kereta Mini Coopernya menuju ke sekolah. Tepat jam 7 pagi, Layla tiba di sana. Sedang asyik dia mengelurkan beg kerjanya, seorang jejaka datang menyapa. "hai Layla" Layla menolehkan kepalanya dan serta merta dirinya kaku. "h-hai, Izham" Layla memandang Izham dengan penuh ketidakselesaan. 'mana abang Adam ni?' hati meronta tidak tenang. Ketika Izham cuba mendekati, tepat waktunya Adam hadir dengan menunggang motor mewahnya. Lengkap mengenakan baju kemeja hitam dan tie berwarna kelabu asap, helmet hitam disarung dan menutup wajah. Superbike Yamaha R6 nya menggegarkan sekolah.
Tongkat motor diturunkan sebelum dia turun dari tunggangannya. Dengan penuh elegan dia membuka sarungan helmetnya dan mengemaskan rambutnya. Terparkir elok motornya di tengah - tengah parkir pengetua. "hai, Layla" Adam melambai tangannya. Sengaja dia bermanja dengan Layla mahu membuat Izham cemburu. "hai, t-tuan" Layla membalas. Matanya terselit permintaan agar dibawa jauh dari Izham. "jom, kita pergi breakfast, nanti nak perhimpunan dah.... bak sini begnya, abang bawakan" beg kerja Layla digapai lembut, Layla hanya membiar sebelum mengikuti langkah Adam. Izham hanya memerhati dengan penuh dendam. 'tunggu, Layla.. kau tetap akan jadi milik aku'.
"kenapa tuan nak gelar diri tuan abang? kenapa tak saya awak ke?" tanya Layla sambil mensisip hot chocolate yang dia pesan barusan. "takpelah, Layla kan memang akan panggil abang, abang juga nanti" kata Adam membuatkan Layla tersedak minumannya. "uhuk uhuk,... apa tuan cakap tadi?" Layla meminta pasti. "takde pape...... dah? jom, kita naik dataran" usai minuman Layla dihabiskan, Adam mebuat pembayaran dan berlalu ke dataran perhimpunan. "aahhhh lamanya tak hirup udara IP... rindunyaa" Layla memandang seluruh bangunan sekolahnya yang masih kukuh berdiri. "rindu Ip je? abang tak rindu?" Adam mengusik. " ish tuan ni, tuan bukan suami saya untuk saya rindu" penuh jujur Layla menjawab. "soon" gumam Adam dan terus beralih ke tempatnya yang terletak di barisan pertama di sebelah kanan. Layla pula mengambil tempat di barisan belakang sebelah kiri. Izham mengambil tempat di sebelahnya, tetapi seorang guru memanggilnya untuk duduk di bahagian lelaki.
Sebelum perhimpunan berakhir, Adam diminta untuk memberi sedikit ucapan. Dalam ucapannya, sempat dia memperkenal Layla dan Izham sebagai guru baharu di sekolahnya itu. "Layla, Izham, sini" Adam menggamit tangannya. Layla terlebih dahulu ke arah Adam dan berdiri di sebelah kirinya. Mikrofon diambil dan memperkenal diri ke seluruh warga. Adam hanya memerhati Layla dengan penuh kasih. Tidak sabar rasanya untuk menyunting wanita di hadapannya ini. Usai Layla dan Izham memperkenal diri, Adam mengakhiri ucapannya dan perhimpunan bersurai. Sedang pengawas mengemas pentas, Layla dan Adam berbual seketika bersama dengan guru-guru yang lain. "uii, lama tak nampak kamu, Layla... macam mana kamu? sihat?" tanya salah seorang gurunya. "sihat je cikgu, alhamdulilah" usai beramah mesra, Adam meminta Layla untuk masuk ke ruangannya buat seketika.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...