"Layla, abang balik dulu,ye... esok abang datang ambil Layla lagi" Adam pamit pulang diiring Layla dan ahli keluarga yang lain. "Okay, abang hati-hati eh" Layla memaksa wajahnya mengukir senyum walaupun dia terpaksa menghadap kebenaran yang sangat pahit untuk ditelan. "Auntie, uncle, Luth, Adam balik dulu" Adam menyantuni mama dan papa dan berjabat tangan dengan Luth, abang Layla sebelum menghidupkan enjin kereta dan berlalu pulang. "Layla, masuk bilik mama kejap, mama nak cakap sikit dengan kamu" mama bersuara. Dengan penuh lemah, Layla melangkah ke bilik mama dan masuk ke dalam. Layla melabuh punggung di birai katil dan menunduk menekur lantai.
5 minit kemudian, mama masuk ke dalam bilik membawa sekotak baldu merah. Mama duduk di sebelah Layla dan menggenggam erat tangan anaknya. "Layla, mama tahu... mungkin Layla masih belum boleh telan kepahitan kebenaran tentang Adam sekarangni.... mama tahu, Layla masih belum boleh terima keadaan diri Layla sekarang ni.... tapi, ... ni, Adam pesan dengan mama, dia nak melamar kamu semula, dia nak kamu beri jawapan malam ni, jadi esok auntie Amy dan uncle Rahman datang esok untuk sempurnakan adat... Layla, Adam masih sayangkan kamu,nak... kamu terimalah lamaran ni, bukan sebab mama memaksa, tapi mama ni, seorang ibu...naluri seorang wanita yang bergelar ibu ni sangat kuat, nak... mama tahu, walaupun kamu berdua ada kisah silam masing-masing, tapi kamu berdua saling mmencinta, dan kamu berdua pasti mampu saling menjaga nanti.
Mama tahu kamu rasa diri kamu tak suci... tapi jangan pernah bersangka buruk dengan Allah, nak.. biarlah kamu rasa diri kamu ni dah tak berharga lagi, tapi kamu kena yakin, bila Allah hadirkan Adam dalam hidup kamu nanti, dia takkan pernah anggap kamu sebagai seorang wanita bajingan, wanita yang tak ada maruah. Kamu ibarat permata yang disangka batu dan dibuang di jalanan, tetapi di mata Adam, kamu ibarat permata yang sangat cantik, jadi dia ambil dan jaga kamu dengan baik... maafkan Adam ye, Layla... mesti ada sebab kenapa dia berkahwin dengan wanita lain sebelum kamu, kamu jangan sangka buruk sangat dengan dia, satu hari nanti, mesti kamu akan tahu sebabnya. Kamu terima ye, lamaran ni?"
Mama menggenggam kedua - dua tangan Layla, berharap anaknya bakal menerima pinangan ini. "kalau mama cakap macam tu,.... Layla terima, Layla setuju, kahwin dengan abang Adam" Mama melafaz kata syukur sebelum membuka kotak cincin itu dan menyarungkan cincin perak yang pernah menjadi cincin pertunangan Layla dan Adam satu ketika dahulu. "Layla masuk bilik dulu, ma... Layla nak tidur" Layla bangun dan berlalu ke biliknya. Dia menoleh ke arah belakang pintu, terlihat satu jaket kulit hitam tergantung. Hairan Layla. 'Siapa punya pula ni?' Layla mengambil jaket itu dan menghidu wangian yang melekat pada sekitar jaket itu.
'macam kenal' sekali lagi Layla menghidu untuk mendapatkan kepastian, 'ini baju abang Adam ni' Layla tersenyum memandang jaket Adam yang dia simpan selama bertahun lamanya. Dipeluk erat jaket itu, seolah dia dapat merasakan pelukan hangat daripada seorang Adam Rizalman Syukri yang dia cinta itu. Dia menggantung jaket Adam ke dalam almari bajunya lalu merebahkan badannya untuk diulit mimpi.
Keesokan harinya, seperti semalam, Adam menjemput Layla pada jam 7 pagi. Hari ini, disebabkan hari Selasa, mereka mengenakan t-shirt KrMJ yang sudah menjadi rutin untuk beberapa tahun. Bezanya, Adam mengenakan t-shirt KrMj nya dengan seluar slack hitam dan kasut pejabat yang berkilat warnanya. "morning, Layla" Adam menyapa. "morning, abang" Adam melihat jemari Layla yang sudah dihiasi dengan cincin perak pemberiannya semalam. "thank you, sayang" Adam menggumam. Mujur tidak terdengar oleh Layla. Perjalanan mereka dimulakan. Tiba di sana, baru sahaja Layla ingin keluar, terbatal niatnya ketika melihat kelibat Izham di sekitar parkiran kereta. "Layla, kenapa tak turun?" pelik Adam. Beg kerja Layla sudah dia keluarkan, pemakaian Layla juga sudah Layla rapikan. Kenapa Layla tak turun lagi?
Adam memandang ke sekitar tempat memarkir kereta guru, terlihat kelibat Izham yang sedang memerhatiakan mereka dari kereta Axia hitam miliknya. Adam berlalu ke tempat Layla dan berdiri betul-betul di hadapannya. "jom, abang teman". Pandangan Izham terhalang apabila badan tegap Adam menutup kelibat Layla. Disebabkan Adam terlalu tinggi, sekiranya Layla berdiri di depannya, maka tidak terlihatlah kelibat Layla disebabkan tinggi mereka yang cukup besar jurangnya.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...