"Assalammualaikum" suara garau dua orang lelaki bergema di sekitar ruang tamu. "Waalaikumussalam, ha, Lukman! Macam mana ujian tadi?" Adam memeluk Lukman dan menepuk - nepuk bahu Lukman. "Okay je, tak ada lah susah mana pun" lagak Lukman. "Jangan yakin sangat, ini baru ujian. Waktu bertunang pun ada lagi ujian, kan?" Maklong menungging keningnya sambil memandang Layla. Layla pula hanya membalas renungan maklong dengan mengangkat keningnya sekilas. "Habislah kau" Adam membuat gaya mengelar leher namun ditegur Layla. "Abang! Tak baik buat macam tu" Adam menepuk bahu Lukman sekilas dan berlalu duduk di sebelah Layla.
"Bos, minumlah dulu. Ni, saya dah buatkan kopi untuk bos" jamu Shima. Lukman menayang senyum manisnya dan mengambil tempat duduk di sebelah paklong. Setelah menikmati hidangan petang, Layla membuka laptopnya dan membuka sebuah paparan video. "Ha buat apa tu!" hampir sahaja melayang laptop Layla apabila disergah mengejut begitu. "Kau ni, Luk! Kalau melayang laptop aku ni tadi, kau nak ganti semula?" Lukman melepas tawa seraya menggeleng kepala. "Mintalah dengan laki kau, minta dengan aku pula", ujar Lukman. Layla memutarkan bola matanya dan meneruskan kerjanya. "Kau tengok apa tu?"
"Aku tengah tengok dewan yang sesuai untuk majlis kau lah. Tengok ni, cantik tak?"
"Tak awal sangat ke kau tengok sekarang? Aku bertunang pun belum"
"Ala, gwenchana. Maklong dengan paklong dah okay dah pun. Minggu depan diorang minta kau bawa family kau. Nanti, anggaran hantaran lebih kurang RM 10 ribu, tarikh tamat 25 Disember. Okay tak?"
Lukman mengecilkan matanya seolah sedang berfikir. "Hm, maksudnya, aku dengan Shima nikah 25 hari bulan 12 tu?" Layla mengangguk sekali. "Boleh boleh. Nanti aku bagitahu family aku dengan mummy and daddy. Eh, kejap. Adam mana?". Layla mengangkat bahu. "Entah. Tengah berbual dengan paklong kut", Lukman mengangguk memahami apa yang diujar Layla dan berlalu keluar dari bilik Layla dan Adam.
"Sayangggg" panggil Adam manja dari kejauhan. "Kenapa, abang?" Layla membalas pelukan Adam sambil meremas lembut rambut panjang Adam. "Takde apa, saja nak manja dengan sayang. Sayang nak pergi pantai?" Layla mendongakkan wajah memandang Adam, "Dah malam pun nak pergi pantai?"
"Ala, jom lah, yang. Semua dah tidur ni, meh lah pergi pantai. Dating sekejap"
"Ya lah ya lah. Jom"
Bunyi hempasan ombak yang memeriahkan suasana bersama debuan pasir lembut sebagai permaidani mereka, Adam dan Layla meluangkan masa berdua mereka berteman bintang dan bulan di angkasa. "Sayang, sayang ada apa - apa nak cerita dengan abang?" Layla menggelengkan kepala. "Kenapa, sayang? Sayang diam aje dari tadi. Abang tanya sayang tak jawab pun. Merajuklah macam ni" Layla melepas tawa kecil. "Abang ni, macam budak kecil" berhenti sahaja tawa Layla, terdengar seolah tangisan datang dari arahnya. "Sayang? Kenapa sayang nangis?"
"Eh, mana ada. Lay tak nangis lah" serta merta Layla mengesat kering air matanya. "Layla Qalisya, jangan tipu abang. Cakap dengan abang, kenapa Lay nangis?" ADam memutarkan badan Layla dan mendongkkan dagu isterinya. "Abang takkan tinggalkan Lay, kan?" Adam menghela nafas tenang. "Sayang, kan abang dah cakap. Abang takkan tinggalkan Lay dengan anak - anak. Abang sayang isteri abang ni. Takkan abang nak tinggalkan Lay pula.... Dah lah, jangan nangis"
"Tapi, Lay jahat, abang. Lay tak mampu nak jadi wanita yang abang idamkan. Lay bukan wanita yang baik", raung Layla. "Kenapa sayang cakap macam ni? Abang kahwin dengan sayang sebab memang sayang wanita idaman abang. Abang tahu, sayang nak cakap yang sayang jahat. Sayang bunuh orang, sayang seksa orang, semua tu sayang buat depan mata abang, kan? Tapi, ada abang sebut untuk tinggalkan Lay? Tak, kan? Bahkan, kita dah ada sepasang kembar dah pun. Itu kan bukti cinta kita. Itu bukti pengorbanan sayang sebagai isteri abang, pengorbanan wanita abang. Abang bersyukur sangat sebab jodoh abang ialah sayang", wajah Layla ditekup dan dicium lama dahi Layla.
"Itu janji abang, kan? Bukan sekadar kata - kata manis, kan?"
"Tak, sayang. Ini janji abang"
Adam menyatukan pelukannya dan Layla. Kepala Layla diusap lembut, begitu juga dengan tangannya. "Hai bang, buat apa termenung nengok diorang tu?", bahu paklong dicuit. "Ish, awak ni, Jah. Mana ada saya termenung, saya sedang memikirkan satu masalah ni", nafi paklong. Makong cuma menjeling paklong, "Ada - ada aje abang ni tau. Cakap je lah dengan saya yang abang tengah fikirkan masalah budak dua orang tu"
"Tak boleh, Jah. Ini sulit. Hanya saya dan Adam aje yang tahu", ujar paklong. Maklong hanya akur mengangguk. Shima di belakang mencuit dengar perbualan makcik dan pakciknya. 'Apa pula yang Lay buat kali ni?', ragu hati Shima. "Cinta, buat apa tu?", Lukman memanggil dari belakang. "Eh, b-bos. Tak ada apa lah. Saya masuk dulu ya, saya dah ngantuk", Shima sedaya upaya mencuba untuk melarikan diri. "Apa ppun yang awak dengar berkaitan keluarga Layla, diam sahaja, Shima. Jangan pernah buka rahsia ni dengan sesiapa", Lukman memberi amaran. Shima meneguk liur lalu berlalu pergi meninggalkan Lukman.
Setelah beberapa bulan menunggu, tibalah masa untuk hari yang paling bahagia buat Lukman dan Shima. "Lay, aku takut la. Kau ni, tak ada ke tempat yang lebih kecil. Buat dekat dewan hotel, aku ni orang kampung je tau", Layla menggeleng sekilas kepalanya. "Kau ni, Shima. Masa aku tanya kau nak jemput berapa orang, kau senaraikan dekat seribu. Campur dengan kawan Luk lagi. Tu, kawan - kawan mummy dengan daddy, kawan - kawan maklong dengan paklong, kawan - kawan mama dengan papa, kawan - kawan parents kau, dekat 10 ribu dah kau punya jemputan. Lepastu, kau minta buat dekat rumah maklong? Gila ka apa hang ni, Shima?"
"Okay lah, aku minta maaf. Nanti, kau jadi pengiring aku, kan? Kau yang hantar aku dekat pelamin, kan?", Layla menungging senyum. Bahagianya tatkala melihat senyuman manis Shima terukir di wajah. "Ya, Shimaku. Nanti, aku hantar kau dekat suami kau. Besar dah kawan aku ni, jadi bini orang dah", diusap tepi kepala Shima sebelum bunga Calla Lily berwarna putih yang diikat dengan riben putih dihulur kepada Shima. Veil putihnya dikemaskan, kasut tumitnya disarung, lengannya disatukan dengan lengan Layla.
"Shima, hari ni, aku memegang tanggungjawab sebagai seorang kawan dan keluarga untuk kau. Hari ni, aku serahkan kau kepada Lukman, aku doakan semoga perkahwinan kau orang berdua terus kekal bahagia sampai kita bertemu di syurga. Jadi isteri yang baik, jadi ibu yang baik. Bahagiakan suami, ingat, lepas ni, kau dah tak boleh selalu bergantung pada aku je tau. Aku pun ada tanggungjawab aku, kau buat yang terbaik tau. Aku sayang kau sangat - sangat, ketat - ketat, selama - lamanya"
"Janganlah, Lay. Habis makeup aku ni karang", terlepas tawa mereka berdua. Pintu utama dibuka dan mereka berdua masuk diiring selawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammad. Tiba di pelaminan, Layla menunggu Shima untuk duduk dan barulah dia turut sama duduk di sebelah Shima.
"Muhammad Lukman Mateen Eskandar bin Leonardo Eskandar Muhammad, aku nikahkan dikau dengan Hashima Adriana dengan mas kahwinnya sebanyak Rm 10 ribu ringgit dibayar tunai"
"Aku terima nikahnya Hashima Adriana dengan mas kahwinnya sebanyak Rm 10 ribu ringgit dibayar tunai
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulilah"
Menitik air mata Layla saat laungan sah daripada saksi bergema di dalam dewan. Wajah Shima dikerling sekilas dari sisi, senyuman bahagia masih lagi tidak lekang. 'Ya Allah, tolong kurniakan kebahagiaan yang kekal buat rakanku, Hashima Adriana, ya Allah'. "Alhamdulilah, Shima. Sah juga kau jadi isteri Lukman", tubuh rakannya dipeluk erat. Kini, semua tetamu sudah mula beransur pulang.
"LAYLAA!!!!"
Layla menoleh ke arah sumber suara, Zulfan dan Zahran berlari ke arah Layla membuatkan semuanya keliru. "Mama dengan papa kau....."
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...