Sedang Adam menikmati angin sejuk di London, hatinya begitu rindu dengan cinta hatinya di tanah air tercinta. "Apalah yang sayang abang buat sekarang ni?", keliru hatinya. Apa isterinya sedang lakukan tika ini. Apa sedang berehat atau sedang berjuang? Apa sedang memikirkan keluarga yang dibawa lari jauh dari tanah air demi keselamatan mereka? Adakah hati Layla turut merasakan sama seperti apa yang Adam rasakan tika ini?
Layla melipat telekung yang dihadiahkan oleh Adam semasa pernikahan mereka. Dirinya dibawa duduk di beranda sambil merenung ke langit pagi yang baru terbit sang matahari. Hatinya tak tenang memikir nasib sang suami dan anak - anak yang jauh dari mata. Hendak di telefon, sudah digodam segalanya oleh orang - orang bawahan Aariz. Dia tidak mahu kerana keinginan hatinya, nyawa keluarganya yang lain turut terancam.
"Layla, Lay nak balik hari ni ke?", Luth bertanya sedih. Wajahnya jelas menggambar kesedihan tatkala melihat adiknya yang kini hanya muram dan bakal melangkah keluar kembali dari rumah ini. "Taklah, Lay tak balik lagi. Tak naklah Lay duduk seorang dekat rumah sana, Adam tak ada, anak - anak tak ada. Lay cuma nak jalan - jalan je dekat area istana lama tu".
"Kenapa Lay nak pergi sana?", keliru Luth. Apa yang menarik dekat istana yang sudah lama terbengkalai itu? Barangkali sudah bersemak - samun. Sudah lama istana itu ditinggalkan sejak kemangkatan Raja Muda dan Permaisuri mereka. Keturunan mereka juga tidak pernah menjejak kaki ke sana dek kerana memori yang terlalu tragis untuk diingat.
"Lay cuma nak tengok - tengok je. Saja, ambil angin"
"Lay hati - hati ya, balik tau! Abang dengan kakak tunggu Lay dekat rumah"
Layla menayang senyum manis. Sebak dadanya tatkali perkara itu meniti di bibir abangnya. Namun, semuanya perlu dihentikan. Semuanya perlu ditamatkan. Semuanya perlu dihancurkan.
"Weh, Dam. Kau sungguh nak balik hari ni? Kita baru seminggu lebih tau dekat sini!", Adam menghiraukan apa yang dikatakan Khaliq. Tiket penerbangan digapai lembut dari genggaman Khaliq dan ditolak stroller anak kembarnya. Tiba di lapangan terbang, sedang dia menunggu untuk ke balai pelepas, sebuah notifikasi masuk ke telefonnya.
*Photo*
*I got your beautiful wife here, Mejar Jeneral Adam Syukri*
Membulat mata Adam melihat wajah isterinya yang sudah lebam, basah dengan peluh, darah yang tak berhenti mengalir dari mulut indahnya. Kakinya diikat di atas, kepalanya hampir mencecah lantai. Berderau darah Adam dan rakan - rakannya melihat keadaan Layla ketika ini. Nasib menyebelahi mereka, panggilan untuk penerbangan mereka sudahpun bergema. Bergegas mereka masuk ke pesawat untuk pulang ke tanah air.
BUKK BUKK BUKK
Bertubi - tubi tumbukan dan pukulan yang mendarat di wajah ayu Layla. Terbatuk - batuk Layla mengeluarkan darah pekat dari mulutnya. Lemah longlai dia kini, tak mampu untuk membuka mata walau sesaat. "Sudahlah tu, biarkan dia. Tengok apa jadi esok. Kalau mati, kau letaklah mayat betina ni depan rumah dia. Biar laki dia meraung", ujar Aariz dengan nada sinis. Tawa besarnya mengakhiri sesi pertemuannya dengan Layla.
"Teruskan dengan perancangan kau, Aariz. Aku akan tetap dapatkan takhta aku semula"
Air mata mengalir jatuh ke lantai. Luth dan Hana terduduk tatkala membaca surat ugutan daripada Aariz dengan darah membasahi kertas itu.
"Pandang wajah adinda kau sepuas - puasnya, Luthfi. Mungkin esok lusa, akan tiba jenazah Zuliana Layla Qalisya di hadapan rumahmu"
"Luth, kita kena bagitahu Adam, kita tak boleh hilang Layla lagi, Luth!", lengan Luth digoncang hebat namun Luth hanya diam. Tak mampu berkata. "Adam mungkin dah tahu tentang hal ni, tapi kita tak boleh buat apa - apa. Aariz akan buat Lay lebih terseksa kalau kita bertindak!"
"Luth, ni soal hidup mati Layla! Takkan kita nak biar adik kita mati macamm tu je?!"
"Ingat pesan mama dengan papa, Hana! Susah macam mana pun, Lay kena hadap semua ni seorang diri. Bukan kita tak sayang dia, tapi hanya dia yang boleh tamatkan semua ni! Kita takkan mampu tandingi kuasa dan kekuatan dia"
Hana terdiam. Mengapa dia merasakan akan ada sesuatu yang tragis kembali terjadi? Mengapa dia merasakan akan ada yang pergi meninggalkan keluarga ini?
"Aku tahu kau risaukan Lay, tapi ini yang terbaik untuk dia. Kita sama - sama doakan supaya Lay terus kuat hadap semua ni, Hana. InshaAllah, Lay boleh buat semua ni"
Akhirnya, Hana akur setelah dibujuk Luth. Luth menarik Hana ke dalam pelukan, dipeluk erat tubuh mungil itu. Air mata mereka jatuh ke lantai, "Ya Allah, jaga Layla ya Allah!"
Layla mencelik mata perlahan. Kepalanya dibawa melihat ikatan pada kakinya. Tangannya yang diikat digerak - gerakkan sehingga terlepas simpulannya. Pisau rembo di celahan poket seluar digapai, dibuat memotong tali yang mengikat kakinya. Jatuh ke lantai, terdengar derapan kaki yang mendekati bilik kurungannya. Melilau mata Layla mencari tempat bersembunyi.
"Iya, sayang. Nanti i datang rumah you, okay? Then kita have fun, alright baby? Alright, bye baby. Muahh"
"Sorry, but you're going to meet your girlfriend in the hell", gumam Layla. Lelaki itu menoleh mencari arah datangnya suara itu. Dalam kegelapan, Layla mendekati lelaki itu lalu menekup mulutnya. Dengan sekali kelaran, lelaki itu mati di tangan Layla.
Walaupun Layla belum pernah menjejakkan kaki ke istana itu, namun ingatannya dari setiap mimpinya segar di minda. Layla membawa langkahnya menuju ke balairung seri, tempat yang sungguh tragis buat keluarga al - Hawwas. Masuk ke balairung seri, Aariz sudah menunggu di atas singgahsana nendanya. Memanas darah Layla apabila punggung jijik dan hina itu duduk di atas singgahsana yang mulia itu.
"Come, Lay. Aku tahu kau nak bunuh aku. Masuklah", hai pelik sungguh. Penat dengan hidup ke apa mamat ni? Layla tetap masuk dan melangkah menuju ke singgahsana. Namun, Langkahnya terhenti di tengah balairung seri. Membulat matanya. Kaku. Kelu. Keliru. Semuanya bercampur aduk. Tubir matanya memanas. Tangannya dibawa menekup mulut. "Kenapa, Lay? Terkejut nampak sepupu kau dah mampus?"
Layla menunduk. Aariz melepas tawa besar namun berhenti saat tawa itu berganda. Tawa itu bergema di seluruh pelusuk ruang itu. "No, Aariz. Aku tak terkejut pun dengan permainan kau. I love it", Layla mengangkat wajahnya. "No no no! No, Lay, kau patutnya bunuh aku, Lay! Kau patutnya mengamuk, Lay!", Aariz meremas rambutnya bagai orang gila.
"Sabar, Aariz. Aku akan tetap bunuh kau, tapi tangan aku takkan sentuh kulit jijik kau"
"Biadab!"
Aariz mengeluarkan pisaunya dan menapak ke belakang. Layla turut mengeluarkan pisau yang sedari tadi disembunyikan. Aariz mendekati Layla dengan penuh laju lalu pisaunya diangkat untuk melukakan badan Layla. Pisau rembo Layla segera dibawa menahan pisau Aariz. "Kau akan mati, Lay. This chapter are going to end soon"
"Yeah, i will make sure, i will be the one who end this chapter, and i will be the one who burn the book"
Pertarungan bermula...
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...