BAB 52

39 0 0
                                    

"Layla Qalisya, jangan buat keputusan terburu - buru. Fikir anak - anak", Adam memegang bahu Layla. Layla melerai tangan Adam dari bahunya. "Bawa anak - anak jauh daripada Lay buat sementara ni. Jangan sampai anak - anak membesar tengok kita tak sebulu macam ni", Adam melepas keluhan . "Kalau itu apa yang Lay nak, dua bulan lagi, abang akan bawa anak - anak keluar. Tapi, abang takkan lama. Abang akan datang semula. Abang tahu, khilaf abang tuduh Lay tanpa ingat semula semua perjuangan Lay. Abang tak sanggup nak kahwin lain dan tinggalkan Lay. Cukuplah abang rasa peritnya cinta dan perkahwinan bila abang dikhianat Shayra. Abang nak habiskan umur abang dengan Lay".

           Layla menitiskan air mata. "Lay minta maaf, abang", Layla ditarik ke dalam pelukan. Tangisnya semakin kuat dan bergema di rumah apabila Adam mencium ubun - ubunnya. "Husshh. Sabar, sayang abang. Ini ujian kita. Abang minta maaf", Layla mula melingkar tangannya di belakang badan Adam. "S-sakit, abang!!", raung Layla. "Sabar, sayang. Ingat Allah", tidak berhenti tangis raungan Layla. Adam mula taktik nendanya. Ayat kursi dibaca dan diraup lembut wajah Layla. Istighfar dibaca di telinga Layla. Layla terduduk lemah dalam pelukan Adam.

         "And that is what had happened to me and Adam. Bulan depan, Adam akan bawa anak - anak pergi overseas. Adam kata dia pun ada kerja dekat sana. Mungkin Zulfan and Khaliq akan ikut"

Lukman meraup wajahnya kasar. Nafas dihela tenang, degup jantung hampir sahaja meletus mendengar pengakuan Layla. "Mummy dengan daddy? Mummy masih marah dengan kau ke?", tanya Shima sayu. Dikerling Lukman yang memandangnya tajam, Layla mengangguk tenang. "What about Aariz? Dia dekat mana sekarang?".

        "Maybe hiding somewhere. Mungkin masa Adam dan anak - anak dekat overseas, dia akan masuk istana. And during that time, i will destroy him", azam Layla. Lukman melakar senyum tipis melihat kesungguhan Layla menyelamatkan semua yang berada dalam genggamannya. Baik negara mahupun keluarga, kasih sayangnya sama sahaja.

"Hubby? Anak - anak mana?", tanya Layla. "Ada ni ha. Laaiq dah tidur, Liyana je belum. Nak sayang kut", Layla merapat ke arah Adam yang sedang mendukung Liyana. "Anak mummy, kenapa ni? Come", Liyana diserah kepada Layla. "Fuuuhhh letihnya. Ini mahu tidur tak menyadar ni, yang", Adam merebahkan tubuhnya di atas katil. "Hubby tidurlah dulu. Sayang jaga Liyana".

      "It's okay. I will wait for you, sayang", Adam bangkit dari rebahnya dan mendekat ke arah Layla. Pinggang Layla dipeluk lembut. "Abang rasa Liyana dah tidur, sayang. Sini, biar abang letak dekat bilik", Liyana diambil dan dimasukkan ke dalam bilik yang berasingan. Masuk ke dalam biliknya, Layla masih tercegat di hadapan sliding door. "Sayang, jom tidur", bahu Layla disentuh lembut. Layla menoleh dan menayang senyum manis.

       "Hubby", seru Layla. Adam tetap membalas biarpun dalam mamai. "Yes, my night", tangan kanan Adam mengusap belakang Medina."Kenapa hubby suka panggil Layla my night?", terlepas tawa kecil Adam. "Aduhai, kenapa sayang tanya soalan macam ni masa ni".

       "Ala hubby, jawablah", dada Adam digoncang lembut. "OKay okay, hubby jawab. Selalu kalau siang, kita akan bekerja. Kita penat. Bila malam kita rehat. Sebab tu hubby panggil sayang my night", Layla masih keliru. "Tak fahamlah".

"Setiap kali hubby penat bekerja, sayang akan jadi tempat hubby berehat. Tempat hubby bercerita, luahkan masalah. Ingat tak masa sayang dah umur 16 tahun? Kali pertama kita jatuh cinta. Kan kita jumpa malam. Ingat lagi apa yang hubby cakap malam tu?"

"Tak"

"Kenapa bulan itu hanya samar kelihatan? Sebab keindahan bulan itu tidak dapat membuatkan abang jatuh kepadanya. Sedangkan Layla, kecantikan dan keindahan Lay membuatkan mata abang hanya tertancap kepada sayang"

"Apa reaction Lay masa tu?"

"Sayang terdiam. Tapi, muka sayang merah. Nasiblah masa tu kita baru bercinta. Kalau masa tu dah kahwin, memang abang gomol muka sayang. Comel sangat. Dengan pipi sayang gebu dulu, gemuk. Lagi hubby geram"

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now