Tiba di pusat latihan, Layla mengambil tempat di salah sebuah bangku yang terletak di situ. "Adam dan rakan-rakannya yang lain mengambil senjata yang sentiasa mereka guna untuk memantapkan skill mereka yang sedia ada. Khaliq dan Kabir berlalu ke ruang latihan mereka sebagai sniper shooters, dan mereka yang lainnya erlatih penggunaan Glock dan pertahanan diri.
Beberapa bunyi seperti das tembakan kedengaran bergema di sekitar ruang latihan sniper shooters. Layla yang kebosanan bangkit dari duduknya dan berjalan di sekitar ruang latihan kumpulan suaminya. "Hai, Layla" kedengaran seseorang memanggil dari belakang, Layla menoleh tanpa ragu. "Who are you?" tanya Layla, tampak seperti tubuh seorang wanita lebih kurang sama tingginya dengan Layla. Cahaya dari lubang-lubang kecil menyukarkan Layla untuk melihat sosok itu.
"I'm your grandmother, darling" suara itu persis suara nendanya. Sosok itu bergerak ke sumber cahaya yang bersisa, "Tokma?" Layla meminta pasti. "Yes, honey.. Tokma" Layla berlari memeluk tubuh nendanya. "Lay rindu dengan tokma hiks hiks rindu sangat" nendanya membalas pelukan cucundanya itu dengan penuh hangat. "Tokma pun rindu dengan kamu, Layla"
Layla melerai pelukan, dibelek tubuh nendanya. "Tokma, macam mana tokma boleh ada dekat sini?" Layla mengesat air matanya. "Saja, melawat cucu kesayangan tokma" pipi Layla dielus lembut. "Kamu dah cerita pada Zulfan dan Zahran ke, nak?" layla tersentak dengan soalan nendanya. "Tokma tahu ke?"
"Itu anak tokma, sayang. Mestilah tokma tahu" wajah nendanya dipandang redup. "Layla minta maaf, tokma" menitis air mata Layla. Dipeluk tubuh kecil Layla sambil diusap kepala yang bertudung sarung itu. "Ceritalah, nak... Jangan biarkan hati kamu tersakiti lagi. Terlalu banyak luka yang kamu pendam, jangan sampai sejarah nenda berulang, sayang"
"Lay tak mampu, tokma. Kami baru je bersatu semula, mampu ke mereka terima sepupu mereka yang digelar pembunuh ni, tokma?" terisak-isak, terenjut-enjut badan Layla. "I used to get called as murderer too, honey. But, if you don't tell the truth, you're the murderer of your own life" Layla memandang wajah nendanya. "Tapi, orang tak kuat macam tokma. Tokba dulu pun kuat, kita tak macam tokma dan tokba" diseka seboleh mungkin air mata yang mengalir di pipi.
"Siapa kata tokma dengan tokba kuat? Hati kami ni, Allah yang pegang, Allah lah yang kurnia kekuatan tu, nak. Bukan senang nak dapat kekuatan tu, banyak ujian yang kami hadap. Yang dahulunya tidak mengenal erti agama dan Islam, kemudian berkahwin tanpa cinta. Dididik diri masing-masing, disihir, didusta cintanya, hilangnya orang tersayang, perginya nenda demi keluarga. Semua itu memberi jawapan untuk setiap permohonan yang kami pinta. Ditanya ke mana kekuatan kami, kenapa kami tidak sekuat ahli keluarga yang lain, Allah timpakan ujian sehingga kami akhirnya sedar dan berubah. Layla, jangan pernah fikir yang kamu tak kuat, kamu masih kuat, nak. Kamu kuat sebab itu kamu boleh hadap setiap masalah yang menimpa kamu. Jika kamu rasa kamu sudah hilang arah tuju, carilah Allah, nak. Carilah agama kamu, maka kamu akan jumpa jawapan untuk persoalan kamu, kamu akan jumpa kekuatan yang kamu cari selama ini"
"Kamu kuat ye, nak? Kamu kena berusaha untuk kuatkan diri kamu sendiri, jangan terlalu bergantung kepada orang lain. Kita ada kisah yang sama, sayang. Jadi, kita akan ada kekuatan yang sama, trust me. Kawal emosi kamu, kawal marah kamu, kawal diri kamu. Kamu boleh, sayang. Tokma yakin dengan kamu" dikucup hangat dahi cucundanya. Bagaikan tersalur kekuatan dan ketenangan ke dalam dirinya. "Nenda hadiahkan mahkota nenda untuk kamu, nak. Kamu akan menjadi seorang wanita yang sangat hebat" kepalanya bagai disarung sesuatu, namun semuanya hanya sebentar.
Nendanya sirna dalam sekelip mata selepas dia mencelik mata. Teriakan suaminya dan rakan-rakannya yang lain menerpa telinga.
"SAYANG!"
"LAYLA! KAU KAT MANA?!"
Tertoleh badannya ke arah suara itu. Kepalanya dirasa, ke mana hilangnya mahkota nendanya sebentar tadi? Dipandang jemarinya, sebentuk cincin emas bertatah permata terletak elok di jari manisnya. 'Jaga cincin tu, nak. Remember, i'm always close to you as long as the ring is on you' suara nendanya terngiang di mindanya.
"Sayang!" Adam memeluk tubuh Layla erat, cincin tadi disorok elok agar tidak terlihat Adam. "Sayang pergi mana, kenapa abang panggil tak sahut? Kenapa tak bagitahu abang masa nak keluar tadi? Kenapa tinggal abang?" bertalu-talu soalan yang Adam beri. Layla memandang wajah Adam yang sedikit menegang, perlahan air matanya mengalir di pipi. "Eh, sayang. Jangan lah nangis,. No lah, abang tak marah pun... Abang cuma risau sayang tak ada depan abang, itu je, sayang. Dah, jangan nangis, abang sayangkan Layla abang ni"
"Alhamdulilah, jumpa juga kau, Lay.. Puas kami cari kau, sampai ke maghrib kau hilang" Lukman menegur dari belakang. "Ingat pesan abang, lepas ni, kalau sayang nak pergi mana-mana, mesti dengan abang. Faham, sayang abang?" Layla mengangguk dalam pelukan hangat Adam. "Sayang tahu tak sayang hilang dari pagi sampai ke malam?"
Adam melerai pelukan dan menekup wajah Layla. "M-mana ada Lay pergi jauh-jauh. Lay cuma jalan sampai sini and Lay terjumpa tokma tadi" Layla menarik tangan Adam yang menekup wajahnya. "Tokma?" hairan Zulfan dan Zahran. Semua tercengang dengan apa yang Layla katakan tika ini.
Mana mungkin dia berjumpa dengan Aina apabila Aina sudah pun mangkat beberapa tahun yang lalu? "Lay, kau jangan main-main. Dah maghrib dah ni" meremang bulu roma Zahran. "Entahnya, ada juga yang terkencing malam ni" Zulfan menyindir. Zahran memukul lengan abangnya. Adam hanya memandang isterinya dengan pandangan yang jelas kerisauan dan kehairanan. "Betul, abang. Lay tak tip- CUPP"
'WOIII! AGAK-AGAKLAH! KAT RUMAH BOLEH KAN?!"
Adam mengucup sekilas bibir Layla untuk menghentikan omelan isterinya. Layla terdiam, rakan-rakan suaminya pula sudah naik angin di belakang sana. Maklumlah, ada yang single, ada yang tinggal bini. Tak dapatlah merasa. "Kita bincang kat rumah je, jom" dingin Adam.
Ditarik tangan Layla menuju ke kereta. "Abang, Lay tak tipu. Lay betul-betul jumpa tokma tadi. Dia siap bagi cincin ni lagi. Dia kata jaga cincin ni baik-baik. Dia kata selagi cincin ni ada dengan Lay, maknanya dia ada dengan Lay." ditunjuk jemari manisnya yang sudah dihias dengan cincin peninggalan nendanya. "Enough, Layla! Abang cakap kita bincang dekat rumah, kan?" Adam meninggikan sedikit suaranya.
Layla menarik tangannya yang digenggam Adam. Dilarikan pandangannya ke luar tingkap. Sakit hatinya tatkala Adam meninggikan suaranya. Tiba di rumah, tanpa menunggu Adam, Layla terus masuk ke rumah dan mengunci dirinya di dalam bilik. 'Adam, kenapa dengan Lay?" Adam hanya memandang pintu biliknya yang sudah dikunci Layla. Soalan daripada rakannya dibiar tidak berjawab.
'Layla, buka pintu ni, sayang" diketuk pintu biliknya, namun tiada jawapan dari yang dalam. "Sayang, dengar cakap abang ni, sayang. Buka pintu ni" semakin keras ketukannya. "Layla Qalisya Maisarah, buka pintu ni atau abang pecahkan pintu ni!" kali ini Adam mengugut. Tak mampu dia bertahan, akhirnya dirempuh pintu itu hingga terbuka. Terlihat Layla sedang duduk di atas katil sambil memeluk kedua lututnya dan terisak menangis.
"Layla, kenapa tak buka pintu tadi? Abang panggil, kan?" Layal masih diam tidak menjawab. "Lay, abang tanya ni, kenapa tak jawab soalan abang? Apa masalah Lay sebenarnya ni?"
Layla melerai pelukannya dan memandang tepat ke dalam mata suaminya. Pandangannya kini bagai menyimpan seribu satu makna. Api dendam marak menyala dalam mata coklat itu. Mata putihnya sudah mula memerah, begitu juga dengan bawah matanya.
"Abang tanya masalah Lay?" Layla melepas tawa kecil. "Betul abang nak tahu masalah Lay?" Layla turun dari katil dan menutup pintu serta menahan dengan kerusi meja soleknya. Bajunya dibuka sambil membelakangkan suaminya. "Now you got the answers for all you questions " Adam diam seribu bahasa.
Tubuh belakang isterinya dipenuhi dengan segala bekas luka, parut, lebam. Semuanya cukup menceritakan penderitaan Layla selama ini. "Apa perasaan abang bila abang dikhianat orang yang abang sayang dan dalam masa yang sama abang digelar seorang pembunuh?" Layla menoleh ke arah Adam. Adam mengerut kening, "Pembunuh?"
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...