Glock 19 berhiaskan nama 'A to Z' diacu tepat dikepala seorang jejaka yang tepat berdiri di hadapannya. "Shoot him, or you die" suara seorang wanita yang belum pernah dia dengar siapa gerangan pemilik suara indah itu. Meski terdengar indah tetapi kini terdengar hina di telinganya. Tidak terlintas di fikiran atau hatinya untuk berasa cemas atau panik disebabkan oleh tindakannya dan tindakan jejaka itu kini.
Masing-masing mengacu pistol di kepala sesama mereka. Tangannya dilumuri darah, bajunya koyak - rabak mendedahkan luka yang terlakar di tubuhnya. Setitis air matanya mengalir di pipi.....
BANG!!!
"AINA!!!"
Terbangun tubuh Layla saat mimpi ngeri itu berakhir dengan das tembakan. Semuanya gelap tidak bercahaya begitu juga dengan realitinya. Biliknya tidak bercahaya. Suara bayi menangis di sebelahnya membuatkan dia beristighfar dan meraup muka. Buntu fikirannya memikirkan tentang mimpi itu. "Sayang? Kenapa ni?" Adam dengan tubuh atasnya yang terdedah bangkit dari rebahnya dan mengusap belakang Layla.
"Ye, sayang mummy. Mummy minta maaf ganggu tidur awak. Mummy mimpi ngeri tadi" digendong tubuh anaknya, dipujuk agar menghentikan tangisnya. "Pukul berapa sekarang, hubby?" tanya Layla sambil menyusukan anaknya. "Baru pukul 1, sayang. Kenapa?" usai Laaiq terlena, Layla meletakkan tubuh anaknya dengan lembut dan turut sama baring di sebelahnya. "Tidur, hubby. Sayang minta maaf dah ganggu tidur hubby" dada suaminya diusap dan dielus lembut. Adam memandang sayu wajah Layla, tampak sembab tanda dia menangis sebentar tadi. Dadanya berombak kasar tanda dia sedang cemas dan takut dek kerana degupan jantung yang tidak stabil. Pernafasannya terganggu bagaikan berlari dikejar sesuatu.
Diraup wajah suaminya untuk melelapkan mata. Lelap sahaja sang suami dan anak-anaknya, dengan perlahan Layla bangkit menuju ke bilik air. Wuduk diambil, telekung disarung, sejadah dibentang. Niat dibaca dan solat dimulai.
"Ya Allah, hamba tahu rabb sedang memberikan petunjuk buat hamba. Tetapi, petunjuk-Mu kali ini, agak mengerikan untuk hamba hadapi. Ya Rabb, hamba mohon permudahkan lah urusan hamba, suami hamba, keluarga hamba, dan seluruh insan yang hamba gelar rakan dan keluarga. Hamba memohon ampun atas segala khilaf hamba sebelum ini, ya rabb. Janganlah ya rabb memberi ujian yang sama besar, pahit dan dukanya ke atas anak-anak hamba di kelak hari. Biarkan lah mereka merasakan sedikit ketenangan, dan janganlah rabb membiarkan mereka merasakan tersiksa seperti apa yang hamba lalui tika ini. Ampunkan hamba, ya rabbi. Ampunkan hamba, ya rabbi. Ampunkan hamba, ya rabbi. Sesungguhnya, rabbi tidak akan membebani hamba-hamba Mu dengan sesuatu yang tak mampu mereka hadapi, dan sesungguhnya, rabbi lah yang maha mengampuni dan mengabulkan doa"
Mengalir lebat air matanya di pipi. Layla merebahkan tubuhnya di atas sejadah. Dilelapkan matanya sementara menunggu waktu subuh. "Sayang~" dipanggil lembut gelaran manis buat Layla itu, tercelik perlahan matanya sebelum bangkit dari tidurnya. "Dah subuh ke, hubby?" digosok matanya yang masih layu itu. "Iye, sayang. Sayang nak ambil wuduk dulu? Abang tunggu" Layla menganggukkan kepala dan bangkit menuju ke bilik air. Usai mengambil wuduk, Adam dan Layla menunaikan solat subuh bersama.
Salam dilafaz sebagai penamat solat mereka, istighfar, ayatul kursi dan al-Fatihah dibaca sebelum memulakan doa. Tangan ditadah memohon dan meminta kepada yang esa. Diraup ke wajah saat tamat bacaan doanya. Layla menggapai tangan Adam lalu disalam dan dikucup hangat, Adam mencium ubun-ubun isterinya dengan penuh kasih dan cinta.
"Sayang" seru Adam. "Sayang ada apa-apa nak luah dekat abang?" tanya Adam lembut. Risau hatinya melihat Layla yang sedari hanya diam tidak berbicara. "Tak ada apa nak dicakapkan, abang" jawab Layla acuh tak acuh. "Sayang, abang tanya sayang baik-baik, kan? Kenapa sayang nak jawab kasar dengan abang macam tu?" pilu hati Adam melihat Layla melayannya sedikit kasar. Rindu dirinya dengan Layla yang sentiasa manja dan mendambakan cinta darinya, tetapi kini, Layla diam mengasingkan diri.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...