"aduh, sakitnya" Layla mencelik mata perlahan sebelum memegang kepalanya yang masih terasa sakitnya. "Layla!" Adam bergegas mendekati Layla yang sudah sedar dari pingsannya. "a-abang?" Layla melafaz gelaran itu seolah tidak tahu apa yang sudah jadi. "Layla, kamu dah okay ke?" tanya salah seorang guru yang pakar dalam hal kesihatan di situ. "saya okay, cikgu... abang, kenapa ramai sangat orang kat sini?" Layla bertanya kepada Adam yang sedari tadi memandang dirinya. "tak ada apa-apa sayang, nanti abang suruh diorang balik, ye.... jom, abang hantar Layla balik dulu" Adam membantu Layla untuk bangun tetapi sayangnya, Layla terlalu lemah. Kepalanya sangat sakit dan berpinar sehingga dia tidak mampu melihat dengan jelas.
Sebelum Layla jatuh sekali lagi, Adam mendukung badan Layla dan membiar Layla merehatkan kepalanya pada bahu tegapnya. "sakit" Layla bersuara. Adam cuma diam dan memasukkan Layla ke dalam kereta. Adam hanya membiarkan Layla tidur sepanjang perjalanan pulang. Tiba di rumah, Adam mencempung badan Layla dan membaringkan di katil bilik Layla. "Adam, kenapa dengan Layla?" mama bertanya penuh risau. "tak ada apa, auntie. Dia penat sangat tadi" tipu Adam. Dia tahu ibu bapa Layla sudah tahu akan kebenarannya yang memetuskan pertunangannya dengan Layla, namun dia tidak pasti sama ada Layla sudah ketahui akan hal itu atau belum.
"auntie, boleh ke kalau Adam nak temankan Layla sampai dia bangun? Adam ada hal sikit nak cakap dengan dia" Adam meminta izin untuk duduk bersama Layla untuk memberitahu hal yang sebenar. "abang minta maaf, Layla" kata Adam dengan penuh sayang sambil menatap wajah Layla. Jam 8 malam, Layla mencelik mata. Tangannya terasa berat, dia menoleh ke arah kanan dan mendapati Adam sudah tidur sambil menggenggam tangannya. Wajah Adam tampak sembab. "abang, abang buat apa kat sini?" Layla menarik perlahan tangannya. Adam sedikit tersentak. "eh, Layla dah bangun" kata Adam dengan suara garaunya. "abang, Layla nak minta maaf" Layla sebak. Adam mula risau dan duduk di sebelah Layla.
"kenapa Lay nak minta maaf? abang yang salah. Abang yang sepatutnya dihukum, abang khianat cinta kita. Abang tunang dengan Lay tapi abang kahwin dengan perempuan lain. Abang minta maaf, Layla" Adam menitiskan air mata jantannya. Dia rasa sangat bersalah kepada Layla kerana cinta mereka dibiar layu begitu sahaja. "tapi, Layla bersalah juga abang... Layla sepatutnya jaga diri Layla masa abang takde, tapi..." Layla tak mampu menghabiskan bicaranya. Dia mengingat semula kenangan pahit di mana mahkotanya dihancurkan begitu sahaja. Alangkah malunya dia tatkala pulang ke rumah dengan keadaan yang sangat hina.
"no, Layla... abang mungkin tak tahu apa yang jadi dengan Layla, tapi abang akan tetap terima Layla dengan hati yng terbuka.... abang janji, kali ini, abang akan kahwin dengan Layla, abang akan jaga Layla, dan tak akan ada sesiapa lagi antara kita kecuali Allah dan nabi.. abang janji, sayang. Abang tak sanggup nak hilang Layla lagi" Layla menekup wajahnya dan menangis teresak - esak. Lama juga dia begitu sebelum Layla meredakan tangisnya tatkala Adam mengatakan sesuatu. "kita kahwin" Layla terkaku. Bagaimana dia hendak kahwin dengan orang yang dia cinta tetapi orang lain sudah meragut hak seorang suami? "abang akan kahwin dengan Layla, kalau boleh, kita kahwin bulan depan" Layla menoleh ke arah Adam.
"abang, jangan kahwin dengan Layla. Abang mampu terima Layla ke kalau abang tahu hal yang sebenar?" Adam memandang Layla. "Layla, what if, Lay cakap dengan abang apa sebenarnya yang jadi dekat Lay?" Layla sudah tidak mampu berdalih lagi. Dia perlu beritahu Adam atau dia bakal merana sekali lagi. "abang boleh kahwin dengan Layla, tapi, mahkota Layla dah hilang.... ada orang yang dah ragut hak abang" Layla menitiskan air mata lebat. Teringat sewaktu Izham mengambil segalanya daripada dia. "it's okay, Layla. abang akan tetap terima Layla..." 7 tahun mereka berpisah, banyak perkara yang mereka hadap dan harungi demi menghalalkan perhubungan, Namun siapa menduga ujian yang bakal melanda.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
Storie d'amorePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...