"ma, adik naik dulu boleh, sakit sangat nih, nak tukar baju apa semua lagi" Layla meminta izin untuk naik ke bilik. Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 malam, dia perlu bersiap sekarang atau dia bakal lambat sehingga majlis bermula. " ha ye lah, cepat naik sebelum tetamu sampai" mama mengingatkan. " okay ma, nanti adik turun sebelum majlis start" mama mengangguk. Pantas Layla bergegas naik ke bilik untuk mempersiap diri.
Malam ini Layla bakal mengenakan sebuah dress yang berwarna lilac seperti apa yang auntie Amy mahukan. Dress nya berhiaskan dengan beberapa butir manik dibentuk seperti bunga dan sejalur kain yang terjuntai menutup dadanya. Dipadankan pula dengan tudung shawl chiffon dililit longgar namun flowy di sisi. Makeupnya berona neutral bersama liptint coral pink tidak terlalu pekat warnanya, cukup dilihat secara dekat sahaja.
Sedang asyik berhias, tidak sedar jam sudah menunjukkan 8.45 malam. Sudah satu jam dia menghabiskan waktu di dalam bilik. Dia perlu turun untuk menyambut tetamu atau dia bakal diceramah mama. Terus Layla keluar dari biliknya dan berlalu turun. Mujur masih tiada tetamu yang sampai, nampaknya dia selamat dari bebelan mama. Tudung dan bajunya dirapikan sebelum berdiri di luar pintu utama masuk ke rumahnya. Sedang asyik dia membetulkan baju dan tudungnya, suara seorang wanita yang sudah berumur menerpa telinga Layla. "Assalammualaikum" tertoleh kepala Layla tatkala auntie Amy memberi salam. " waalaikumussalam, eh... auntie dengan abang Adam dah sampai... awalnya" Layla menyantuni auntie Amy nya dan menunduk hormat ke arah Adam.
" masuklah dulu, nanti Mek Yam hantarkan air" auntie Amy tersenyum dan mengajak Adam untuk masuk bersama. Dari tadi sibuk memandang anak dara orang. " kamu ni, Dam... rumah orang ni" lengan Adam dicubit mummynya. Usai melabuh punggung, Mek Yam meletakkan dua cawan berisi kopi panas di atas meja di hadapan auntie Amy dan Adam. Tiba-tiba, Mek Yam bersuara. "Ini sebenarnya bukan Mek Yam yang buat tau. Cik Layla yang buat" makin meninggi senyuman Adam dan auntie Amy. "Sampaikan terima kasih kami ye, Mek Yam" kata auntie Amy sebelum menoleh ke arah anak terunanya yang sudah mensisip air kopi buatan Layla. "Amboi, suka lah dia, buah hati dia buatkan dia air" tersedak Adam dibuatnya. "Mummy. orang tengah minum air disergah buat apa" Adam mengambil sehelai tisu sebelum mengelap sekitar mulutnya. "Amy, Adam. Maaf lah ye, kami baru turun" mama menyantuni auntie Amy sementara Layla kekal berada di belakang mama.
"Lama dah sampai?" mama mempersila auntie Amy dan Adam untuk duduk sambil beramah mesra bersama. "Takdelah lama sangat, dalam 10 ke 15 minit juga lah menunggu." Penuh dengan tawa mereka sehingga papa hadir memaklumkan kehadiran tetamu. "Adam, auntie nak minta tolong sikit boleh?" mama bertanya. "Boleh, auntie. Tolong apa tu?" Adam menjawab. Mama menggamit tangannya mengajak Adam untuk mengikutinya. "Adam tolong bawakan bekas ni, letak dekat khemah di luar, ye" terus sahaja Adam menurut. Balang besar berisi air jernih itu diangkat dengan cermat menuju ke luar. Ketika dia hendak meletakkan balang itu di atas kerusi, telapak tangannya terluka akibat terhiris daripada penutup balang itu yang agak tajam. Adam tidak merasa pedih walau sedikit. Sedang dia melangkah untuk masuk ke ruang tamu, terdengar namanya dipanggil Layla. "Abang Adam!" Layla?" hairan Adam. "Bak sini tangan abang yang tu." Layla menunjuk ke arah telapak tangan kiri Adam sambil mengeluarkan tisu basah, sanitizer, ubat kuning dan plaster. Adam melihat tangannya yang sudah sedikit berdarah. Segera dia menyorokkan tangannya
"Takpe, Layla. Sikit je ni, abang kan kuat" Adam tersengih. Kepedihan sudah sedikit terasa." kuaat tak kuat, luka tetap kena dirawat. Jangan sampai menyesal di kemudian hari...dah, duduk sini" Layla memujuk Adam untuk duduk di sebelahnya. Sedang Layla sibuk merawat luka Adam, Adam mengajukan beberapa soalan untuk menyemarakkan suasana. "Layla" seru Adam. Layla mengerling sekilas ke arah wajah Adam sebelum kembali membersihkan luka. "Nanti Layla nak posting kat mana?" Tanya Adam. Layla terlupa bahawa Adam ialah pengetua di SMKIP. Jadi dia menjawab dengan penuh bersahaja "Lay mohon posting kat sini je, SMKIP tu, lagipun dekat rumah takdelah risau sangat" Adam cuba mengangguk. Sengaja dia tidak mahu memberitahu. Sengaja dia tidak mahu memberitahu Layla bahawa dia ialah pengetua di sana. "Dah siap" kata Layla.
"Errr, plaster biasa takde ke Layla?" Tanya Adam. Manalah dia tidak malu jika plaster yang dilekatkan itu ialah plaster kartun Disney. Olaf pulak tu. Layla pula cuma tertawa lepas. "Sorry lah, kita takde plaster lain, belum shopping lagi." Adam cuma menahan malu sahaja.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...