BAB 37

35 1 0
                                    

"Hubby! Tolong tengokkan Laaiq dengan Liyana kejap, sayang nak mandi kejap!" teriak Layla dari tingkat atas. "Okay, sayang!" Adam menghabiskan basuhannya dan mengelap kering tangannya. "Anak-anak daddy, buat apa tu?" Adam mendekati anak kembarnya yang sedang asyik bermain dengan mainan yang rakan-rakannya berikan. Punyalah seronok dapat anak buah baru, semua duit mereka dibuat beli mainan untuk Laaiq dan Liyana. "Assalammualaikum!"

     "Waalaikumussalam, sekejap!" Adam membuka pintu. "Eh, mummy, daddy!" disantuni tangan mummy dan daddy sebelum menjemput mereka masuk ke rumah. "Tak payah tutup pintu, Dam. Sekejap lagi ramai lagi yang datang" ujar mummy. Adam hanya menurut sebelum duduk di sebelah daddy. "Kenapa tak bagitahu nak datang mummy, daddy? Adam tak sempat nak masak apa-apa. Layla pula baru baik dari demam, tengah mandi kat atas" Adam memulakan perbualan. "Saje je. Nak tengok cucu pertama mummy dengan daddy. Ya Allah, comelnya anak kamu ni, Dam. Mukanya sama ye dengan kamu" mummy turun duduk bersimpuh untuk melihat Laaiq dengan Liyana dengan lebih dekat.

"HUBBY!"

"Eh, Adam. kenapa dengan Layla tu?" cemas semua orang. "Adam, tengok Layla kat atas, biar mummy dengan daddy duduk kat bawah" arah daddy. Bingkas Adam bangun dan berlari ke tingkat atas. "Sayang!" buka sahaja pintu, Layla sudah terduduk di lantai sambil memegang kakinya. "Sayang, sakit kat mana?" Adam memegang kaki Layla, tetapi makin kuat tangis Layla. "Sakit, hubby hiks hiks"

      "No, no. Don't cry, abang ada. Come, abang tolong sayang" Adam mencempung badan perlahan, penuh berhati-hati agar tidak menyakitkan lagi kaki Layla. "Sayang tak boleh jalan, ye?" Layla menggelengkan kepala. "Takpe, abang tolong pakaikan sayang baju. Kita pilih dulu baju sayang" Layla mengalungkan tangannya di tengkuk Adam. "Sayang nak pakai baju tu" tunjuk Layla ke arah sehelai t-shirt hitam lengan panjang. "Okay, baju dah ada. Kain batik?" baju lengan panjang itu diambil lalu dihulur kepada Layla, Adam berlalu ke laci yang menempatkan kain batik isterinya. "Sayang nak yang tu" kain batik bercorak ala-ala Jawa menjadi pilihan Layla.

       "Okay, dah cukup. Meh, kita pakai baju"

       "Huh?"

Terdiam Layla dibuatnya. Wajah naik merah dan membahang. "Ye lah, abang pakaikan sayang baju. Sayang tak boleh gerak, kan?" Adam mendudukkan Layla di atas katil, "Sayang cuma sakit kaki je, hubby. Bukannya tak boleh gerak langsung. Takpe, sayang boleh pakai baju sendiri" bajunya diambil dari tangan Adam. "Betul sayang boleh pakai sendiri? Betul tak nak abang tolong?" Adam meminta pasti. "Ye, hubby sayang. Sayang takut nanti sayang tak pakai baju je kejap lagi, siapa nak tengokkan Laaiq dengan Liyana kat bawah nanti kalau kita takde?"

       "Mummy dengan daddy ada. Diorang baru je sampai" Adam merebahkan badannya di sebelah Layla, "Hah?! Mummy dengan daddy ada? Ish, tak boleh ni, kita kena turun cepat" laju pergerakan Layla. "Tak payah laju-laju. Relax la, sayang. Mummy dengan daddy tak kisah pun kalau kita berlama dekat bilik" Adam menayangkan senyum nakalnya. "Hubby, jangan main-main. Kesian mummy dengan daddy" laju Layla menolak. "Okay lah. Kalau macam itu, sayang kiss abang dulu, baru abang bagi sayang turun" tangan Layla ditahan Adam.

        Layla melepas keluhan tenang. "Fine, sini" Adam bangkit dari rebahnya dan merapatkan wajahnya dengan Layla. CUPPP. Terhinggap sebuah kucupan di bibir lembut Adam. Adam menungging senyum dan menolak tubuh Layla agar rebah bersamanya, "HUBBY!"

      Badan Layla dicempung ketika menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. "Amboi, mentang-mentanglah mummy dengan daddy jaga anak dia tadi, seronok kamu dekat bilik ye" daddy memerli. "Alang-alang, daddy" dadanya ditepuk kasar Layla. "Apa hubby ni" Layla menegur. "Takde apalah, sayang. Jangan lah takut" Adam mendudukkan Layla di sebelahnya. "Mummy dengan daddy dah lama sampai?" Layla menyantuni mummy yang sedang asyik menggendong anaknya. "Lama lah juga, selama kamu ada kat bilik tadi" perli daddy lagi. "Sorry mummy, daddy"

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now