BAB 41

32 1 0
                                    

"Sayang!!! Your head!!!" teriak Adam. Layla kembali memegang belakang kepalanya, darah sekali lagi mengalir dan kini lebih banyak. Perlahan tubuhnya jatuh ke lantai tetapi sempat disambut Adam. "P-panggil Lukman, abang. Biar dia uruskan Shayra" Layla berpesan sebelum matanya terpejam bersama wajahnya yang kian memucat. Adam mengeluarkan telsfon bimbitnya dan terus menghubungi Lukman sesuai dipesan Layla.

- in call -
Adam: hello, Man
Lukman: yes, Adam
Adam: kau datang ke location yang aku bagi lepas ni dengan baju dan seluar untuk perempuan. Letak betina ni dekat base kita dan datang ke hospital Zahran. Aku tunggu kau kat sana
Lukman: noted, Adam
-end call-

          Badan Layla dicempung dan dibawa ke hospital milik Zahran. Kebetulan sekali, Zahran sedang turun padang melawat hospitalnya. Terserempak dengan Adam yang sedang mencempung badan Layla dengan kepalanya yang sudah banyak mengeluarkan darah. Segera diarahkan untuk dibawa troli kecemasan dan terus menuju ke dewan pembedahan. Tangan Adam bergetar hebat dengan seluruh tubuh atasnya sudah berlumuran darah Layla, Zahran duduk di sebelah Adam dengan membawa sepaket tisu basah. Dibersihkan tangan Adam sebelum kopi panas yang dipesannya dihulurkan kepada Adam.

       "Adam, minum dulu kopi ni. Sekejap lagi, Layla keluar lah tu. Kau jangan risau, dari kecil kita membesar bersama, pernah kau nampak Layla lemah depan kau?" Bahu rakannya diusap. Adam mengangkat wajah memandang Zahran yang sudah menayang senyum tawar, "T-tak" jawab Adam ringkas seraya menggelengkan kepala. "Percaya cakap aku, Lay akan okay keluar ni" kopi panas yang dihulur Zahan digapai perlahan lalu disisip tenang. Istighfar tidak pernah terhenti biarpun hanya dilafaz di dalam hati. Setelah sekian lama menunggu, Lukman tiba dengan rakan-rakan dan ahli keluarga Layla dan Adam yang lain. "Daddy......" Adam memeluk Dato' Sri Rahman sambil menitiskan air mata.

          Belum pernah Adam menitiskan air mata selebat dan seteruk ini. Isakannya sangat kuat sehimgga pernafasan Adam tidak teratur. Dato' Sri Rahman menepuk - nepuk bahu Adam sambil membacakan ayatul kursi dan istighfar. Dilerai,an pelukan sebelum mengusap wajah Adam, "mengucap, nak. Sabar, ini ujian untuk kamu" mereda seketika tangis Adam. Beberapa saat kemudian, seorang doktor keluar dengan suit bedahnya dipenuhi darah. "Ini ksluarga Puan Layla ke?"

"Ye, kami keluarganya, doktor. Anak saya macam mana, doktor?" Adam mendekat ke arah pintu dewan bedah itu lalu meninjau ke ruangan dalam. Terlihat seperti ada sebungkus plastik kecil berada di atas meja alatan bedah mereka. "Isteri saya, kenapa doktor?" getus Adam. "Maaf, Encik Adam. Janin anak encik tidak dapat diselamatkan. Tetapi, kita masih perlu bersyukur kerana kecederaan yang Puan Layla alami tidak teruk. Jahitan di kepalanya hanya terbuka sahaja, barangkali mungkin dia terlalu tertekan. Mungkin juga, Puan Layla keguguran kerana usia janinnya yang masih baru dan juga rahimnya yang lemah. Sekali lagi, kami minta maaf, encik. Tuan-tuan, puan-puan, kami minta maaf"

       Pamit doktor itu. Adam terduduk di kerusi di hadapan pintu dewan itu, tidak menyangka bahawa Layla sebenarnya sedang mengandung tika ini, tetapi apakan daya bukan takdir janinnya untuk berada dalam rahim Layla untuk masa yang lama. Layla dibawa ke ICU untuk dipantau sebelum dipindahkan ke wad biasa.

      Sudah hampir seminggu Layla tidak menyedarkan diri, "Doktor, kenapa isteri saya tak bangun lagi? Dah seminggu ni" tanya Adam kepada doktor yang ditugaskan untuk merawat Layla. "Kami masih dalam perbincangan dalam mengenal pasti masalah Puan Layla, encik. Sekiranya Puan Layla ada melakukan sebarang tindakan, ada pergerakan atau berbicara sesuatu, encik boleh terus panggil kami. Kami akan cuba cari lebih banyak maklumat tentang Puan Layla dahulu, kami minta diri dulu, encik" Adam hanya menganggukkan kepalanya.

       "Sayang, sayang bangun lah cepat. Laaiq dengan Liyana dah lama tunggu sayang dekat rumah. Abang..... abang buntu... tak ada sayang, hiks hiks. Tolong, sayang abang. Bangun, please. Abang rindu sangat dengan sayang abang. A..abang tak nak hilang sayang lagi hiks hiks hiks" digenggam erat tangan Layla dan diletakkan di pipinya yang basah.

"Hubby! Macam mana hubby boleh ada dekat sini?" tegur Layla dari belakang. Baju Adam koyak rabak dan badannya dipenuhi luka, persis seperti mimpinya malam semalam. "Sayang! Sayang okay tak? Sayang ada rasa sakit dekat mana-mana lagi?" dibelek tubuh isterinya, "Hubby, hubby tak sepatutnya ada dekat sini. Bahaya tempat ni, hubby. Sayang pun tak tahu macam mana sayang boleh ada dekat sini"

       "Abang tak kisahlah tempat ni bahaya ke, apa ke, yang penting abang ada sayang. Sayang yang penting sekarang ni!" wajah Layla diusap tenang.

BANGGG BANGGGG BANGGG

"ZAWJATI"

"ZAWJI"

Beberapa das tembakan kedengaran di belakangnya, pantas Layla dan Adam mendekati sumber suara itu. Sosok pasangan itu, dia kenal. Saat cahaya bulan mengenai sosok pasangan itu, hampir sahaja Layla menjerit. Siapa sahaja tidak mahu menjerit saat sosok kedua nendanya sedang mengacu pistol ke arah sesama mereka. Sama seperti di dalam mimpi itu. "UMMIIII, ABIIII" makin tak tentu arah Layla kini. Kelibat bapa saudaranya, Zafriel dan ibunya, Zarina sedang mencuba menyelamatkan nendanya yang sedang berdepan dengan babak mengerikan dalam hidup mereka.

      "TOKBAAA, TOKMIIII" sosok remaja lelaki yang sedang berlari mendekati nendanya dihentikan oleh sosok seorang lelaki yang masih muda umurnya. "Adam, jangan, nak. Bahaya"

"Tokba dengan tokma tu, daddy!" raung Adam yang masih kecil itu dengan rontanya dalam dakapan Rahman. "Rahman! Ingat pesan aku, Muhammad Adam Rizalman Syukri perlu menjadi penyambung keturunan Al - Hawwas seterusnya, dan percayalah. 'Malam'nya akan menemani dia satu hari nanti, dan 'malam'nya juga lah yang akan mewarisi takhta aku dan Aina Batrisyia! Ingat, sehingga semua keturunan musuh kami mati di tangan Adam dan 'malam'nya, maka tamatlah perjuangan Holy Royal Evil Dragon Family selepas ini. Adam dan 'malam'nya bakal mencipta sejarah di negara ini, dan semuanya akan menunduk hormat kepada RATU MUDA ZULIANA LAYLA QALISYA MALIKA MAISARAH AL - HAWA, SEBAGAI PENYAMBUNG KETURUNAN KAMI!"

      "Zawji"

      "Zawjati"

      "Semoga kita berjumpa di syurga, sayang. Abang korbankan diri abang untuk zawja, sayang"

      "Dan dear korbankan diri dear sekali lagi untuk zawji. La ilaha ilallah, muhammad rasulullah"

       BANGGG  BANGGGG BANGGG

      "UMMMIIII, ABIIIII"

      "TOKMAAAA, TOKBAAAA"

       "TOKMA!!!"

Adam bangun dari lenanya, Layla malihat Adam atas dan bawah dengan mulutnya penuh dengan susu yang disediakan pihak hospital. "Hubby? Hubby okay tak?" beberapa helai tisu diambil lalu dilap keringat yang sudah membasahi dahi suaminya. "Sayang!" dipeluk erat tubuh Layla bagaikan tidak pernah berjumpa untuk waktu yang lama. "Kenapa, hubby? Sayang dekat sini je. Baru lepas susukan Laaiq dengan Liyana" diletak cawannya dan dibalas pelukan suaminya. Basah bajunya dek kerana air mata yang lebat dari tangisan Adam.

      "Sayang takkan tinggalkan abang, kan?" tanya Adam dalam dakapan erat Layla, "iye, hubby sayang. Dan kalau kita mati sekalipun, sayang lagi rela kita mati seperti Tokma dan Tokba"

"Jangan tinggalkan abang, sayang"

"Tiada aksara ditinggal atau meninggalkan dalam hubungan kita. Kita akan sentiasa bersama sampai syurga menjadi rumah abadi kita"

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now