"Siapa pegawai polis yang jadi PPS sekolah kita, tuan?" tanya Layla sambil tangan mungilnya asyik bermain dengan urat-urat tangan suaminya. "Polis yang pernah lead escort kita masa balik sini" jawab Adam bersahaja. "Reza?" Adam mengangguk. "Lah, dia ke" Adam menaikkan tangannya dan memeluk bahu Layla, dicium kepala isterinya. "Ya, sayang. Dia lah PPS kita" terpancar sinar lampu berwarna biru.
"Assalammualaikum, tuan, puan" Inspektor Reza melapor diri di hadapan Adam sambil memberi tabik dan tunduk hormat buat Layla. "Eh, Encik Reza, tak payah tunjuk sangat kalau kat sekolah. Biasa-biasa je" gurau Layla. "Maaf, puan" Layla menayang senyum manisnya. "Ehem, jangan lama sangat renungnya, Cikgu Layla. Suami awak kat sebelah je ni" tegur Adam sambil memandang ke arah lain. "Maaf, tuan"
"Tuan jealous ke?" tanya Layla. "Hmm" dingin Adam. "Eee comelnya tuan" Layla mencubit kedua belah pipi Adam, "auch, sakitlah sayang.. Janganlah cubit pipi abang" pipinya digosok. Memerah muka Adam menahan malu. "Bye, tuan" tangannya yang berada dalam genggaman Adam dileraikan tetapi Adam menahan, "Eh, nak pergi mana? Duduk belakang saya" tegas Adam.
"Mana boleh, belakang tuan kan cikgu lain" Adam menggeleng dan menarik Layla, "Duduk je, kan ada banyak lagi kerusi"
Terpaksa juga Layla duduk di belakang Adam. Sepanjang perhimpunan, tangan nakal Adam sibuk hendak menggenggam tangan mungil Adam. Walaupun sedang memberi ucapan, matanya asyik melekap pada Layla. Naik malu Layla dibuatnya.
"Baiklah, sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ada satu permintaan. Boleh?"
"Boleh, cikgu!"
"Saya nak awak nyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuk isteri saya, Cikgu Layla, boleh?"
Terkedu Layla dibuatnya, dipandang wajah suaminya yang sudah menayang senyum senget, Adam mematikan mikrofon dan berganjak ke barisan tempat duduk Layla. Digenggam tangan Layla dan ditarik ke tengah pentas. Semua murid dan cikgu menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran buat Layla bersama sebuah kek coklat. Sebuah kotak berwarna navy blue terletak elok di tengah kek, "Happy birthday, sayang abang. Semoga sayang jadi isteri yang baik, taat dengan abang, taat dengan Allah, taat dengan mak ayah, dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita" diusap perut Layla.
Ditarik wajah Layla dan dilabuhkan sebuah ciuman di dahi Layla. Menitis air mata Layla melihat kesungguhan Adam meraikan ulang tahunnya dan menggembirakan hatinya. "Thank you, hubby. Lay suka sangat" dipeluk erat tubuh Adam. "Abang ada hadiah untuk sayang" kotak kecil navy blue itu diambil dan dibuka. "Abang! Cantiknyaa!" teruja Layla sambil menekup mulut. Adam mengambil cincin berwarna perak itu dan disarung ke jari manis Layla, "I love you, sayang" ucap Adam sambil mencium jemari Layla. Layla menyalam tangan suaminya, "I love you too, hubby"
"Mentang-mentanglah abang bagi dia cincin, muka abang pun dia tak nak pandang" Layla masih lagi menunduk memandang cincin yang dihadiahkan Adam. "Kenapa, sayang? Sayang abang tak suka ke dengan cincin itu?" terus Layla mengangkat wajah. "Mana ada, Lay suka sangat. Tapi, Lay rasa macam pernah jumpa cincin ni"
Difikirkan dan dikembalikan semua memorinya untuk mendapatkan gambaran jelas tentang cincin ini, "Itu cincin tokma. Abang dapat masa tokba datang aqiqah abang" terkedu Layla mendengar itu. "Lamanya, 41 tahun abang simpan cincin ni?" Adam mengangguk.
"Daddy hadiahkan cincin tu masa abang umur lebih kurang 27, daddy kata, kalau satu hari nanti abang jumpa dengan cinta hati abang, abang kena hadiahkan cincin ni. Cincin ini menyimpan memori pengorbanan tokma selama ni untuk keluarga dia. Cincin ni berharga sangat, walaupun tokba hadiahkan masa abang aqiqah, tapi tokma masih pakai cincin ni sampai dia mangkat. Disebabkan sayang abang cucu kepada Nurul Aina Batrsyia dan Zafran Al - Hawwas, abang hadiahkan cincin ni, sebab abang yakin sayang seorang pewaris yang sangat layak dan memiliki kisah yang lebih kurang sama pahitnya dengan tokma. Jaga elok-elok ye, sayang abang"
Tangan Layla digenggam dan diusap lembut. Sesekali dicium, tersenyum Layla, baru sahaja dia ingin membuka mulut, sekali lagi dia bangun dan berlalu ke singki pantry untuk membuang semua isi perutnya. "Sayang!" tertoleh semua kerani, guru yang sedang berada di pejabat. Guru penolong kanan yang berada di bilik mereka juga turut membuka pintu untuk melihat keadaan di luar.
Digosok belakang badan Layla, sesekali diurut. "Sayang okay? Nak balik?" Layla menggeleng tanda tidak mahu. "Sayang cuti je, ye. Nanti kelas sayang biar abang yang masuk, sayang duduk je dekat bilik abang. Kalau nak balik, cakap atau call. Nanti kita balik" ditarik badan kecil Layla ke dalam pelukan sambil diusap belakang badan Layla. "Takpe, abang. Lay larat lagi. Biar Lay je masuk kelas Lay, abang pun ada kerja, kan?"
"Abang lagi rela tinggal kerja abang asalkan sayang sihat. Sayang betul ke larat ni? Bibir sayang dah nak pucat ni" dipapah badan Layla sepanjang perjalanan ke biliknya, "Ya, hubby. Lay larat" dileraikan pelukan suaminya dan berlalu ke bilik guru untuk mengambil beg kerjanya sbeleum ke kelasnya. Adam setia mengikuti dari belakang untuk memastikan keselamatan Layla.
"Lay pergi kelas dulu, abang. Bye" disalam tangan Adam dan dilabuhkan kucupan hangat di pipi Adam sebelum bergerak ke blok akademik. Adam mengiring pemergian Layla dengan lirikan matanya.
"Cikgu, kenapa cikgu pucat je hari ni? Cikgu sihat tak?" tanya salah seorang muridnya. "Cikgu sihat je, alhamdulilah. Jom, kita sambung aktiviti kita semalam" buku teks dan buku rujukannya dibuka lalu dimulakan pembelajarannya. Terpaksa dia menahan isi perutnya agar tidak terkeluar semasa dia sedang mengajar.
Jam tangan dikerling sekilas, Adam bangun dan keluar dari pejabat. "Bos, nak pergi mana?" tanya salah seorang rakan cikgunya. "Nak pergi meronda kejap" tipu Adam. Padahal nak jenguk isteri di kelas. "Oh, saya gerak dulu, bos" pamit cikgu itu.
Setiap satu kelas dijenguk, alang-alang tipu meronda, baik dia meronda terus. Semua guru sedang bertungkus lumus mengajar murid-murid mereka, tiba di kelas Layla, dijengah sedikit ke dalam kelas melihat suasana. Senyap, sunyi. Dicari kelibat Layla, tiada. Adam masuk ke dalam kelas dan melihat anak-anak murid Layla.
"Eh, Cikgu Adam. Cikgu Adam cari Cikgu Layla ke?" tanya Rania. "Haah, mana dia?" langkahnya dibawa ke tempat duduk guru lalu dilabuhkan punggungnya di situ. "Cikgu Layla pergi tandas, cikgu" jelas Fadil. "Dia dah bagi awak kerja, ye?" semua murid sedang asyik menunduk dan menulis sesuatu, semua menganggukkan kepala mengiyakan pertanyaan Adam.
"Maaf, semua. Saya lambat si...kit- t..tuan" terkaku Layla melihat Adam yang sudah duduk sila panggung sambil menyilangkan tangannya ke dada. "Baru balik, Cikgu Layla?" dingin Adam. Jantung Layla kini bagai nak pecah, tergagap dia menjawab. "S-saya pergi toilet tadi, tuan. Tapi, saya ada tinggalkan kerja untuk diorang" Layla menerangkan sambil perlahan dia mendekati Adam yang sudah mula bangkit dari duduknya.
"Masuk bilik saya lepas ni" arah Adam. Baru beberapa langkah maju, Layla menahan, "Maaf, tuan" tertunduk Layla berbicara, "hmm" itu sahaja yang dibalas Adam.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...