BAB 5

93 2 0
                                    

Hampir dua minggu berlalu, akhirnya Layla mendapat surat pengesahan bahawa dia bakal diposting ke sekolah menengahnya dahulu. Untuk meraikan kejayaan itu, keluarga Encik Rahman mengajak Layla untuk makan malam di sebuah restoran. Layla dijemput pada jam 8.45 malam selepas isyak, mengenakan abaya putih dan shawl putih, Layla menyertai makan malam bersama keluarga Adam. Kedengaran suara hon kereta bergema di luar rumah, bergegas Layla keluar selepas menyantuni mama dan papa sebelum masuk ke ruang penumpang belakang kereta Range Rover milik Dato' Sri Rahman itu.

" amboi, cantiknya Layla" puji auntie Amy ketika Layla menyalam tangannya. " biasa je, auntie" Layla merendah diri. " Lay, kalau boleh, lepas ni, jangan cakap macam tu, instead gantikan dengan alhamdulilah, Allah kurnia wajah cantik. boleh?" pinta Adam. Tegurannya bermakna, wajah Layla cantik namun sayang tatkala tuan badannya menafi. " hmm," jawab Layla. Janggal rasanya apabila Layla hanya menjawab sebegitu namun dibiar sahaja dan perjalanan diteruskan. Tiba di sana, Layla sekali lagi mengesan sesuatu pada leher Adam. Jika tadi dia melihat rantai perak, kali ini dia perasan yang Adam menggantung sebuah vape.

Ketika mereka menjamah makanan, sedikit pun Layla tidak menaikkan wajahnya melihat Adam, tidak seperti selalu. Adam mula berasa pelik, begitu juga dengan uncle dan auntie. Tetapi masing - masing mendiam diri. Ketika mereka hendak pulang, uncle dan auntie sudah masuk ke dalam kereta, manakala Adam dan Layla berbual di luar buat seketika. " Layla, kenapa Layla tak nak cakap dengan abang? abang ada buat salah ke?" Adam bertanya. Layla masih mendiamkan diri. Adam meraupkan rambutnya ke belakang, keluhan dilepas tenang. " betul abang nak tahu salah abang?" Layla bersuara. Adam mengangguk sekali gus Layla menarik vape yang tergantung di leher Adam, namun rantainya tidak terkut sekali.

" kenapa Layla buat macam tu?" tersentak Adam. " bagitahu Lay, apa lagi yang tak cukup dengan kurniaan Allah buat abang?" Layla bertanya tegas. Dia cukup benci lelaki mahupun wanita yang menghisap rokok atau vape, " a-abang" Layla memejam mata dan beristighfar, dia mungkin sudah melampau. " Layla akan pegang benda ni sampai abang berhenti merokok or vaping, kalau kantoi abang tak berhenti, Layla akan suruh uncle bakar semua ni" Layla memberi amaran keras. Lantas, Layla masuk ke dalam kereta dan perjalanan pulang dimulakan. Perjalanan mereka hanya berteman kesepian, kesunyian dan suram.

Tiba di rumah keluarga Layla, sekali lagi Layla memberi amaran keras. " ingat pesan Lay, abang... berhenti buat benda ni" Adam hanya diam sebelum membalas, " abang cuba-" Terlihat Layla menggelengkan kepalanya. " cuba sampai jadi, Lay masih perlu abang dalam hidup.... abang teman hidup, Layla... siapa lagi yang nak jaga Layla selain keluarga Layla? siapa yang nak jaga Layla daripada Izham?..... please abang, kalau tak mampu buat untuk auntie and uncle, buat untuk Lay" Layla memohon kepada Adam. Adam hanya diam tidak berkutik, akhirnya Layla masuk ke rumah dengan penuh hampa. Layla tahu Adam bakal mengotakan janji, Adam insan yang baik, dia tahu itu.

" ha tulah, masa daddy dengan mummy tegur, masuk telinga kana keluar telinga kiri, masa buah hati tegur bukan main takut. Kamu tu tak nampak lagi ke sayangnya Lay tu kat kamu? ke kamu masih tersangkut dengan sejarah kamu?" tegur uncle Rahman. Sejarah hitam Adam pasti masih berlegar di minda membuatkan Adam hanya kaku. " Adam, lepas ni, berhentilah nak... kami masih perlu kamu, semua orang perlu kamu...... Layla masih perlu kamu" giliran auntie Amy pula memujuk. Adam memandang sayu tingkap bilik Layla yang masih terang.

" abang cuba, sayang... demi sayang abang akan cuba" gumam Adam. " tolong jaga diri abang.... Layla tak nak ulang sejarah silam Lay, abang" gusar hati Layla saat bertentang mata dengan Adam ketika dia membuka tingkap biliknya. Kelihatan kereta mewah Adam sudah memulakan perjalanan, air matanya menitis memikirkan sakitnya meredakan pemergian bekas tunangnya yang berjuang demi negara. Biarpun sakit, namun perginya dia kerana perkara yang baik, dia tetap perlu melepaskan kekasih hatinya biarpun masih terasa pedihnya.

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now