BAB 9

60 2 0
                                    

Keesokan harinya, seperti yang dijanji Adam, Layla dijemput pada jam 7 pagi. Hari ini Layla mengenakan seluar trek dan jersey kelab tariannya ketika di Universiti nya dahulu. Terpapar jelas kata 'Mawar Tari : Layla' di belakang baju itu. Tudung bawal berwarna hitam dipadankan dengan jersey nya itu. "Woww, gorgeous" Adam bersuara. "ish, abang ni, dah lah.. kita dah lambat ni" tidak sabar rasanya untuk memulakan hari keduanya di sekolah. Adam menekan pedal minyak dan sekolah dituju. Tiba di sana, Adam membantu Layla untuk membawa begnya ke pejabat. Usai punch card masuk, Layla masuk ke bilik guru dan Adam masuk ke biliknya.

Jam 7.15, Layla dan Adam turun ke dataran perhimpunan untuk menyertai perhimpunan harian sebelum ke kantin. "tuan, nanti kat kantin ada apa je? mi kari ada?" Layla bertanya. Adam menoleh sambil ketawa kecil, "mi kari belum ada lagi, selalunya mi kari atau goreng-goreng ada masa lunch je. Pagi selalunya ada nasi lemak, lontong goreng, yang macam tu je" Layla mengangguk faham. "nanti Lay nak hot chocolate lagi, boleh?" teringin pula tekaknya ingin merasa hot chocolate, Adam mengangguk tanpa memandangnya. Usai semua pelajar masuk ke kelas, Layla dan Adam berlalu ke kantin.

Layla mengambil tempat di meja yang Layla dan Adam duduki semalam. Adam pula ke ruang memasak untuk memesan minuman dan makanan buat mereka. "eh, Layla... awal kamu turun" tegur seorang guru wanita yang turut duduk di sebelahnya. "eh, cikgu Linda rupanya... hehe lapar lah cikgu" kata Layla sambil memegang perutnya. Adam duduk di sebelah Layla dan mendekatkan sedikit kerusinya. "Layla, nanti Layla free tak lepas ni?" Layla mengangguk memberi jawapan. "nanti masuk bilik abang eh, ada benda sikit nak cakap" Layla mengangguk akur. "tuan orderkan Lay apa?" sudahlah dia tidak beritahu apa yang dia mahu, Adam terus sahaja masuk memesan makanan tanpa bertanya. "abang orderkan lontong goreng dua, tapi abang dah request tak nak sayur untuk Lay" Layla menepuk tangan riang. Adam tahu apa yang dia suka, jadi dia tidak terlalu risau.

"Layla, kamu ada hubungan apa - apa ke dengan bos?" bisik cikgu Linda. Layla turut membalas dengan sedikit berbisik. "kami jiran aje cikgu, tak ada apa - apa pun" cikgu Linda memandang Layla dam Adam bersilih ganti, hairan tapi diendahkan sahaja. "ni makanannya ye, cikgu" Pian meletakkan dua pinggan lontong goreng dan juga hot chocolate buat mereka berdua. "terima kasih" Adam ucap. "wahhhh cam sedap je" Layla berkata riang. "eh mestilah sedap, kantin IP kan?" Layla dan Adam melepas tawa. Mereka menjamah lontong goreng itu dengan penuh nikmat. Layla makan bertemankan Going Seventeen episod terbaru dan memuji kekacakan ketua kumpulan itu, Choi Seungcheol atau Scoups. "aaahhh hensemnya, scoups ni" Adam menggumam perlahan sambil memandang Layla, "abang lagi hensem, sayang" Layla seakan terdengar sesuatu dan menoleh hairan ke arah Adam. Tetapi Adam hanya menggeleng perlahan.

Usai membuat pembayaran, mereka berlalu ke pejabat. "kenapa, tuan? apa yang tuan nak cakap?" Adam menarik kerusi hadapannya untuk Layla sebelum duduk di kerusinya. "Layla masih kenal rantai ni?" rantai peraknya dicabut dan diletakkan di atas meja. Adam turut mengambil sekotak cincin perak yang pernah Layla sarungkan sebelum memulangkan semula ketika Adam hendak pergi. "m-mana t-tuan dapat semua ni?" tergagap -gagap Layla berbicara. "nak abang ingatkan ke?" Adam berubah tegas. Jantungnya berdegup laju tika ini. "maafkan abang, Lay... tapi, do you remember my code name? MARS? Muhammad Adam Rizalman Syukri? you're 18 and i'am 34?" satu per satu memori datang menyinggah di minda Layla. Sakit kepalanya.

" siapa tuan sebenarnya?" Layla bertanya sambil memegang kepalanya. "saya, ialah bekas tunang awak... tunang yang pernah berjanji untuk menghalalkan awak namun akhirnya menghancurkan segala... do you remember, sayang?" Layla cuba untuk menghentikan segala memori silamnya itu. "cukup, Adam, Lay dah tak nak dengar lagi" Layla sudah tidak tahan sehingga tidak sedar dia sudah menyebut nama Adam. Adam sedikit tersentak. "tapi Lay kena tahu hal yang sebenar juga...." Layla bangkit dari duduknya dan cuba untuk keluar namun lengannya ditarik Adam. "lepaslah! jantan tak guna!" jerkah Layla. "Lay, sabar, Lay... dengar dulu apa yang nak abang nak cakap" Layla masih lagi meronta sbeleum akhirnya dia memejam mata dan semuanya... GELAP

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now