Seperti yang dijanji, Layla dijemput seperti semalam oleh Adam. Disebabkan hari khamis, Layla mengenakan baju kurung moden berwarna jingga serasi dengan Adam yang memakai baju melayu berwarna jingga. Masuk ke dalam kereta, Adam tidak memulakan bicara dan terus memulakan pemanduan. Layla hanya diam tidak membuka mulut. Tiba di parkir kereta, sedang Adam dan Layla bersiap, telefon Adam berdering. Nama Zulfan terpapar di layar skrin. Layla memandang Adam sebelum berlalu keluar dari perut kereta. "eh, Layla" Layla menoleh ke arah suara itu. "Eh, Cikgu Yati" Layla menyantuni Cikgu Yati sebelum berjalan ke bilik guru meninggalkan Adam yang sedang menjawab panggilan Zulfan.
Asyik menjawab panggilan sehingga terlupa Layla sudah meninggalkan dia. Sepatutnya dia masuk ke surau untuk menyertai bacaan Yaseen, nampaknya dia sudah sedikit telat, pasti semua murid sedang bergerak sekarang. Segera Adam mengambil begnya dan mengunci kereta. Pantas dia meletakkan begnya di biliknya dan terus turun ke surau. Kebetulan sekali, dia terserempak dengan Ustaz Razin yang bertugas untuk memimpin bacaan Yaseen sebentar lagi. "Ustaz!" panggil Adam. Segera Razin mendekati. "Kenapa, bos?" Adam membisikkan sesuatu sebelum bersama-sama masuk ke surau. Ditoleh ke tempat duduk guru perempuan, lega hatinya melihat Layla sedang asyik berbual bersama guru perempuan yang lain.
Ketika Ustaz Razin menghidupkan mikrofon, Layla melihat sekilas ke arah tempat duduk guru lelaki. Belum sempat dia melilaukan mata, Ustaz Razin sudah memulakan bacaan zikir pagi. Terpaksa Layla mengalihkan perhatiannya. Ketika Ustaz Razin ingin memulakan bacaan Yaseen, sempat dia menyampaikan sedikit permintaan daripada Adam. "Sebelum kita mula bacaan Yaseen, kita ada sedikit permintaan daripada pengetua kita, Encik Adam agar diniatkan sekali agar dipermudah segala urusan perkahwinan beliau dengan Cikgu Layla Qalisya Maisarah yang bakal berlangsung esok. Semoga diberkati perkahwinannya dan kekal hingga ke jannah, inshaAllah" serentak dengan itu semua tumpuan teralih kepada Layla dan Adam.
Layla hanya mengukir senyum janggal sambil matanya mencari keberadaan Adam. Sepanjang bacaan Yaseen, Layla merasakan ada sepasang mata yang memerhatinya dengan dendam. Namun dihiraukan perasaan itu. Usai bacaan Yaseen dan bina sahsiah, semua berlalu keluar menyisakan Layla dan Adam berdua. "Abang, abang pergi mana? Layla tunggu abang lama tahu tak?" cemberut Layla. "Abang jawab call tadi, urgent. Sorry, sayang. Dah, jom pergi breakfast, rasanya hari ni ada mi kari" sengaja Adam mengatakan ada mi kari sedangkan tiada. Tetapi, dia meminta Pian untuk menyediakan mi kari untuk Layla kerana dia tahu Layla akan merajuk dengannya selepas ini.
"Abang, nanti kita honeymoon dekat mana?" Layla memecah sunyi. Adam yang sedang menikmati juadah paginya terhenti tatkala mendegar pertanyaan Layla. "hmm, kita pergi Italy, eh? Abang ada kerja sikit, nanti kita honeymoon kat sana terus je" Layla mengukir senyum kecil. "Abang minta maaf, Layla. Tapi, kalau abang tak settle kan kerja tu, takut nanti sesuatu terjadi kat family kita. Sekurang-kurangnya, kerja abang berkurang sedikit takde lah honeymoon kita terganggu lepas ni, kan?" pujuk Adam. Layla cuma mengangguk sambil memasukkan makanan ke dalam mulut.
Semenjak itu, Layla kurang bercakap dengan Adam. Barangkali terasa dengan tindakan Adam yang tampak seperti mementingkan kerjanya daripada perkahwinan mereka gamaknya. Setelah beberapa jam tekun melaksanakan tugas, Layla dan Adam berlalu pulang ke rumah. "Layla, esok kita nikah dekat rumah Layla, ye. Malam ni, akan ada orang datang untuk buatkan inai Lay dengan abang. Mungkin lepas isyak dia sampai, nanti abang datang. Esok, dalam pukul 8, majlis start. Abang minta maaf, sayang. Banyak perkara yang abang tak bagitahu sayang, tapi abang tak boleh elak kerja yang itu. Abang janji, lepas kita kahwin, abang akan bawa Layla ke mana saja. Layla akan sentiasa ada dekat sebelah abang"
Adam menggenggam lembut tangan Layla tetapi Layla menolak lembut genggaman Adam. Masih terasa gamaknya. Tiba di rumah, Layla masuk ke rumah dengan wajah yang masam tidak seperti selalu. Adam tidak mahu berlama dan berlalu ke destinasi seterusnya. Tiba di san, Ketibaannya disambut baik dengan rakan-rakan kerja gelapnya. "Macam mana dengan plan kita? Apa yang jadi sekarang ni?" Adam duduk di sofa yang terletak elok di tengah ruang tamu markas mereka. "Alhamdulilah, semua baik-baik je. Kita dah dapat kesan keberadaan musuh kita. Mereka ada dekat markas kita yang lama which is markas lama nenda Zulfan dan Zahran. Tapi musuh yang kita kesan itu mungkin bukan target kita, mungkin itu hanyalah musuh kita yang lain namun berkomplot dengan musuh utama kita. Kami dapati, musuh utama kita sedang perjalanan ke Malaysia. Mungkin dia nak hapuskan kau kat sini" terang Naufal.
Adam yang sedang meneguk minumannya serta merta berhenti. "Esok kau orang ada tak?" tanya Adam seraya meletakkan tin minumannya di atas meja. "Nafis, aku, Lukman dan Latif tak dapat hadir, tetapi, the rest akan mengawasi kau. Hari Sabtu, kita dah kena berangkat ke Italy, kau dan wife kau akan stay dekat mansion baru kita. Kami akan menetap sementara di banglo masing-masing. Urusan pengangkutan, makan, minum, keselamatan, kami dah uruskan. Kau tinggal datang dan kita sama-sama selesaikan mission je" Adam mengerling sekilas jam tangannya. "aku nak tengok barang yang kita nak guna nanti" bingkas Adam dan rakannya yang lain bangundan berlalu ke bilik penyeksaan.
Setiap satu alat penyeksaan diteliti. "'kucing' kau macam mana, Fan?" Adam bertanya kepada Zulfan. "ha? oh, depa okay ja. Awat, hang nak gunaa ka?" Adam mengangguk, "nanti aku suruh orang sana cek, rasanya elok lagi natang tu" Adam berlalu keluar dari markas dan menuju ke arah kereta mewah Lamborgini Urus miliknya. "'barang' kat sini macam dah kurang sikitlah. Kita settle semua kat sana je lah, at least sini tak kotor" Adam berpesan kepada rakan-rakannya. Usai itu, Adam memulakan perjalanan pulang, sebentar lagi bakal masuk waktu Maghrib, dia perlu bersedia untuk berinainya sebentar lagi.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...