BAB 55

63 0 0
                                    

Adam dan Layla melangkah masuk ke balairung seri dengan perlahan dan diiringi nobat diraja.

"Dengan nama Allah, aku tabalkan kamu menjadi Ratu Muda. Mulai hari ini, kamu dikenali sebagai Ratu Muda Zuliana Layla Qalisya Malika Maisarah al - Hawa binti Almarhum Umar Qadar al - Mukmin, cucunda Almarhum Raja Muda Zafran al - Hawwas"

       Serentak dengan itu, mahkota mewah nan megah itu disarung ke kepala Layla. Semua hadirin bangun dan melaungkan 'Daulat Tuanku' buat Layla. Usai itu, Layla bangun dan melangkah ke hadapan singgahsana. "Pada hari ini, hari di mana beta ditabalkan menjadi Ratu Muda yang baru. Akan tetapi, hari ini juga akan menjadi hari terakhir buat beta memegang takhta al - Hawwas. Beta dengan ini, mengisytiharkan bahawa beta akan melepaskan takhta keturunan al - Hawwas ini. Demi kemaslahatan kita bersama, beta yakin ini pilihan yang terbaik. Terima kasih semua, terima kasih, nenda"

Layla mengangkat mahkota milik nendanya itu dengan perlahan dan diletakkan semula di atas bantal kecil berwarna merah. Dengan berakhir ucapan Layla, berakhir jugalah istiadat itu.

        Sebulan kemudian, Adam dan Layla mengadakan majlis aqiqah untuk anak kembar mereka yang baru. Sambil menyusukan anak lelakinya, Layla dirias oleh mak andam. Adam masuk ke dalam bilik Layla disiapkan selepas dirinya selesai dirias, "Makeup dah siap ke, Kak Maya?"

Kak Maya mengangguk dan berlalu mengemas barang - barang makeupnya. "Sayang, hei bangun", Adam menepuk bahu Layla perlahan. Usai barangnya dikemas, Kak Maya keluar memberi ruang buat mereka berdua. "Sayang penat ke, kalau penat duduk je dalam bilik", anak lelakinya digapai perlahan. "Eh takpe, tak manis pula kalau sayang duduk dalam bilik. Nanti mummy ada kan?"

         "Nantikan mummy boleh masuk bilik, bukan tak boleh", Adam mengusap lembut tangan Layla. "Ala, tak manis la hubby. Tak apa, sayang boleh je turun. Sayang okay aje"

       Setelah dipanggil oleh Zahran, mereka berdua keluar bersama kedua - dua anak kembar mereka. Diletakkan dengan perlahan ke dalam babycourt yang sudah dihias dengan sedikit bunga  bunga tulips berwarna putih di sekelilingnya. Majlis aqiqah pun dimulakan dengan bacaan doa dan juga selawat.

"Alahai, comelnya cucu - cucu nenek ni! Siapa nama budak - budak ni, Dam?", Datin Amylia mendukung anak perempuan mereka manakala Dato Rahman mendukung anak lelaki mereka. "Yang lelaki, Aadyan Laith Raaif Qayed Malik Syukri al - Hawwas. kalau yang perempuan, Adwa Ladeena Rais Qasrina Mardhiyyah Syuhada al - Hawa"

           "MashaAllah sedapnya nama.. Comel yang perempuan ni. Sebiji macam muka mak dia", Layla hanya menayang senyum tipis. Datin Amylia yang perasan akan wajah Layla yang kelihatan lelah itu, meletakkan anak perempuan mereka dan mendekati Layla. "Lay... mummy sebenarnya, nak minta maaf dengan kamu. Mummy tahu, mummy ada banyak salah dengan kamu. Mummy menuduh kamu secara melulu, mummy tak kaji dulu siapa menantu mummy sebenarnya. Mummy buta, nak. Mummy tak nampak kehebatan dan ketabahan kamu... Maafkan mummy ya, sayang?", Datin Amylia mengusap tangan dan wajah Layla bersilih ganti.

          "Mummy, Lay sentiasa maafkan mummy. Lay happy sangat bila mummy sudi datang jenguk cucu kembar mummy yang kedua. Lay ingat, mummy tak sudi. Ya lah, manalah tahu mummy jijik dengan Lay"

          "No, sayang. Mummy tak jijik tengok kamu, mummy suka dapat tengok kamu. Mummy lega bila tengok kamu terus sihat dan gembira macam dulu - dulu"

          "Terima kasih kerana masih lagi sudi terima Lay dalam keluarga ni, mummy, daddy"

         "You'll always be a part of this family, Layla"

Datin Amylia memeluk Layla erat. Dato Rahman pula mendekati Adam sambil berbisik sesuatu, "Lay tu nampak macam tak sihat je, Dam. Okay ke dak tu?"

       "Okay je, daddy. Dia baru bangun tidur, mamai lagilah tu", Adam membalas. "Oooo.. Ingat dah ada yang kelima dan keenam dah", Zulfan dan Zahran yang berada dekat dengan mereka tersedak mendengar kata - kata Dato Rahman yang begitu selamba terucap. "Abang!"

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now