"Seorang lelaki bergelar bapa sepatutnya menjadi cinta pertama anak perempuannya, tetapi encik sendiri dah jatuhkan mahkota Rania, encik sendiri dah hancurkan mahkota Rania, jadi jangan terkejut kalau Rania menagih kasih dari jantan lain. Sekarang ni, encik dengan jantan lain kat luar sekarang ni dah takde beza. Dua-dua lebih kurang je. Rania cuma mengharapkan kasihan sahaja, selain dari saya, sepatutnya dia dapat kasih daripada encik.Tapi sebab encik dengan jantan yang dah buat Rania pun dah lebih kurang sama, jadi memang tak hairan lah kalau Rania kena macam ni"
Layla berdiri dan menghulur tangannya ke arah Faizal. Faizal memandang hairan wajah Layla sebelum menyambut huluran salam Layla. Layla menekan kuat tangan Faizal dan memutarkan tangan Faizal. Ditolak tangan itu sehingga tertumbuk wajah Faizal dengan tangannya sendiri. "Encik ingat kata-kata saya ni, sekali saya genggam tangan Rania, selamanya dia jadi milik saya. Saya genggam tangan encik, bermakna encik akan berada dalam genggaman saya sampai encik mati. Sekalipun encik nak mati, darah encik mesti menitis di tangan saya" Hidung Faizal yang berdarah itu dilap menggunakan tisu. Tersentak Adam dan Rania dengan tindakan mengejut Layla.
"Sekarang ni saya nak encik minta maaf pada Rania atas segala khilaf encik selama ni" Tangis Rania mula melebat. "K-kenapa pula aku yang nak kena minta maaf dengan dia? Dia anak aku, suka hati akulah nak buat apa dengan dia" Tamparan keras selamat mendarat di pipi Faizal. "Aku ingatkan sekali lagi, sekalipun kau tidak beristeri, tidak bermakna kau boleh sesuka hati melempiaskan nafsu syaitan kau dekat anak perempuan kau. Hina sangat ke Rania ni sampai kau gunakan dia untuk nafsu bodoh kau?" Dada Layla berombak kasar. Jelas kemarahan dia membara. "Ya, dia memang hina. Dia tu perempuan murahan je lah" Sekali lagi Layla menampar keras pipi Faizal sehingga terembes keluar darah dari mulut Faizal. Adam bangun menghalang Layla. "Kau, sekali lagi kau cakap macam tu, memang mampus kau lepas ni aku kerjakan. Kau nak kata yang Rania tu perempuan murahan, habis tu kau yang menghancurkan kehidupan anak kau tu? itu dah bukan murahan dah tu, itu memang lagi teruk dari binatang"
Layla keluar dari bilik kaunseling dan membiarkan Rania menangis teresak. Faizal tertunduk menekur lantai. Tidak dia sangka yang dia bakal diperlaku sebegini rupa. "Encik, ada baiknya kalau encik berubah kepada yang lebih baik. Soal Cikgu Layla, jangan risau, sekejap lagi dia akan baik, tapi dia nak encik sedar akan khilaf encik. Taubatlah encik, selagi Layla tak buat apa yang dia kata, lebih baik encik berubah. Rania, kamu jangan risau, kamu dah dengar kan apa yang Cikgu Layla cakap? Sekali dia genggam tangan kamu, selamanya kamu milik dia. Kamu akan menjadi jagaan dia, jangan risau" Adam keluar mengejar Layla. Rania membantu mengelap titisan darah yang keluar dari mulut bapanya. "Ayah minta maaf, Rania" Faizal mengusap wajah anaknya. "Takpe, ayah. Rania dah lama maafkan ayah"
"LAYLA!" Adam masuk ke bilik guru. "Eh, bos. Kenapa tergopoh-gopoh ni? Ada masalah ke?" Soal Cikgu Rafidah yang barusan keluar dari bilik GKMP. "Saya cari Layla, mana dia?" Cikgu Rafidah terdiam, belum pernah lagi Adam menyebut nama seseorang dengan mulutnya mengetap gigi. "d-dia ada kat belakang, tengah cuci tangan rasanya" Cikgu Rafidah menunjuk ke arah belakang dan berlalu keluar meninggalkan Adam. Layla yang sedang membersihkan darah di tangannya hanya merenung jauh. Jantungnya berdetak kencang, dia tidak sepatutnya mengeluarkan sisinya yang ini. Sedang dia berjalan menuju ke meja, terhenti langkahnya tatkala Adam sudah duduk di kerusinya. Merenung penuh tajam wajah ayunya.
"apa yang tuan nak?" Layla menukar gelaran. Keringatnya sudah penuh di dahi tanda dia kelelahan. Adam bangun dan menggenggam tangan Layla. "eh, lepaslah, tuan! Apa yang tuan nak ni?!!" suara Layla sudah mula meninggi, beberapa orang guru sudah menoleh ke arah mereka berdua. "Perlu ke sampai macam tu sekali, Layla Qalisya?" lengan Layla digenggam erat. Layla tidak memandang wajah Adam dan meronta minta dilepas. "Sudahlah, tuan. Faizal dah insaf dah pun, tak payahlah nak buat saya macam ni, lepas!" Terlepas juga genggaman Adam pada Layla. Layla memalingkan badan dan berlalu ke arah belakang untuk melarikan diri. "Layla Qalisya, abang tak habis cakap lagi!" Adam menghentikan langkah Layla dari kejauhan. "Apa lagi, Adam Rizalman Syukri?!" bergema bilik guru dengan suara Layla. "Layla" Adam memanggil perlahan, "Jangan sentuh Lay" tangan Adam yang cuba menggenggam lembut tangan mulus Layla ditepis kasar.
Layla mengepal erat tangannya sehingga terluka. Setitis demi setitis darah jatuh ke lantai. "Layla, t-tangan kamu" Cikgu Imran menegur dari belakang. Layla hanya menatap tajam wajah Adam. Adam melangkah perlahan ke arah Layla dan menggapai tangan Layla yang sudah berdarah. Dikeluarkan sapu tangannya dan membalut luka di tangan gadis itu. "Darah bakal pengantin tak sepatutnya menitis kan, sayang?" Adam memandang Layla sambil tangannya sibuk membalut luka. "Luka kecil je, tak payah balut" Layla menarik tangannya lembut tetapi Adam tidak melepaskan. Adam menarik Layla ke dalam pelukan di hadapan guru-guru yang lain. "Abang tahu, bukan luka di tangan Lay yang sakit, tapi luka di hati Lay yang sedang berdarah teruk sekarang, kan?" kepala Lay diusap lembut. Menitis jatuh air mata Lay.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...