Izham dibawa ke markas kumpulan Adam. Dirantai ke dinding setelah disuntik dengan ubat penenang. "Kau nak buat apa, Dam dengan budak ni? Takkan nak terus bunuh?" Adam menggeleng. "Kita takkan bunuh dia semudah macam tu. Isteri aku merana selama ni disebabkan dia, jadi kita kena buat dia merana juga sambil kita bunuh dia perlahan-lahan" rahan Izham dicengkam kasar, biarpun Izham sedang mabuk dan mamai, tetap juga dia ingin menyampaikan pesanannya. "Kau mungkin akan dibunuh oleh isteri aku depan mata aku, tapi penyeksaan kau, perlu ditonton oleh isteri aku, dan tangan ini, tangan Adam Syukri, yang akan menyeksa kau"
"Adam, dah malam ni, takkan kau nak lepak je dekat markas, kesian Layla tunggu kau nanti" Khaliq mengambil tempat di sebelah Adam yang sedang meneguk minuman tinnya. "Habis air ni aku gerak. Jangan apa-apa kan Izham buat masa sekarang, hanya tangan aku yang boleh sentuh jasad dia" tin minumannya ditaruh di atas meja dan langkah dibawa ke kereta mewahnya. "Fan, Ran, nak join juga" hilang sahaja kelibat Adam, mencicit Khaliq lari mendapatkan rakan-rakannya yang lain. "Wei cepat wei. Buka lagu tu" mikrofon kecil di tangan Kabir dirampas, "Woi, turn aku la" Kabir menarik mikrofon di tangan abangnya. "Adoi, bagilah aku pula" bermainlah tarik mikrofon antara Kabir dan Khaliq. Badan mereka bergesel dengan belakang badan Zulfan dan Zahran. Memuncak marah mereka, sedang mereka asyik mencari lagu untuk dinyanyikan, terganggu aktiviti mereka dek kerana kerenah abang dan adik itu.
"Woi nate, berhentilah. Aku tutup semula karang karaoke ni" ugut Zahran. Zulfan menolak badan Kabir dan Khaliq menjauhi mereka. "Nak buka lagu apa eh?" Zahran dan Zulfan memandang sesama mereka, tersenyum senget sebelum menekan pilihan lagu itu. "Lagu apa ni?" tanya Kabir dan Khaliq serentak. "Kalau anda berasa sedih, ingatlah kata-kata Changbin" mikrofon di tangan adik beradik Eman itu diambil, "IF YOU FEEL SAD, REMEMBER THIS" Zulfan menghidupkan lampu warna - warni yang bagaikan di kelab malam itu untuk menaikkan suasana.
"LISTEN TO MY HEARTEU BEATEU!"
"LISTEN TO MY... HEARTEU BEATEU!"
"WOIIII!!!!! LAGU LAIN LAH SIALL!!"
"LISTEN TO MY HEARTEU BEATEU!"
Adam masuk ke dalam rumah dengan sampinnya yang sudah terlerai dari pinggang. Songkoknya sudah hilang dari kepala. Wajahnya tampak lelah setelah beberapa hari menguruskan masalah kumpulannya. "Adam, eloklah kamu dah balik. Layla tu dari tadi tak keluar bilik, risau mama" mama meletakkan sedulang cawan dan juga sedikit kuih-muih dari majlis tadi. "Siapa ni, mama?" tanya Adam seraya menjengah melihat wajah tetamu yang barusan tiba itu. "Ini kakaknya Layla, kembar Luth. Luthfi Hana. Ini suaminya, Haris" mama mengenalkan. Adam menayang senyum manisnya sambil menyantuni Haris.
"Maaf ye lambat balik. Tak sangka pula akak Hana datang, kejap saya jengah Layla dulu" Adam pamit diri. Hana dan Haris hanya duduk di ruang tamu sambil menyisip air yang sudah dihidang mama. Tiba di hadapan bilik, Adam mengetuk pintu beberapa kali. Disebabkan tiada balasan, Adam membuka pintu perlahan sambil kepalanya mencari kelibat Layla. "Sayang? Sayang kat mana?" terdengar pintu bilik air dibuka. "Ha abang, baru balik? Pergi mana je tadi?" terkaku badan Adam melihat Layla yang hanya menutup tubuhnya menggunakan tuala mandi. Terlihat bahu dan juga bahagian kaki mulusnya. Rambut perang yang diikat tinggi menampakkan dengan jelas leher jinjang Layla. "Wow" tak mampu Adam berkata-kata.
"Abang, Lay tanya ni, abang dari mana lambat balik? Jangan tengok Lay macam tu, malu la" Lay menapak keluar dari bilik air perlahan. Menapak ke arah Adam dengan tubuhnya yang terdedah dan hanya bertutup dengan tuala. Dibuka kancingan butang kolar baju nikah Adam, satu per satu dibuka sehingga terlihat sedikit daripada dada Adam. "Pergilah mandi, berlengas badannya ni" Layla menggapai pijama satinnya dan membuka tuala mandinya sebelum dicampak ke arah Adam. "S-sayang" Lay menoleh. "K-kak Hana dengan Abang Haris datang, diorang ada dekat bawah" Layla mengikat pijamanya seraya mendekati Adam.
"Haris?" Adam mengangguk. Teguk liur melihat isterinya yang mengenakan dress pijama satin berwarna merah ditutup sedikit dengan jaket yang dipasangkan dengan dress pijama itu. "Bukan malam ni, abang. Lain kali" Layla seolah mengerti apa yang suaminya mahukan, terus dia beralih ke almarinya dan mengeluarkan seluar trek hitam dan jersey lengan panjang. "Abang mandi dulu, Lay tunggu abang" Adam menapak perlahan memasuki bilik air dan menutup rapat pintu itu. Degup jantungnya kini tidak teratur, jelas dia sudah terkesan dengan tindakan Layla yang sangat mengejut dan menggoda itu. Tergugat imannya melihat isterinya yang berpakaian dengan sangat seksi sebentar tadi.
Setelah 15 minit, Adam keluar dengan tuala terlilit di pinggang. "Uuuuu roti" Adam menayang muka hairannya, dilihat tubuhnya, mana datang roti pula ni? "M-maksud sayang, apa?" Adam menapak ke beg pakaiannya. "six pack abang lah" Layla memeluk tubuh suaminya dari belakang. "Ooo six pack abang. Kalau nak tengok six pack abang kekal, Lay kena teman abang workout, boleh?" Adam menyarung t-shirt hitamnya sebelum mengambil kain pelikat dalam beg miliknya. "Untuk abang, semua boleh" Adam memalingkan badannya. "Thank you, Layla abang" dikucup sekilas dahi Layla.
Adam dan Layla turun ke ruang tamu. Hana bergegas mendapatkan Layla sementara Haris hanya memerhati. "Rindunya akak dengan adik kakak yang seorang ni" dicium sekilas pipi Layla. "Ish, kita okay je la kakak. Haris buat kakak kan?" bisik Layla di telinga Hana. Hana berdiri kaku tatkala adiknya meneka dengan tepat. "E-eh, mana ada. Akak okay je la. Mana ada Haris buat apa-apa" mata Hana jelas menggambar ketakutan. Layla berdehem dan memasang mata siren eye nya. Tahulah Hana sisi Layla yang lagi satu sudah keluar.
"Haris, how are you?" Layla mendekat ke arah Haris. Hana cuba untuk menahan tetapi dia tahu sekiranya dia cuba menghentikan, adiknya akan mengamuk dengan lebih teruk. "Jumpa aku dekat taman belakang" bisik Layla di telinga Haris. "Sekarang?" tampak Layla mengangguk.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...