" kenapa tuan?" Layla memecah sepi. Adam mengambil sebuah beg berjenama Dior dan dihulur kepada Layla. "nah, itu hadiah awak sebab dah berjaya jadi seorang guru kat sini" Layla memandang beg itu dengan penuh hairan. "ambil lah, takpe, abang bagi ikhlas" takut-takut Layla mengambil. Dibuka sedikit beg itu untuk melihat isi kandungannya. Dikeluarkan sebuah bungkusan berwarna putih dan dibuka ikatannya. "waahhhh, ni beg yang kita suka" penuh riang Layla melihat beg yang sudah lama dia gemari. Terlintas satu memori di mana dia mengatakan dia suka akan beg itu kepada bekas tunangnya, segera dia mengangkat wajahnya memandang Adam. Tetapi, segala keraguan dibuang dan dia memasukkan semula beg itu ke dalam bungkusan.
"terima kasih, tuan. Layla suka sangat" ucap Layla. "sama-sama, kalau ada apa-apa yang Layla nak, bagitahu abang je, okay? nanti abang cuba bagi" pesan Adam. Layla hanya mengangguk sebelum meminta diri. Tiba di mejanya, dia meletakkan beg itu ke tempat yang sedikit tersorok agar tidak dilihat orang. Mejanya dikemaskan sedikit sebelum dia berlalu ke kelas reliefnya yang pertama. Izham hanya memerhati gerak geri Layla yang makin lama makin rapat dengan Adam. Namun, mujur sahaja kewujudan beg pemberian Adam tidak terlihat, atau beg itu bakal dia hancurkan. Jam sudah menunjukkan jam 2 petang, Adam berlalu ke bilik guru dan melawat guru-guru di sekitar. "hai, bos.. lama tak datang, ada hajat apa ke mari" tanya salah seorang guru wanita di situ, "saya cari Layla, mana dia?" jujur Adam.. "amboii, cari cikgu baru... ada tu ha, tengah kemas sikit mejanya agaknya.. bukan main bunyinya" guru wanita itu menunjuk keberadaan meja Layla. Adam melihat wajah Layla yang sudah terlihat sedikit penat, jika ikutkan sesi, Layla sudah boleh pulang ke rumah, tetapi disebabkan dia duduk berseorangan di meja itu jadi dia mengemas sedikit ruang agar terlihat rapi.
"okay, terima kasih" terus Adam bergegas ke arah Layla. "Layla buat apa tu?" sergah Adam. Layla tersentak dan menoleh ke arah Adam. "ish, tuan ni, terkejut saya... saya tengah susun drawer kecil ni, okay tak?" Layla menunjuk ke arah susunannya yang sudah dia hasilkan. Adam menunjukkan wajah bangganya, "bagusnya Layla saya, rapi je dia susun... nanti rumah kita, Layla nak susun macam ni juga?" kata Adam seolah memberi petanda. "ish tuan ni, mengada betul" abdominan Adam dicubit Layla. "aduh, sakitlah Layla" Adam mengadu sakit, Layla hanya ketawa tak bersalah. "jom, makan, abang lapar la" Adam mengajak. "jom, Lay pun lapar" kata Layla sambil menggosok perutnya. "ala siannya Layla abang, jom.. hari ni ada mi kari, Lay suka mi kari, kan?" bersinar mata Layla tatkala mendengar makanan kegemarannya disebut.
Tiba di kantin, terlihat ramai guru lelaki sudah duduk di ruang makan guru. Layla mula memperlahankan langkahnya, Adam perasan derapan kaki Layla sudah mula perlahan terus dia menoleh ke belakang. "kenapa, Layla?" Layla melihat sekumpulan guru lelaki yang sudah melihat ke arahnya. "Layla takut ke?" Adam bertanya meminta pasti. Layla mengangguk, terus Adam menghulur pennya. "Layla pegang ni, nanti abang pimpin guna ni, je... jadi Layla dah tak jauh dengan abang" Layla memandang Adam hairan tetapi perlahan dia menggenggam pen Adam dan mereka bersama ke arah ruang makan. "Layla nak makan apa? abang orderkan... Layla duduk je kat sini dulu" Adam menarik kerusi buat Layla, tetapi tiada tanda Layla akan duduk. "takpelah, Layla ikut tuan order, nanti kita duduk sama-sama" sifat malu Layla langsung tidak berubah, mungkin terlalu lama tidak berjumpa agaknya sehingga malunya sudah menebal.
"Pian, saya nak hot chocolate dua, sama macam pagi tadi" pesan Adam. Terus petugas kantin itu mengambil pesanan Adam dan mereka berlalu ke ruang makan guru. Adam mengambil dua mangkuk dan memasukkan mi kuning berserta sedikit sayur buatnya, dia tahu Layla tidak sukakan sayur, jadi dia hanya memasukkan lebih banyak tauhu goreng untuk Layla. "pegang kejap, abang masukkan kuah Lay dulu" mangkuk Layla dituangkan kuah kari yang panas dan diletakkan di meja sebelum mengambil mangkuknya dari tangan Layla. Sudu dan garfu diambil dan dihulur ke arah Layla. "Layla, Lay duduk sebelah abang je lah, nanti kekok pula kalau Lay duduk dengan cikgu lain" Layla hanya akur dengan perintah Adam dan duduk di sebelah Adam.
Sedang asyik Layla menjamu selera, terhenti kunyahannya tatkala Adam memerhatinya tidak beralih. "janganlah tengok Lay macam tu, malulah" Layla mengalihkan wajah. "abang tengok biasa je, takkan lah malu... bukan selalu ke abang tengok Layla sebelum ni?" Adam melepas tawa kecil.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...