BAB 17

50 1 0
                                    

"Woww, sweetnya cikgu tu.. Cikgu, kalau kami dapat keputusan cemerlang, cikgu nak bagi hadiah apa?" tanya murid itu lagi. Sengaja mahu bermanja dengan cikgunya. "Hmm, kalau awak dapat keputusan cemerlang, cikgu belanja awak makan dengan novel? Nak?" tampak murid-muridnya sedang berbincang sesama mereka. "Cikgu, kita buat makan-makan je lah. Tak payah lah belanja novel, mahal lah cikgu" Layla menayang senyum manis. "Okaylah, kita makan-makan, tapi biar cikgu yang pilih, boleh?" Semua muridnya membuat tanda 'okay' tanda bersetuju dengan cadangan cikgunya. 

"Jam pun dah menunjukkan pukul 1, sebelum kita balik, cikgu nak ucapkan ribuan terima kasih sebab kamu semua sudi menerima kehadiran cikgu yang sangat baru dan tiba-tiba sahaja perlu mengajar kamu untuk subjek yang berat. Tapi kamu semua terima kehadiran cikgu dan memberi respon yang baik. Terima kasih juga kepada pengetua kita, Encik Adam sebab sudi beri peluang kepada saya untuk mengajar Tingkatan 5. Terima kasih sebab percayakan saya. Untuk anak-anak murid cikgu, cikgu harap kamu mampu buat yang terbaik untuk paper BM minggu depan, doa cikgu-cikgu akan mengiringi kalian. Cikgu sayangkan semua, dan goodluck"

Serentak dengan itu deringan bel sekolah bergema. Semua murid bangun memasukkan kerusi dan mengucapkan terima kasih buat Layla dan Adam. Sedang layla menggapai begnya, seorang pelajar perempuan datang memeluknya diikuti dengan rakannya yang lain. "Terima kasih cikgu, sabar mengajar kami walaupun cikgu masih baru kat sini. Kami sayang cikgu" ucap mereka. Hampir sahaja menitis air mata Layla namun ditahan. "Cikgu pun sayang kamu semua, do your best okay, sayang-sayang cikgu?" Layla membalas pelukan pelajarnya. "Dah, balik. Belajar rajin-rajin. Parents awak dah tunggu tu" hampir 5 minit mereka berpelukan akhirnya terlerai juga. Sempat mereka melambai tangannya ke arah Layla dan Adam di belakang.

Usai semua pelajar keluar dari kelas, Adam maju ke hadapan Layla. "Layla" Adam memanggil. Layla mengangkat wajahnya dengan air mata yang sudah mula menitis di pipi, "eh, sayang. Kenapa nangis?" Adam menunduk menyeka air mata Layla. "Tak sangka sekejap je kita jumpa dengan diorang" Adam menarik layla ke dalam pelukan sambil diusap kepalanya. "It's okay, sayang. Kalau sayanaga buat baik dengan diorang, trust me, sampai sayang berkedut pun, diorang akan ingat sayang" Layla naik memandang wajah Adam. "Dah, jangan nangis. Apa pengantin baru nangis ni? Kejap lagi nak cari baju, kan?"

Layla tergelak kecil seraya memukul dada Adam lembut. Adam menggapai beg Layla dan berlalu ke pejabat sementara Layla mengemas mejanya di bilik guru. Kedengaran pintu bilik guru dibuka, Layla menoleh untuk melihat kehaidan siapa. Tersenyum bibirnya melihat Adam yang sudah siap datang ke mejanya. "Layla dah siap?" tanya Adam lembut. "Dah, jom... kita makan dulu, boleh abang? Layla lapar" pinta Layla seraya mengusap perutnya. Adam mengangguk beberapa kali tanda mengizin. "Layla nak makan apa?" soal Adam sambil melangkah keluar ke kereta. Masuk ke dalam kereta, enjin kereta dihidupkan. "Layla nak makan..... Mcdonald la" terus Adam memulakan pemanduan ke Mcd berdekatan. 

"Abang, abang nak wedding kita tema apa?" Layla memula perbualan dengan mulutnya yang penuh dengan nugget ayam. "Hm, dulu kita plan nak buat tema klasik, ksn? kita go on je lah dengan tema klasik" Adam menghulur tisu kepada Layla untuk dilap sos yang tercalit di bibirnya. "Abang dah survey dah haritu baju untuk Layla, nanti layla cuba tengok, kalau Lay rasa okay, kita ambil yang itu" Adam mengelap mulutnya dan menyedut air minumannya. Pulang ke rumah, ketibaan mereka disambut dengan seseorang yang hanya dikenali Adam. "Abang, siapa tu?" Layla bertanya Adam yang sudah sedikit menegang wajahnya. "Dia kawan abang, Zulfan" Adam berlalu menyantuni mama dan papa sebelum memanggil Zulfan untuk berjumpa di luar rumah. 

"Mama, siapa tu?" Layla mengambil tempat di sebelah mama sambil matanya tak lepas memandang ke arah Adam dan Zulfan. "Tu kawan Adam. Tengku Nur Muhammad Zulfan Arrayan Al - Hawwas, anak Tengku Muhammad Zafriel Asyraf Al - Hawwas" Layla cuma mengangguk. Panjang betul namanya. "Macam pernah dengar Al - Hawwas tu" gumam Layla. "Tu kan nama Tengku Zafran Al - Hawwas, ini kiranya macam nama keluarga dialah" terang mama. Masuk sahaja Adam dan zulfan ke rumah, terus mereka meminta diri. Tak sempat untuk berbual lebih lama lagi, katanya ada perkara yang perlu diselesaikan.

Malam itu, deringan telefon Layla berbunyi. 

-in call-

Adam: Hello, Layla

Layla: ye, abang. Kenapa?

Adam: mama dah bagitahu belum yang kita nikah hari Jumaat?

Layla: belum... Betul ke kita nikah hari Jumaat?

Adam: haah, abang ada urgent untuk minggu depan, sepatutnya kita cuti masa hari Ahad sampai Rabu, tapi sebab ada kecemasan, abang cepatkan nikah kita, nanti honeymoon, Lay ikut abang je ye?

Layla: oo.. Okay, takpe

Adam: esok, abang ambil Layla macam tadi, okay?

Layla: Okay

-end call-

"Adam, kita kena destroy juga markas diorang dan rampas semua senjata kita yang diorang dah curi. Kalau tak, diorang akan serang kita dengan menggunakan senjata-senjata baru kita. Stok senjata dekat syarikat mendiang nenda Zulfan dan Zahran dah habis. Sepatutnya senjata itulah stok senjata kita yang baru" terang Nafis dan Naufal. Adam cuma mengangguk seraya membuka kancingan butang pada kolarnya. Adam merupakan seorang ketua baru bagi kumpulan gelap peninggalan Tengku Zafran Al - Hawwas dan Nurul Aina Batrisyia. Disebabkan kumpulan ini pernah dijatuhkan ketika zaman ibu bapa mereka, maka kini mereka bangkit menubuhkan semula kumpulan gelap ini dengan aura yang lebih menggerunkan dan lebih menakutkan. 

Tiada lagi Holy Royal Devil Family, tetapi kini mereka dikenali dengan Holy Royal Evil Dragon Family. Kumpulan ini diketuai, Muhammad Adam Rizalman Syukri atau MARS, cucu kepada Amirul Syukri. Sniper shooters, Khaliq Saifullah Eman dan Kabir Karim Eman, cucu kepada Khayril Eman atau Kyle. Drug Dealers, Lukman Mateen Eskandar dan Latif malik Eskandar, cucu kepada Leonardo Eskandar Muhammad. Weapon dealers, Nafis Akasyah Rizqi Qayyim dan Naufal Akasyah Rizqi Qayyim, cucu kepada Najmi Akasyah Qayyim. Akhir sekali, Assasins dan defenders,  Tengku Nur Muhammad Zulfan Arrayan Al - Hawwas dan Tengku Muhammad Zahran Akalil Al - Hawwas, cucu kepada Tengku Zafran Al - Hawwas.

Apakah misi yang menanti mereka kali ini? Siapakah yang menjadi mangsa? Sejauh manakah Holy Royal Evil Dragon Family mampu bertahan? Mampukah Layla menerima kebenaran Adam selepas ini?

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now