Badan Layla jatuh ke lantai namun masih dalam pelukan hangat Adam. Air matanya menitis lebat tetapi tida beruara tangisnya, tidak terenjut badannya. "Abang minta maaf, Layla" Layla memejam mata lelah. "Lay? Layla? LAYLA?!.... LEE!" wajah pucat Lay ditepuk lembut. Cikgu Razalee yang dipanggil Adam datang menerpa. "Kenapa, Dam?" Razalee duduk di sebelah Layla, dirasa suhu badan Layla dengan belakang tangannya. "Takde apa - apa.... Jom kita bawa pergi hospital" Adam mencempung lembut badan Layla dan berlalu ke kereta Razalee. Tubuh Layla dipangku sepanjang perjalanan. Tangisnya kian melebat seolah tiada tanda akan mereda. Tiba di sana, mereka berhenti di wad kecemasan. Layla diletak di atas katil yang sudah disedia hospital. Razalee menarik Adam keluar untuk memberi ruang buat perawat melakukan tugas mereka.
Adam terduduk bersandarkan dinding. Tangannya meraup muka da rambutnya. "ada sesiapa di sini keluarga Cik Layla Qalisya?" tanya seorang doktor. Segera Adam bangun dan mendekati doktor itu. "S-saya, saya bakal suami dia" Doktor meminta Adam untuk masuk ke ruangan peribadinya. Razalee mengikuti dari belakang. "Sila duduk dulu, encik" Adam dan Razalee melabuh punggung perlahan di kerusi hadapan doktor itu. "Macam mana dengan Layla, doktor??" Adam bertanya cemas. Doktor mengukir senyum. "Cik Layla tak ada masalah apa-apa yang serius. Cik Layla cuma mengalami sakit kepala yang kuat sahaja, barangkali kerana tekanan kerja atau lainnya. Cuma ada sedikit sahaja masalah di sini" nada doktor itu bertukar sedikit serius. "Apa dia, doktor?" Adam sudah tidak senang duduk. "Kami dapati yang Cik Layla pernah dirogol satu ketika dahulu, betul?" Adam mengangguk perlahan. "D-dia mengandung ke doktor?" terlepas gelak kecil dari doktor itu.
"Bukan mengandung, encik. Tetapi, dia didapati telah dirogol dengan teruk sehingga menyebabkan rahimnya agak lemah.. Cik Layla juga memiliki sedikit masalah hormon kerana haidnya yang tidak teratur dan jarang datang. Jadi, mungkin sukar untuk Cik Layla mengandung atau hamil. Cik Layla didapati pernah dipukul di bahagian kepala dan beberapa anggota lain sebelum dia dirogol. Dan sebab itu, sedikit memorinya telah hilang dan dia kerap terkena sakit kepala atau pening yang kuat. Mungkin kesan daripada pukulan itu. Saya harap, encik boleh bersabar sekiranya Cik Layla berubah watak, mungkin sahaja dia sakit kepala, tertekan atau dia masih terperangkap dengan memori kelam yang berlegar di mindanya"
Adam keluar dari ruangan peribadi dengan perasaan yang cukup hampa. Layla tidak pernah mendedahkan cerita pahitnya kepada dia. Dipendam erat sehingga kembali berdarah lukanya. Mawarnya kini sudah disirami darah kerana sudah diragut kejam keistimewaan kuntum bunga itu. Mahkotanya hancur berderai setelah dirampas Izham. Dimalukan oleh seluruh kenalan sehingga terkurung di dalam bilik beberapa bulan. "Lay tak pernah bagitahu aku pun yang dia kena pukul sebelum dirogol, Lee" Adam terduduk di kerusi menunggu hadapan kaunter. Tatapannya kosong. "Mungkin dia tak nak susahkan kau, Adam. Benda itu pun satu perkara yang susah ditelan orang" Razalee menepuk perlahan bahu rakannya.
Pulang ke rumah, tubuh Layla diletak lembut di atas katil. "auntie" Adam memanggil mama Layla. "kenapa, Adam?" mama duduk di sebelah Adam. "Adam nak kami kahwin minggu depan" Terkelu seribu bahasa mama dan papa tika ini. "Betul kamu nk kahwin minggu depan, Adam?" tanya papa. Adam naik menatap papa. "betul, uncle. Sekurang-kurangnya, kalau Lay ada masalah, saya daah tak ada batas untuk tolong dia" mama dan papa menatap sesama. "Kamu bagitahu dengan daddy dan mummy kamu, kami akan uruskan Layla" wajah Layla dipandang sekilas sebelum mempamit diri.
Keesokan harinya, Adam menjemput Layla lebih awal. "Layla, hari ni, layla ada observation dengan abang, kan?" Layla menoleh. "hmm haah, dalam pukul 11.50 sampai balik.... abang~~" Layla memanggil manja. "Ye, sayang abang" Adam memandu tenang. "mama kata, abang nak kita kahwin minggu depan, tapi preparation kita?" Layla bertanya risau. Adam menggenggam lembut tangan Layla. "Preparation kita yang tertunggak dulu, abang ada simpan. Kita cuma cari baju je, sayang" Adam melambai tangan ke arah pengawal keselamatan sebelum meneruskan pemanduan. "Kita nak cari bajunya bila, abang?" Layla membuka tali pinggang keledarnya dan merapikan pemakaiannya. "Sayang nak cari bila?" Adam mematikan enjin dan menyembur sedikit wangiannya. "Layla ikut abang"
Pintu Layla dibuka. Adam menunduk mendekati Layla menyebabkan Layla sedikit berundur. "KIta cari lepas balik sekolah, boleh?" terasa nafas hangat Adam. Layla kaku sebelum membuka bicara. "B-boleh" Layla mengangguk perlahan. "Good girl.. dah, jom" Adam mengambil beg tangan Layla dan beg kerjanya sebelum memulakan langkah. "Layla nak makan apa hari ni?" Adam menoleh ke arah Layla di sisi. "Layla tak tahu nak makan apa"Layla mencemberutkan wajah. "Nanti abang order je lah apa-apa, Lay makan je" Adam cuma mengangguk. "LAYLA" Izham memanggil dari belakang. "Iz, you nak apa?" tanya Layla pantas. Malas hendak melayan perangai tak semenggah Izham. "I nak cakap dengan you" Layla menoleh ke arah Adam meminta memberi masa buat mereka berdua. Adam menggapai lembut beg tangan Layla.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
RomancePerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...