Dua bulan berlalu setelah Layla dan Adam meluangkan masa mereka ketika bulan madu di Italy tempoh hari. Kini mereka kembali ke tanah air untuk meneruskan perjuangan mereka sebagai seorang pendidik. "Sayang, sayang abang masak apa tu?" Adam memeluk Layla dari belakang seraya merehatkan dagunya di atas bahu Layla. "Lay nak masak kari ikan bawal- UWEKK" Layla menutup mulutnya dan terus berlari meninggalkan Adam yang masih keliru dengan apa yang terjadi.
Keluar dari bilik air, Layla kembali ke dapur. "Ya Allah, abang! Abang buat apa ni? Uish, hancur ikannya, abang" Layla melepas tawa besar sedangkan Adam masih bertungkus lumus hendak menyiang ikan. "Eh, abang nak tolong sayang lah ni... please appreciate my effort, okay". Seronok Layla melepas tawa sambil memeluk badan suaminya, "Yes, i really appreciate your effort to help me, but this is not the right way untuk siang ikan, hubby sayang" Adam memandang hairan Layla. "Tapi, mummy buat macam ni kalau nak masak. Kenapa mummy buat senang je, abang buat tak boleh pun"
Muka Adam sudah berubah cemberut, "Come, biar Lay tunjuk caranya, nanti abang cuba try ikut" pisau di tangan Adam diambil bersama seekor ikan bawal yang masih belum disiang. "Mula-mula, abang belah dulu perutnya, macam ni", bahagian perut ikan itu dibelah sehingga menampakkan isi perut. Adam turut mengambil sebilah pisau dan seekor ikan dan mengikuti cara Layla. "Lepas itu, abang buka perutnya and keluarkan semua isi, bersihkan sampai kita nampak isi ikan untuk dimakan" dikeluarkan isi-isi perut ikan itu sehingga dagingnya kelihatan. "Eee, busuknya yang" bau hamis dan hanyir daripada ikan dan darah itu membuatkan Adam kurang selesa.
"Kenalah biasakan, nanti kalau Lay nak beranak, berpantang, Lay tak boleh banyak gerak. Abang kena tolong masakkan. Mana tahu, Lay mengidam asam pedas air tangan abang? Sekurang-kurangnya, abang dah tahu caranya, kan?" dibersih sisa darah pada ikan sambil kepalanya lentok tersandar pada bahu sang suami. "Boleh, sayang. Untuk sayang semuanya boleh, busuk pun busuklah. Nanti boleh mandi, kan?". Selesai menyiang ikan, Adam membantu menyediakan bahan yang lain untuk ditumis dan rempah. "Sayang, lepas ni, biar abang je masak. Hari ni, last sayang masak, lepas ni, dapur ni, biar abang je yang jejak"
"Alaa, Lay nak masak juga... Lay tolong abang lah, boleh?" tanya Layla seraya tangannya asyik mengacau bahan tumis yang sudah dimasukkan ke dalam kuali. "Boleh, tapi jangan selalu. Abang tengok sayang sekarang ni, kurang sihat je.. Malam tadi pun, badan sayang panas. Sayang nak kerja tak esok? Ke nak ambil MC?" belakang tangannya dilekapkan pada dahi Layla, tidak panas. "Lay okay je, abang kan ada... Kalau Lay rasa tak okay sekalipun, Lay boleh duduk dengan abang, kan?" dipusing badannya menghadap suaminya, "Boleh, sayang" diselak rambut yang menutup wajah Layla.
"Dah siap" dimatikan api dan tangannya dibasuh. "Sayang nak makan sekarang ke nanti?" mangkuk dan pinggan yang diguna dibasuh, "Lay ikut abang, tapi macam nak tidur dulu. Lesu badannya" kaki menapak ke bilik di tingkat dua, "Sayang! Tunggu abang!" segera dihabiskan cuciannya dan terus mengikuti Lay dari belakang. "Cepat! Lambat kunci pintu!"
"Sayang, badan sayang panas ni. Sayang betul nak kerja esok?" comforter diatrik menutup tubuh Layla, "Lay okay lagi, abang. Jangan risau, okay? Hubby sayang ni asyik risau je, Lay okay je la" Layla mengeratkan pelukannya. "Kalau rasa tak okay, terus datang bilik abang, tau?" Layla menganggukkan kepalanya di dalam erat dakapan Adam. "Okay, hubby sayang".
"Sayang! Dah siap belum?"
"Kejap, hubby!"
Tudungnya dikemaskan sebelum menyembur sedikit perfume kegemarannya. "Fuiyooo, cantiknya Cikgu Layla ni" dipeluk erat pinggang ramping Layla dari samping sambil melihat refleks mereka di cermin. "Hubby, sini" ditarik bahu Adam agar direndahkan badannya, "Hubby ni, kata 'hot principal', rambut pun terpacak lagi ni" dikemaskan rambut Adam yang sedikit serabut itu sebelum pipi suaminya dicium. "Amboi, manjanya dia.. Cium-cium kita pula" tersenyum manja Layla.
"Hubby, nanti Lay panggil hubby tuan je tau. Hubby pun jangan panggil Lay sayang atau yayang atau baby girl. Kalau kita dekat sekolah, kita panggil formal je, okay?" pinta Layla. Adam hanya diam sambil memikirkan permintaan isterinya, "Hmm, okay. Boleh, tapi kalau dekat dalam bilik abang, kita panggil macam dekat rumah je, okay?" tangan isterinya dikucup sebelum memarkir kereta di ruang khasnya. "Dah, jom"
"Hai bos, macam mana honeymoon? Best?" tanya Cikgu Razalee. "Alhamdulilah, okay je. Best sangat sampai rasa macam tak nak datang sekolah" beg kerja Layla di tangan masih digenggam erat, "Alhamdulilah. Kalau ada berita baik, kongsi - kongsi lah ye" kenyitan mata diberi, "Tuan!" lengan suaminya dipukul lembut, "Alamak, mem besar sudah marah. Saya pergi dulu bos" pantas Cikgu Razalee melarikan diri. "Jangan lah marah, Lay" dicubit pipi gebu milik Layla. "Tuan ni, jangan mengarut eh" ditarik lengan suaminya menuju ke bilik guru.
Masuk ke dalam bilik guru, secara mengejut, terdengar bunyi 'POP' yang sangat kuat dan konfeti turun bagaikan hujan memenuhi lantai, "WELCOME BACK, PENGANTIN BARU!!" terkaku Layla dan Adam dengan kejutan daripada guru-guru di bilik guru. "Aaawwww, thank you, cikgu-cikgu" teruja Layla. Adam di samping turut tersenyum manis dengan kerjasama rakan-rakan gurunya, "Layla dah macam ada seri ibu mengandung je, dah ada berita baik ke, Lay?" pantas Adam menoleh, terdiam semua guru termasuk Layla sendiri.
"Lay, kamu mengandung ke?" tanya Adam. "Eh, mana ada, saya belum mengandung lagi. Tapi kalau saya dah mengandung nanti, saya bagitahu". Semua rakan guru hanya mengohkan dan menayang senyum manis, "Sayang, sayang dah mengandung ke?" Adam memusingkan tubuh Layla, "Ish, belum lah. Kan lay kata kalau Lay dah mengandung, Lay bagitahu" cemberut Layla. "Betul?" Layla mengangguk.
"Bos, Lay, meh makan. Kami ada buat potluck sikit ni"
"Lay nak makan tak?"
"Nak, Lay lapar" seraya menggosok perutnya. "Jom, kita letak beg dulu, nanti kita makan"
Sedang asyik mereka mengambil makanan, beberapa orang murid perempuan datang ke bilik guru dan memeluk erat tubuh Layla secara mengejut.
"CIKGUUUU!!!! CIKGUU DAH BALIKKKK!!!" dipeluk erat tubuh Layla tak mahu lepas, Adam di sebelah hanya mengendah kerana dia tahu perangai anak-anak muridnya. "Ya Allah, sampai ke bilik guru awak semua datang just nak peluk cikgu?" Layla membalas pelukan anak muridnya. "Cikgu, kami rindu cikgu" kata salah seorang murid berbangsa Cina seraya menitiskan air mata. "Eh, jangan nangis, Mei Ling. Cikgu pun rindu kamu semua. Dah dah, kejap lagi kamu ada perhimpunan, kan? Pergi turun, nanti pengetua marah. Hari ni ada VIP datang, kan? Jaga perangai" bahu muridnya ditepuk.
"Ehem, saya bagi awak 5 saat untuk turun ke tapak perhimpunan sekarang" dingin Adam bersuara, "Satu!" terus murid-murid itu berlari keluar dari bilik guru dan berlalu ke tapak perhimpunan. "Woww, 'hot' nya tuan" puji Layla. Pertama kali dia melihat Adam yang agak dingin. "Kalau kita terlalu baik, orang boleh ambil kesempatan atas kita, faham Cikgu Layla saya?"
"Layla, nak ikut saya tak lepas ni? Turun pagar, tunggu PPS dengan PPD?" tanya Adam seraya menyuapkan Layla. Layla cuma mengangguk sambil mengunyah makanannya. "Saya suka awak, Layla"
"Tapi saya tak suka tuan" selamba badak sahaja Layla menjawab begitu, "Layla saya tak suka saya?" terkejut Adam. "Saya tak suka, tapi saya cinta. Dan kalau saya dah cinta, sesiapa pun tak boleh dekat" katanya sambil menayang senyum manis dan manja ke arah suaminya. Adam mendekatkan wajahnya sehingga nafas hangat terasa, "Saya cintakan awak juga, sayang" bisiknya di telinga Layla. "Dah, suapan terakhir then kita turun" Layla masih terkaku tetapi wajahnya sudah naik merah kerana malu dengan tindakan suaminya barusan.
YOU ARE READING
CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]
Roman d'amourPerkenalan yang terjangka dek akal membawa ke pertunangan... "Cikgu pernah bercinta dengan seorang guru dulu.." - LQM Namun, tergantung di tengah jalan. Sehinggalah, mereka bertemu semula... "Abang adalah tunang Lay dulu" - MARS Cinta mereka kembali...