BAB 38

27 1 0
                                    

"Sayang, abang kena pergi awal sikit hari ni. Sayang bawa kereta ye, abang bawa motor je nanti" kepala isterinya diusap. "Okay, hubby" jawab Layla riang. "Tapi, hubby terus pergi sekolah ke? Ke hubby ada meeting?" telekungnya dibuka dan dilipat tetapi mulutnya masih ligat bergerak menanyakan soalan. "Abang ada meeting dekat luar sekejap, nanti abang datang sekolah semula. Hari ni ada meeting dengan semua guru, kan?" Adam turut bangkit dari duduknya, Al-Quran miliknya diletakkan di rak.

       "Eh, sayang lupa la. Nanti terus balik kan lepas meeting tu?" baju kurungnya dan baju Adam dibawa dan diletakkan di atas katil. "Iye, sayang abang" dahi Layla dikucup sekilas sebelum bajunya diambil dan dibawa masuk ke bilik air.

      5 minit kemudian, Adam keluar dengan separa badannya tertutup. Jelas terlihat six pack miliknya dan juga otot yang sederhana saiznya tetapi masih terlihat bentuk sasanya. "Hubby~~" panggil Layla dengan meleret lagi. "Yes, sayang abang" Adam menyarungkan kemeja blue blacknya, kemudian Adam memalingkan badannya menghadap Layla yang sedari tadi memandangnya. "Want to help me, sayang?" kancingan bajunya masih terbuka dan masih terdedah tubuhnya.

      Perlahan Layla mendekat dan mengancingkan kemeja Adam. Tangan Adam automatik melingkar di pinggang Layla, "Kenapa" tanya Adam sepatah. "Kenapa, apa?" kancingannya dihentikan di kolar Adam, terlalu tinggi gamaknya sehingga dia tidak dapat mencapai kolar suaminya. "Kenapa sayang terlalu....." terhenti pertanyaannya di tengah jalan, Layla mengerut kening. "Terlalu...?" pinta disambung, "Cantik, menawan, menggoda. Kenapa, sayang terlalu sempurna di mata abang?" jarak antara Layla dan dirinya dirapatkan, rambut ikal Layla yang tidak diikat dan menutup leher jinjang Layla diselak ke tepi.

    "Sayang terlalu sempurna sampaikan abang rasa abang tak nak keluar hari ni" Adam duduk di kerusi meja soleknya, ditarik badan Layla agar duduk di atas pangkuannya. "Boleh tak kalau hari ni, abang nak duduk dengan sayang je?" wajahnya disembam pada dada Layla, Layla mengusap lembut bahu dan tengkuk Adam. "Boleh je, hubby. Sayang tak kisah pun"

    "That's my woman" wajah Layla ditarik mendekat lalu hidung mancung Layla dikucup sekilas. "Abang pergi dulu, okay?" Adam bangkit dari duduknya dan mengambil kunci motornya. "Bye, hubby. Jumpa dekat sekolah, tau" tangan Adam dicium berserta kucupan hangat di pipi Adam. "Bye, sayang. Laaiq, Liyana, daddy pergi work dulu, okay? Duduk dekat rumah dengan tokma and tok aba, ye. Nanti, petang, tokma dengan tok aba bawa pergi jalan-jalan" anak-anaknya hanya diam memandang wajah Adam, kucupan hangat dilabuhkan di dahi anak kembarnya.

     "Layla" Layla menoleh ke belakang dengan wajah riangnya tetapi serta merta mati tatkala wajah Izham menyapa. "Nak apa, Iz?" tanya Layla dengan nada yang lembut. "You kena tinggalkan Adam" terhenti pergerakan Layla, "Tell me a reason why I should left my husband?" Layla menutup pintu keretanya dan menekan punat kunci keretanya. "Kalau satu sebab you pun tak boleh bagi, baik you tak payah suruh, Izham. Kalau sebabnya ialah Adam mempergunakan I, I dah lama tahu and I tak kisah. Kalau sebabnya ialah you nak mendapatkan I semula, sorry I tak minat jantan tak guna macam you"

     "Negara ni akan hancur kalau you masih bersama dengan Adam. Dan mungkin.... you akan mati kalau you tak tinggalkan Adam" Izham meninggikan suaranya. Layla menghentikan langkahnya dan berpaling ke belakang, "No, negara ini akan hancur kalau you masih dengan Aariz. Kalau dari dulu you tidak terjebak dalam mimpi dunia, you tak akan mencari Aariz dan negara ini tidak akan tergugat kedaulatan dan keselamatannya. Looks like i need to give you a mirror so you can see deeply into your mistakes to this country, my family and ME" Layla menekan kata-katanya buat Izham, "Lay..."

     "Don't you dare to think that i'm a stupid woman, signore. Perhatikan wajahku dengan baik, mungkin kau akan sedar kau sedang berbicara dengan ratumu tika ini"

     "Bukan sujudmu yang aku pinta, bukan rayumu yang ingin ku dengar, tetapi darahmu yang ingin ku teguk dan rasakan di kerongkongan ku"

Langkahnya dibawa menuju ke mejanya di bilik guru. Keluhan berat dilepaskan tenang, "Kenapa, nak?" tersentak dek kerana suara yang mendayu menyapa telinganya dari belakang. "T-tokma?" wajah nendanya ditenung dalam, "Tokma.... Tugas ni terlalu berat untuk Lay, tokma. Lay tak kuat" menitis air matanya. "Cucu tokma kuat. Tokma tahu cucu-cucu tokma. Layla boleh buat, Layla keturunan Al - Hawwas, ingat tu" kepalanya diusap.

      "Tiada tugas yang tidak berat bebannya, Layla. Awalnya, tokma pun rasa ini berat, tapi tokba kamu yang menguatkan tokma, Layla. Tiada raja yang dapat melaksanakan tugasnya tanpa permaisuri yang menjadi tulang belakangnya. Tiada juga ratu yang boleh melaksanakan tugasnya tanpa raja sebagai penguatnya. Jika tokma tulang belakang tokba kamu, maka Adam adalah tulang belakang kamu"

     Dahinya dikucup sebelum kata-kata pamit dilafaz, "Sampaikan salam tokma kepada Adam dan cicit-cicit tokma, sayang"

     "LAYLA!"

Tercelik mata Layla, keringatnya membasah dahi, "Sayang, kenapa ni?" dilap peluh yang manitis di kepala Layla. "Hubby, bila sampai?" badannya dibangkitkan seraya membetulkan tudungnya. Dipandang ruang sekelilingnya, "Baru je sampai. Abang call sayang tak dapat, itu yang abang datang bilik guru"

    "Lay minta maaf sebab tertidur tadi. Kepala Lay sakit sangat tadi" ujar Layla seraya memicit kepalanya. "Takpe, sayang. Jom, pergi makan" Adam bangkit dan menghulurkan tangannya. Layla bangkit dengan perlahan dan mengemaskan baju suaminya, "Hubby, sini" lengan suaminya ditarik untuk merendahkan badan Adam, kolar Adam dikancing dan dikemaskan tali leher hitam milik Adam. Dipandang mata coklat Adam yang asyik merenung wajah ayu Layla, "Hubby"

     "Yes, sayang abang" Adam mendekatkan wajahnya dengan Layla, sedikit demi sedikit tapak Layla terhenti tatkala belakangnya menyatu dengan mejanya. "Boleh tak sayang kiss abang dulu sebelum kita gerak?" terbuntang mata Layla. "Semua cikgu dekat bawah, sayang. Kita je dekat bilik guru sekarang ni" wajah Layla dipegang, dirapatkan dengan wajahnya. CUPP. Mendarat sebuah ciuman di dahi Layla. Wajahnya kemudian disembam ke dada bidang suaminya, "I love you, sayang"

     "I love you for eternity, my queen"

     "I love you in every universe, my king"

Telefonnya berdering minta diangkat,

- in call -

Adam: Hello

Unknown: Hello, Adam

Adam: May I know who i am talking to?

Unknown: The Villain of your wife's drama

Adam:.....

Aariz: Silence? Is that a question for me? (smirk)

Layla: No, it's correction for your answer

Aariz: Who are you?

Layla: I'm Layla. The heroine of my own drama, the villain of my own drama. I'm the one who gonna end this drama, means, I'M GOING TO DRINK A GLASS OF YOUR TASTY BLOOD, SIGNORE AARIZ ZABIR MIKHAEL

- end call -

"LET THE DRAMA BEGINS"

CINTA YANG KEMBALI : MARS AND HIS NIGHT [COMPLETED]Where stories live. Discover now