Chapter 1: Our First Night

69.8K 248 6
                                    

"Dah kahwin eh kau. By the way, congrats! Doakan dapat jodoh yang baik macam kakak ipar aku tau!" kata Tengku Daniel bersungguh-sungguh kepada Tengku Danish.

"Iyaa.. selalu je aku doakan kau. Bila kau nam ajak apa nama dia? Ariena? Ariana? Sabrina? Irdina? Apa eh?" tanya Tengku Danish.

Tengku Daniel ketawa. "Adina." kata Tengku Daniel sambil tersenyum kambing. Hah! Sah adik aku ni gila bayang. Dengar nama pun dah tersengih-sengih macam kambing." kata Tengku Danish sambil ketawa terbahak-bahak.

"Bila kau nak ajak dia keluar?" tanya Tengku Danish lagi. "Nanti lah. Sekarang aku tengah sibuk, ada projek baru. Aku ada buka cawangan batu kat Johor." kqta Tengku Daniel.

"Hmm.. ya lah. Nanti Adina dah kena kebas baru tau. Kau juga yang menangis." usik Tengku Danish.

"Elleh kau, mentang-mentang dah kahwin." kata Tengku Daniel menayangkan muka menyampah kepada abangnya.

Tengku Danish ketawa terbahak-bahak melihat reaksi adiknya itu.

*******

"Danish! Daniel! Masuk rumah! Mandi!" jerit Datin Laila dari falam rumah.

"Ye!" jerit Tengku Danish. "Jom masuk, dah nak masuk waktu maghrib ni." ajak Tengku Danish kepada adiknya.

Tengku Daniel menganggukkan kepalanya. Mereka dari tadi mengemas luar rumah selepas selesai majlis hari ini.

Tengku Danish berjalan menuju ke biliknya yang dihias menjadi bilik pengantin.

"Honey?" panggil Tengku Danish dari luar bilik. "Ya, kejap. Dah nak siap ni." jerit Rania dari dalam bilik.

"I masuk eh?" usik Tengku Danish perlahan sahaja suaranya. Tengku Danish memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik pengantin. Pintu dikunci.

Tengku Danish terkebil-kebil memandang isterinya itu. Rania baru sahaja selesai mandi.

Kini, Rania hanya memakai seluar tidurnya sahaja. Dia sedang memakai bra ketika Tengku Danish masuk ke dalam bilik.

"Babe! I cakap kejap kan? Kenapa masuk" kata Rania kalut lalu berlari kembali masuk ke dalam bilik air.

"Bra dengan baju ni siapa nak pakai?" usik Tengku Danish lagi. Rania tertinggal bra dan bajunya kerana kalut.

"Tolong ambilkan?" kata Rania dari dalam bilik air. "Keluar je lah. I je pun." kata Tengku Danish dengan selamba. 'Nanti I tengok juga.' sambung Tengku Danish dalam hati. Dia ketawa mengekek.

"Babe, tolonglah.." rayu Rania dari dalam bilik air. "Nah. Buka pintu." kata Tengku Danish.

Rania hanya membuka sedikit sahaja pintu lalu menghulurkan tangannya. "Lain kali kalau nak lari bawa lah semua." kata Tengku Danish lalu meletakkan bra dan baju isterinya di atas tangan isterinya.

"Hn." gumam Rania dari dalam bilik air setelah menutup pintu. Malu!

"Cepat sikit, I nak mandi. Kita solat sama-sama eh?" tanya Tengku Danish. "Okay." jawab Rania.

Rania membuka pintu bilik air dengan muka yang merah. Malu!

"Ni kenapa merah muka ni? Telinga lagi." tanya Tengku Danish buat-buat tak tahu.

Rania hanya menjegilkan matanya. "Ya, I'm sorry sebab masuk melulu macam tu. Tapi.." Tengku Danish sengaja menggantungkan ayatnya.

"Tapi apa?" tanya Rania tidak sabar. "Tapi I tak sempat pun tengok you punya semua tu. Kan you membelakangkan I tadi. I tengok belakang you je la." kata Tengku Danish dengan jujur.

Rania memalingkan mukanya ke arah lain. Masih malu dengan Tengku Danish. "You pergi lah mandi. I tunggu you." kata Rania. Perlahan sahaja suaranya.

Tengku Danish menganggukkan kepala.

MY HUSBAND, MY DOM: DANISH & RANIAWhere stories live. Discover now