Chapter 26 : Kantoi

16.5K 228 9
                                    

"Bie, bangun. Alarm you. Nanti anak bangun." kata Rania dengan suara seraknya. Tengku Danish meraba-raba atas nightstand lalu mencapai telefonnya.

Matanya sepet memandang cahaya skrin telefonnya. "Ngantuknya." Rania memeluk suaminya. "Bie nak tidur dulu boleh tak?" Rania menggumam.

"Kalau terbabas macam mana?"

"Subuh gajah lah maknanya."

"Jangan main-main lah bie. Pergi solat dulu. Lepas tu tidur dengan honey." Rania tersengih-sengih memandang suaminya. Tengku Danish mencebik.

"Seronoklah tu tak kena bangun awal."

"Mana ada. Bie ingat seronok ke minum air herba hari-hari? Bie ingat seronok ke berurut? Bengkak susu lagi? Mandi air herba lagi?" Tengku Danish diam.

"Ye lah." Tengku Danish bangun dengan malasnya berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Seusai solat subuh, dia memandang isterinya yang sedang menyusukan Ryan. "Jangan sentuh lah." tegur Tengku Danish melihat Ryan menyentuh buah dada isterinya yang terdedah.

Ryan merengek. Dia menyentuh kembali buah dada mamanya. "Amboi. Hey, tu papa punya lah. Suka hati sentuh orang punya."

Ryan menjeling papanya. Tengku Danish mencubit pipi Ryan. Ryan terus menangis. Rania menjegilkan matanya memandang suaminya.

Dia menepuk perlahan punggung Ryan menenangkan anaknya itu. "Kenapa bie usik dia?" tanya Rania lembut.

"Tak ada lah.. dia tu sentuh boobies you. Tu bie punya tau? Bie tak suka share kepunyaan bie. Lagi-lagi you." Rania tersenyum kecil. "Dia kecil lagi lah."

"Kecil tak kecil, dia still sentuh bie punya." Rania ketawa kecil. "Kena lah belajar share-"

"Share? Lambat lagi." Tengku Danish mencebik. Mukanya masam sahaja memandangkan Ryan yang semakin lali. "Hey, siapa suruh tidur? Pergi buang pampers sendiri."

Kaki Ryan dicuit. Ryan tersedar. Dia sebek-sebek apabila tidurnya terganggu. Ryan merengek lalu menangis.

"Bie!! Pergi luar sana. Ryan tidur baru masuk." marah Rania. Tengku Danish memuncungkan mulutnya. Sempat dia menggeletek kaki Ryan sebelum berlari keluar dari bilik mereka.

"Danish!!"

Tengku Danish ketawa mengekek. Dia menutup pintu bilik. "Ha, suka lah tu usik Rania? Mama cubit kang." ugut Datin Laila.

"Ryan tu.."

"Ryan apa?"

"Ryan tu mengada nak raba boobies Rania. Tu Danish punya tau?"

"Ya Allah. Pening kepala mama layan kamu. Abang! Bagi ceramah sikit kat anak you ni. Biar dia muhasabah diri sikit."

"Danish! Sini!"

"Mama, Danish tak nak lah ma."

"Dah terlambat. Pergi kat papa."

"Ma.."

"Pergi."

"Ma, please-"

"Danish!"

Datin Laila mengangkat bahunya. Dia mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik anaknya.

Tengku Danish turun perlahan-lahan menuju ke papanya. Dia duduk di atas sofa berdekatan sofa single papanya. "Danish buat apa tadi? Sampai bawah boleh suara Ryan."

"Danish.. Danish usik dia je."

"Kenapa?"

"Ryan tu.. dia raba boobies Rania. Tu Danish punya la." Tengku Danish mengerutkan dahinya. Tengku Jeoffree menggelengkan kepalanya.

MY HUSBAND, MY DOM: DANISH & RANIAWhere stories live. Discover now