Chapter 31 : Period

16.5K 249 4
                                    

"Jangan ganggu mama lah." kata Tengku Danish kepada Ryan. Ryan merengek. "Mama period lah. Ryan tak tengok ke darah mama pagi tadi?" Ryan diam.

Rania tidur nyenyak setelah diberi panadol dah hot patch. "Jom, kita pergi bawah. Papa nak buat breakfast." Ryan didukung.

"Ryan nak apa? Hmm?" pipi Ryan dicium berkali-kali. "OooOoOO!" kaki Ryan menujah nujah apabila mereka tiba di dapur.

"Ryan duduk situ elok elok, papa nak masak." Ryan terkebil-kebil memandang papanya. Tengku Danish mengeluarkan nugget untuk Ryan, manakala roti, tin sardin, telur dikeluarkan untuk membuat sandwich."

Dia memasukkan beberapa ketul nugget ke dalam air fryer. Kemudian, dia mula memotong bawang untuk memasak sardin.

"Aip, minum elok-elok susu tu. Asal gigit lepas tu hayun kiri kanan botol tu? Minum elok-elok." bebel Tengku Danish. Ryan tersengih.

Tengku Danish menyejukkan nugget Dino untuk Ryan. "Sabar lah, papa nak sejukkan dulu." Ryan merengek. Tengku Danish meletakkan Ryan di atas kerusi makan bayi.

Nugget diletakkan di atas meja. "Nak papa suap-"

"Okay, you nak makan sendiri." kata Tengku Danish melihat Ryan mengambil seketul nugget dino menggunakan kedua-dua tangannya lalu dibawa ke mulutnya.

Tengku Danish ketawa melihat kecomelan anaknya itu. Digosok kepala anaknya lalu dia kembali berperang untuk membuat sandwich.

Dia memotong sisi roti, dikupas kulit telur yang baru sahaja direbus. "Ryan nak lagi ke?" Ryan menepuk mejanya. Nugget dino sudah habis!!

"Ryan nak nugget ke nak telur rebus?" telur rebus yang hancur disuap ke dalam mulut anaknya. "Sedap?" Ryan loading seketika.

"Hmm."

"Ke Ryan nak nugget?"

Ryan menepuk-nepuk meja makannya. "Okay, you want more nuggets. Sekejap eh, papa goreng jap."

Dimasukkan lagi beberapa ketul nugget ke dalam air fryer. "Ryan nak fruit? Papa ada buah pelam ni ha." seketul kecil mangga disuap ke dalam mulut anaknya.

"Sedap?"

Mata Ryan mula sepet. Mukanya berkerut. "Masam ke? Alamak, kesian anak papa." susu disuap. Ryan meneguk laju susu itu. Tengku Danish kembali menyiapkan sandwich.

Seusai membuat sandwich dan memberi Ryan makan sarapan paginya, dia membawa naik sandwich dan teh suam kepada isterinya.

"Ryan tunggu sini jap, papa nak turun ambil makanan mama. Jaga mama tau?" Ryan menganggukkan kepalanya.

"Eh, pandai pula angguk. Good boy." Ryan baring di sisi mamanya yang masih tidur. Dia merenung wajah mamanya yang lena.

Dia tersengih. Dia merangkak ke arah mamanya dan memeluk lengan mamanya. "Hmm?" Rania membuka matanya.

"Hey, anak mama. Good morning." Ryan dicium berkali-kali sehingga dia ketawa mengekek. "Dah makan ke? Bau nugget je ni." Ryan tersengih.

"Haah. Bie bagi dia makan nugget, telur rebus sikit, pelam sikit." kata Tengku Danish meletakkan dulang di atas nightstand.

Bibir isterinya dicium setelah menutup mata Ryan. "Bie masak?" Tengku Danish menganggukkan kepalanya.

"Sandwich je. Makan kan?" Rania menganggukkan kepalanya. "Dah okay ke perut? Sakit lagi tak?"

"Better dari tadi. Thanks bie, jaga I tadi." Tengku Danish tersenyum kecil. "No biggie. Jom makan?" Rania bangun menyandar pada headboard katil.

Ryan merangkak naik ke atas riba mamanya. "Ryan nak juga?" Ryan meraba dada mamanya. "Budak ni tak ada kerja lain." Ryan menjeling papanya.

MY HUSBAND, MY DOM: DANISH & RANIAWhere stories live. Discover now