"Rania!! No!! Rania!!"
"Bie? Bie.." kejut Rania melihat suaminya meracau-racau dalam tidurnya. Tengku Danish membuka matanya.
Tubuhnya berpeluh-peluh. Dia tercungap-cungap. "Honey? You takkan tinggalkan bie kan? You sayang bie kan?" ngongoi Tengku Danish. Dia menangis perlahan.
"Tak bie. I love you. Honey sayang you sorang je." pujuk Rania. "Betul ni? Betul you sayang bie?" tanya Tengku Danish lagi.
"Ya sayang.. I love you sorang je. Tengku Danish je ada dalam hati I ni ha. Tak ada nama lain pun. Nama you dengan abi je ada." Tengku Danish mengesat air matanya.
Tengku Danish memeluk tubuh isterinya. "Jangan tinggalkan bie tau. Please jangan tinggalkan bie." kata Tengku Danish berkali-kali. Rania menganggukkan kepalanya.
"Ye bie. Honey tak tinggalkan bie. You're my world." kata Rania memujuk suaminya.
Rania menyentuh dahi suaminya dengan belakang tapak tangannya. "Bie panas lagi lah. Jap eh? Honey nak ambil Kool Fever." pamit Rania.
Dia bangun mengambil Kool Fever lalu dilekatkan pada dahi suaminya. Pipi Tengku Danish diusap lembut. "Kesian bie." Rania memeluk suaminya.
Mereka berdua kembali tidur.
Selepas solat subuh, Tengku Danish kembali tidur setelah diberi ubat. Rania turun untuk membuat sarapan pagi untuk mereka.
Dia hanya membuat sandwich dan bubur ayam untuk suaminya. Dibawa dulang berisi makanan naik ke bilik mereka.
"Bie.. bangun. Makan jap. Bie makan ubat dengan perut kosong tadi." kata Rania mengejutkan suaminya. Tengku Danish membuka matanya perlahan-lahan.
Rania membantu suaminya duduk bersandar pada headboard katil. "Honey, bie pening." kata Tengku Danish perlahan.
"Nak pergi hospital?" Tengku Danish menggelengkan kepalanya. "Nanti tolong call uncle Yusoff. Contact dia ada dalam phone bie. Minta dia datang rumah." Rania menganggukkan kepalanya.
Selesai menelefon Dr. Yusoff, Rania menyuap bubur suaminya. "Sedap?" tanya Rania. "Bie pahit mulut." air matanya dikesat.
"Bie.. jangan lah nangis. Biasalah, demam memang pahit mulut." pujuk Rania. Diusap lembut belakang badan suaminya. Air mata suaminya dikesat.
"Dah. Jangan nangis lagi ya? Makan setakat yang boleh. Jangan paksa diri." Rania mengusap lembut lengan suaminya.
Tengku Danish menganggukkan kepalanya. Dia membuka mulutnya saat isterinya menyuapkan lagi bubur ke dalam mulutnya.
Tengku Danish menatap muka isterinya yang tunduk mengambil sandwic di atas dulang. Kemudian, kepalanya diangkat.
Sandwic digigit. "Kenapa bie?" dia berhenti mengunyah. Tengku Danish menangis lagi. "Bie.. janganlah macam ni.." sandwic ditelan. Sandwic itu diletakkan kembali di atas pinggan.
Dia mendekati suaminya. "Kenapa ni?" tubuh suaminya yang membahang akibat demam dipeluk. Diusap perlahan belakang badan suaminya yang masih menangis perlahan.
"I don't know.. bie.. bie sedih." luah Tengku Danish perlahan. Hingusnya disedut. Rania mengerutkan dahinya. "Kenapa bie sedih?" tanya Rania lembut.
"Bie.. sebab bie sedihlah. Bie sedih sebab.. bie takut you tinggalkan bie." jujur Tengku Danish.
Rania meleraikan pelukan mereka. "No bie. Honey takkan tinggalkan bie. Honey sayang gila namati kat bie. How am I supposed to leave you? I LOVE YOU DANISH. I FUCKING LOVE YOU WITH ALL MY HEART." tangannya menekup kedua-dua belah pipi suaminya.
Tangannya mengesat air mata suaminya. "Janganlah nangis. Nanti uncle tanya pula kenapa mata bengkak. Bengkak semalam tak hilang lagi." kata Rania.
Rambut suaminya dikemaskan. "Bie nak lagi ke bubur? Lagi 2 suap je ni." Tengku Danish menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
MY HUSBAND, MY DOM: DANISH & RANIA
RomanceThis is the 2nd series of My Husband, My Dom. There are mature contents, so please be aware. Cerita mengisahkan tentang Tengku Danish Roberto dan Rania Raisya dalam menjalani kehidupan seharian mereka. :)