Chapter 10: Cuti

13.9K 54 2
                                    

"Kamu tak pergi kerja ke Rania?" tanya Datin Laila apabila melihat menantunya sedang memasak untuk makan pagi mereka.

"Rania tak pergi kerja hari ni, abang Danish suruh cuti. Rania pun apa lagi, on je la." kata Rania sambil ketawa kecil.

Mangkuk di kabinet diambil untuk memasukkan bihun goreng yang telah siap dimasak.

"Sedapnya bau.." tegur Tengku Jeoffree. "Duduk lah papa. Baru je siap masak ni." kata Rania. Mangkuk berisi bihun goreng diletakkan di atas meja.

"Danish dengan Daniel mana bang?" tanya Datin Laila. Pinggan disusun di atas meja makan. "Tak tahulah tu. Tadi tengok bawah pintu bilik Daniel dah cerah tapi bawah bilik Danish gelap lagi." kata Tengku Jeoffree.

"Lah, budak bertuah tu alang-alang hari ni dia cuti, membongkang lagi lepas subuh?" bebel Datin Laila. Rania tersenyum lucu.

"Nanti Rania pergi kejutkan abang Danish and panggil Daniel." kata Rania menawarkan dirinya. "Ah boleh jugak. Mama nak buat air sekejap." kata Datin Laila.

Rania naik menuju ke bilik adik iparnya dahulu kerana khuatir Tengku Daniel akan lewat untuk ke kelasnya.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Daniel! Breakfast dah siap! Nanti turun ye?" jerit Rania dari luar bilik. "Ye kak! Dah nak siap ni!" jerit Tengku Daniel kalut.

Rania ketawa kecil. Kakinya melangkah ke bilik mereka. Pintu ditolak perlahan. Rania menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Hubby, wakie wakie." kejut Rania. "Honey, please.. I ngantuk lagi. Sekejap lagi I turun." kata Tengku Danish malas. Comforter diangkat menutupi seluruh wajahnya.

"Dah lewat ni sayang. Jom." ajak Rania. "Apa you panggil I tadi?" tanya Tengku Danish sambil tersenyum nakal.

"Tak ada apa-apa?" jawab Rania. Senyum nakal turut terukir di bibirnya. "Say that again, and I'll wake up right away." kata Tengku Danish.

"Sayang, jom makan?" kata Rania lebih kepada intonasi menggoda. "Fuck!" bisik Tengku Danish. "Aip! Mulakan hari anda dengan zikrullah." pesan Rania.

Auch.

"Honey, tak boleh deep lagi ke?" tanya Tengku Danish. Tangannya diletakkan pada dadanya tanda terasa hati.

"Dah, tak payah nak jadi drama King sangat pagi-pagi ni. Bangun." comforter diselak mendedahkan tubuh suaminya berbalut boxer dan menarik kaki suaminya.

"Argh!!" Rania menjerit perlahan dalam mencuba menarik kaki suaminya yang berat. Rania tercungap-cungap.

"Tak boleh tarik ke tu?" ejek Tengku Danish. Dia masih santai di posisi. Amboi!

"Eiii bangunlah! Semua dah ada kat bawah!" bebel Rania mula penat melayan kerenah suaminya pagi-pagi buta.

"Ye, ye. Pergilah turun dulu. Hubby nak basuh muka, gosok gigi dulu." kata Tengku Danish. "Jangan tertidur pula dalam bilik air tu." perli Rania. Tengku Danish menjegilkan matanya melihat isterinya.

'Besar kecil, besar kecil je aku tengok budak ni.' getus hatinya. Rania menayangkan senyuman nakalnya.

"Jumpa kat bawah ye daddy? Ehekk!" Rania berlari keluar dari bilik mereka.

"Brat."

*******

"Mana Danish?" tanya Datin Laila. "Kat atas, baru bangun. Baru nak gosok gigi apa semua. Punya lah liat nak bangun." jawab Rania.

"Bertuah punya budak." Datin Laila menggelengkan kepalanya. "Abang makan lah dulu. Daniel pun. Nanti lewat ke kelas." kata Datin Laila.

"Kelas pukul 10 am lah mama. Santai-santai aja." kata Tengku Daniel selamba. "Banyaklah kamu punya santai. Malam ni kamu tidur kat mana? Rumah sewa ke sini?" tanya Datin Laila.

MY HUSBAND, MY DOM: DANISH & RANIAWhere stories live. Discover now