Tengku Danish dan Rania kini sedang bermalas malasan di atas katil menonton televisyen.
"Esok pergi kerja dengan I lah. Petang tadi my PA called me ada accountant assistant berhenti kerja. Tak apa kan? Ke you nak jadi chief accountant?" tanya Tengku Danish.
Rania menggeleng-gelengkan kepalanya. "Boleh je jadi assistant, lagipun I muda lagi. Nak cari pengalaman." jawab Rania.
Rania tidak mahu Tengku Danish menggunakan kuasanya sebagai CEO untuk mendapatkannya jawatan yang tinggi. Meskipun di cawangan lama, Rania merupakan ketua akauntan di situ.
"You ada master in accountancy tau. Penat-penat belajar, jadi pembantu akauntan je?" kata Tengku Danish agak marah dengan keputusan isterinya.
"Kalau you bukan suami I, memang I kena kerja jawatan tu even I ada master. Biarlah, I nak naik pangkat dengan usaha I sendiri."
"By the way, kenapa dia berhenti kerja?" tanya Rania menukar topik mereka. "Dia ikut suami dia sambung belajar oversea." jawab Tengku Danish. Sesekali kepala isterinya dikucup.
"Alahai, sayangnya. Bukan senang nak kerja dengan syarikat you." ujar Rania. Tengku Danish menganggukkan kepalanya.
"I dah tanya banyak kali tak boleh ke tak berhenti or so on, sebab she's a great worker. Dia cakap susah nak jaga anak sebab suami dia tak ada. Nak tak nak kena berhenti juga ikut suami dia." kata Tengku Danish.
Rania menganggukkan kepalanya tanda faham. "So esok kena pergi kerja kat branch hubby lah ni?" tanya Rania. Tengku Danish menganggukkan kepalanya.
Rania bangun dari pembaringannya. "Nak ke mana?" tanya Tengku Danish kehairanan. "Nak iron baju kita untuk esok. I lupa nak iron." kata Rania.
"Nak pakai matchy-matchy tak?" tanya Rania sambil tersenyum menampakkan barisan giginya. "Suka hatilah. Tapi esok I nak pakai tema maroon." pesan Tengku Danish. Rania menganggukkan kepalanya.
"I nak pergi ke wardrobe sekejap. Nak cari baju." pamit Rania. "NO SEXY CLOTHES! JUST BAJU KURUNG DAN SAMA WAKTU DENGANNYA!" jerit Tengku Danish dari atas katil.
"YE!"
Sementara itu, Rania sedang menggaru kepalanya sambil memperagakan pakaiannya di hadapan cermin.
"Mana satu ni?" baju kurung moden dan blouse berwarna maroon diperagakan di hadapan cermin.
Kakinya melangkah keluar dari walk-in wardrobe mereka. "Hubbbyyyyyy.." panggil Rania merengek manja.
"Ye baby?" Tengku Danish mengangkat kepalanya dari memandang skrin laptopnya.
"Mana satu?" tanya Rania. Tengku Danish menurunkan kaca matanya ke hujung hidung.
"Dua-dua cantik. Tapi better baju kurung, sebab esok your first day at my branch." kata Tengku Danish.
"Oh, alright. Thanks hubby." Rania melangkah masuk ke dalam walk-in wardrobe mereka kembali. "Eh, mana upah? Penat-penat tau I fikir mana sesuai dengan you." kata Tengku Danish selamba.
Rania berhenti melangkah. "Nak tolong isteri kena ikhlas tau. Baru dapat pahala." kata Rania lembut.
Auch.
"Ye lah, ye lah. Pergi sana." halau Tengku Danish. Pandangannya dialihkan kembali kepada skrin laptopnya.
Rania ketawa kecil. Dia melangkah kembali ke katil mendekati suaminya. Pipi Tengku Danish dicium sekilas. "Dah." Rania segera melarikan diri ke walk-in wardrobe mereka.
Setelah selesai, Rania kembali ke katil mereka. Tengku Danish masih lagi menatap skrin laptopnya membalas email berkaitan businessnya.
"Dah?" tanya Tengku Danish apabila sedar akan kehadiran isterinya di katil. Rania menganggukkan kepalanya. "Sini." Tengku Danish menggamit Rania mendekatinya.
YOU ARE READING
MY HUSBAND, MY DOM: DANISH & RANIA
RomantizmThis is the 2nd series of My Husband, My Dom. There are mature contents, so please be aware. Cerita mengisahkan tentang Tengku Danish Roberto dan Rania Raisya dalam menjalani kehidupan seharian mereka. :)