BAB 6

947 10 0
                                    

HUJUNG minggu akhirnya berlalu. Hari Isnin. Maksudnya kuliah dah bermula. Aku duduk sendirian di sebuah meja di kafe. Hiruk-pikuk dengan celoteh para pelajar universiti ini sikit pun tak kupedulikan. Menunggu Sabiha.

"Sorry hazel-nut butter, lambat." Kerusi di depanku ditarik. Tak payah angkat kepala setakat nak tahu siapa, kalau dah panggil aku hazel-nut butter macam tu.

Tercungap-cungap Sabiha sedut oksigen. Faham sangat dengan Sabiha yang sibuk. Sibuk semedang dengan kertas kerja dan perihal anak buahnya. Dia merupakan presiden persatuan COSMATH.

COSMATH ni adalah singkatan untuk Computational Mathematics Student Association, persatuan rasmi untuk jurusan aku. Sesengal-sengal kawan baik aku ni, percayalah yang dia memang seorang yang berwibawa tinggi. Aku? Aku cuma ahli aktif. Pembetulan sikit. Ahli tak berapa nak aktif.

"Dah settle dah?" soalku.

"Kalau dah settle, dah lama aku letak jawatan, tahu?" bebel Sabiha. Berkerut seribu kulit wajahnya.

Aku gelak. Maksudnya tak selesai lagi la tu. Nak lebih spesifik, masalah itu takkan pernah selesai dan akan selalu ada walaupun presiden dah bertukar.

"Kali ni sebab apa?" Aku berminat untuk tahu.

"Tengah argue pasal family day. Nak buat kat mana? Kat luar ke, kat dalam? Paperwork tak masuk meeting lagi, tapi Encik Faizul nak cepat. Aku dah suruh budak-budak ni buat kerja, tapi ramai main-main. Menggelegak la aku. Memang aku mengamuk la tadi," cerita Sabiha.

Muka dia dah merah. Tengah tahan marah lagi agaknya. Sebab itulah aku malas nak ikut Sabiha kalau dia ada meeting persatuan. Rasa macam bukan Sabiha kalau dia naik angin. Sebab kalau dengan aku, Sabiha ni memang miang-miang tiga suku. Mungkin sebab berkawan dengan aku yang juga tiga suku ni.

"Huh... Bila la annual grand meeting ni? Tak sabar-sabar aku nak campak semuanya kat junior," kata Sabiha lagi. Dah lama dia tunggu nak lepaskan jawatan presiden persatuan itu.

"Ala... Chill la. Berehat sebentar bersama Kit Kat. Kita cakap pasal benda lain." Aku cuba alihkan mood monsun berat daya Sabiha itu.

"Betul tu. Kita bercakap pasal benda lain. Pasal... Haaa... Macam mana hujung minggu kau? Seronok tak habiskan masa dengan Dr. Hottie tu? Cerita la, Hazel." Terus bercahaya muka Sabiha. The gediks of Sabiha is back!

Aku rasa nk tepuk dahi sendiri. Menyesal pula aku bagi cadangan tadi . Pasal Dr. Hilman itu juga yang dia nak tahu. Tapi.... Sekurang-kurangnya kerutan pada wajah Sabiha dah hilang.

"Dia tu jiran aku, bukan duduk serumah dengan aku, tahu? Seronok ke tak hujung minggu aku bukannya ada kaitan dengan dia," jawabku.

"Tak sangka dia jiran kau, kan? Mesti kau rasa awkward gila bila dengan dia, kan?" Sabiha gelak.

Lagi nak tanya padahal aku dah cerita semuanya. Bila aku bercakap pasal Dr. Hilman tayang bodi depan aku, boleh pula dia tanya aku abs Dr. Hilman ada berapa? Memanglah aku sempat nak kira. Gila betul budak tu!

"Dah... Tak payah bercakap pasal aku. Hujung minggu kau macam mana?" Aku tukar topik.

Sekali lagi muka Sabiha macam disuluh spotlight.

"Weh... Kau tahu tak, aku dah jumpa Encik Candy Crush baru." Bersemangat Sabiha bercerita.

Siapa pula dah? Sabiha ni memanglah. Tiap-tiap bulan tambah koleksi Encik Candy Crush dia tu. Bersiri macam terbitan majalah. Nasib baik cuma crush, bukan kekasih. Kalau tak, sah aku cop dia playgugurl berjaya.

"Siapa?" soalku ingin tahu.

"Kapten bola sepak kampus kita yang baru. Hot gila, weh. Petang-petang selalu practice kat padang hostel. Tengok dia gelecek bola, perghhh... Cool gila!"

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now