BAB 49

390 9 2
                                    

SEBAIK sahaja keluar dari dewan besar peeriksaan, semua tarik muka lega. Yay... Akhirnya! Tamat sudah kertas terakhir untuk semester ini. Dan dengan itu, tamat juga semester enamku secara  rasminya. Haraplah aku lulus semua! Amin.

"Yahooo... Dah habis! Aku  rasa macam nak lambung semua nota," kata Sabiha ketika kami berdua berada di luar dewan peeriksaan. Aku ketawa. Namun tenggelam dalam  kebingit suasana luar dewan dengan suara para pelajar. Sembilan puluh peratus aku yakin yang mereka semua berbincang tentang soalan tadi.

"Kau balik bila?" soalku pula. Ini yang buatkan aku sedih. Dah tak boleh jumpa Sabiha  lagi. Sebab dia akan menjalani latihan industri di negeri asalnya, Kelantan.

"Aku tak tahu lagi. Lepas settle semua baru balik. Jomlah kita lepak dulu. Buat bekal rindu. Nanti kita dah tak jumpa. Aku mesti rindu kau, Hazel-nut-butter."

"Aku pun nanti mesti rindu kau, Biha."

"Bila dah balik lepas ni, kalau bukan di majlis resepsi kau, nanti konvo la baru kita jumpa balik."

"Ah, aku tak kira! Kau jangan tak datang majlis aku, Biha! Aku tak mengaku sahabat nanti. Kalau tak, masa  konvo nanti aku buat tak kenal kau. Tengoklah!" ugutku. Ketawa Sabiha yang mendengarnya.

"Mestilah aku datang. Confirm! Kalau tak ada apa-apa halangan. Aku kan pengapit kau. Tak berjalan majlis kau tu kalau aku tak ada, tahu?"

Giliran aku ketawa.

"Tapi lepas kita konvo nanti, dah susah nak jumpa. Kau jangan lupa aku, Hazel." Suara Sabiha bertukar sedih. I feel you, friend!

"Aku tahu nak macam mana nak buat kita selalu berjumpa." Aku dapat idea.

"Macam mana?"

"Kau kahwinlah dengan Hariz cepat-cepat. Jadi biras aku. Mesti kita selalu lepak  bersama." Aku sengih mengusik.

Dan muka Sabiha terus memerah. Terus gelak aku.

"Sebut pasal lepak ni, kita nak lepak bila?" soalku.

"Besok atau lusalah. Hari ni aku nak kemas-kemas dulu."

"Okey."

"Kalau macam tu, aku balik dululah, Hazel. Nanti esok kita berdrama air mata sama-sama, ya?"

Sekali lagi aku gelak sebelum angguk. Kemudian Sabiha berlalu pergi untuk pulang ke kolej kediaman. Manakala aku pula sibuk masukkan nota dan buku latihan ke dalam beg sandangku. 

"Hazel!" Aku berpaling bila terdengar namaku diseru.

Muiz. Senyum ke arahku sebelum mendekatiku. Aku balas senyum  dia sekadar  cukup syarat.

"Hazel terus balik?"

"Haah... Terus balik." Aku mengeyakan.

"Hazel tak ada pergi mana-manakan maksudnya? Jom... Kita keluar."

Erk... Aku salah bagi jawapan ke apa tadi? Apa lagi alasan aku nak menolak ni? Kalau kebiasaannya ada Sabiha yang menjadi tukang kacau daun. Tapi dia dah balik. Sebelum ini,  selalu Muiz mengajakku keluar tapi cuma aku yang tak pernah setuju dan banyak mencipta alasan.

"Errr... Hazel..."

"Sayang!" Aku dengar suara asing menyampuk.

Kemudian pandang belakang aku. Manalah tahu Sabiha patah balik. Tapi kosong. Terus kening berkerut  pandang lelaki segak berbaju T biru yang tengah tersengih-sengih di depanku itu. Muncul entah dari mana. Lepas tu tayang muka tak bersalah. Selamba aje si gorila kuning ni!

"Siapa ni, Hazel?" Suara Muiz berbaur cemburu.

"Errr..."

"Hariz. Boyfriend baru Hazel." Ternganga aku  mendengar pengakuan selamba Hariz.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now