"KURANG ajar. Tak guna punya jantan! Kalau aku dengan kau semalam, memang aku sunatkan dia untuk Kali kedua. Cis! Berani dia buat macam tu kat kawan baik aku? Jantan tu memang nak kena dengan aku! Hih... Geramnya aku!" Tinggi suara Sabiha membebel. Nasib baik kami cuma berdua.
Dengan lagak macam seorang warden tengah lawat banduan dia berkawad depan aku. Ke Kiri dan ke kanan. Aku cuma diam. Aci tak kalau rasa nak tergelak dengan perangai Sabiha ni?
"Geramnya aku! Geram. Geram." Kali ini Sabiha tumbuk tapak tangan kirinya beberapa kali. Dah macam ketua gengster tengah minta hutang daripada lawannya. Tengah bayang muka Iwan untuk dilanyk-lanyak agaknya.
Aku cuma memerhati. Dah tak lalu nak bercakap. Semalam, balik aje ke rumah sewaktu, sekali lagi air mataku tumpah. Tinggal bersendirian di rumah sewa, memang jiwa jadi sensitif. Terbayang aje tangan Iwan dan Safura bersatu, mengalahkan air terjun Victoria air mataku. Sampai sembap mataku. Sampai pushing kepalaku hari ni.
Dan hari ni, Sabiha datang melawat kawasan. Katanya dia mahu tahu apa masalahku sehingga aku dan Dr. Hilman tak menonton wayang bersama mereka semalam. Dia tahu pasti ada sesuatu yang dah berlaku sebab muka aku macam tengah sedih. Sebaik sahaja aku jujur tentang apa yang dah jadi, inilah jadinya. Nasib baik tak disumpah Si Iwan tu dengan segala species haiwan.
"Kau ni, Hazel... Kalau aku kat tempat kau semalam, memang tak teragak-agak aku bersemuka dengan Iwan tu. Biar sepupu tak sedarr diuntung kau tu kira berapa batang Gigi buah hati dia aku terbangkan. Yang dia tu satu hal. Tertelan ulat bulu masak kicap ke apa? Tunang orang juga yang dia nak! Merenyam. Gatalitis." Keras suara Sabiha naik angin.
Aku ketawa. Walaupun agak hambar bunyinya, tapi aku rasa kelakar dengan kata-kata Sabiha itu. Cuma Sabiha yang mampu menggeletek hatiku ketika aku tengah sedih.
"Kau gelak? Kau tak patut gelak, tahu?"
"Habis, kau nak tengok aku menangis sekarang ni?"
Sabiha diam.
"Okey... Aku lebih rela dengar kau mengilai daripada kau menangis. Please... Gelak kuat-kuat sekarang."
Aku terus ketawa. Sabiha memang kawan sejati aku. Kawan baik yang paling aku sayang. Seorang kawan akan hulurkan tisu apabila kawannya menangis. Tapi, seorang kawan baik sanggup memperbodohkan diri sendiri semata-mata untuk mendengar ketawa kawan baiknya itu. Kerana dia tahu air mata kawan baiknya itu terlalu mahal untuk terus tumpah.
"Hazel... Kalau aku jadi kau, aku memang dah batalkan pertunangan ni," bicara Sabiha sebaik keadaan semakin tenang.
Dia cakap macam apa yang Dr. Hilman cakap semalam. Malah, kalau semua orang tahu apa dah jadi semalam, aku yakin semua pasti akan cadangkan benda yang sama. Percayalah, itu memang dalam kepala aku sejak semalam lagi.
Putus. Tunang.
Tapi... Bila semuanya masih baru, dan aku pula masih dalam proses untuk mengumpul bukti, berdiam diri adalah jalan terbaik. Kita tunggu keadaan reda dulu. Aku akan cuba jelaskan kepada umi dan abi apabila aku dah bersedia.
"Aku belum bincang dengan Iwan lagi."
And to be selfish, I need courage!
"Bincang apa bendanya lagi? Kau Whatsapp aje cakap, 'Hoi... Jantan keparat! Aku nak putu tunang dengan kau ni. Sebab kau memang gatal main mata dengan sepupu aku belakang aku. Amboi... Kau ingat aku bodoh? Boleh jalanlah, weh. Kau ingat aku hadap sangat nak kahwin dengan kau?' Lepas tu letak emoji pisau banyak-banyak."
Aku berdekah ketawa sekali lagi. Sabiha kalau dah naik angin, bahasanya boleh tahan! Macam mana anak buah dia tak kecut perut? Sabar aje la. Nasib baiklah aku dah faham. Aku haraplah Si Hariz tu akan faham kelemahan Sabiha yang satu itu. Senang saja cara penyelesaiannya, jangan bagi Sabiha marah.